Quote |
Ketika inilah rasa berbaloi dengan setiap masa yang pernah diluangkan bersama tanaman dan pokok hiasan. Apa yang membuatkan saya sangat gembira bila pokok bunga raya telah berbunga.. Frankly speaking, lama sebenarnya saya tak tengok bunga raya secara dekat.
Kebanyakkan pokok bunga raya ditanam di tempat awam seperti di sekolah, kawasan luas di padang awam, landscape dan sebagainya itu pun jenis tak berbunga. Saya susah jumpa pokok bunga raya sekitar kawasan tempat tinggal saya.
Bunga raya or hibiscus |
Jadi saya pun beli pokok bunga raya ini.. Pada awalnya, pokok tersebut saya jadikan pagar di tepi bahagian porch rumah untuk cover sikit dari pandangan jiran. Tak sangka semalam, bunga raya tersebut mengeluarkan bunga.
Putik bunga raya |
Setakat ini baru sekuntum bunga sedang mekar berbunga.. In shaa Allah, ada beberapa putik sedang menunggu untuk berkembang.
Bunga raya warna merah |
Cantik sungguh setiap kelopak bunga raya ini.. Warna merah menyala dengan corak daun yang unik.. Alang-alang cerita tentang bunga, saya kongsi di sini antara pokok-pokok bunga di halaman rumah saya yang sedang berkembang..
Pokok orked, bunga ati-ati dan pokok bunga gantung |
Pokok philodendron birkin, rosemary, pokok melati putih dan pokok Mona Lavender |
Pokok Polyscias Japanese Ming Aralia, cili Jalapeno, jasmine dan Air Plant |
Bunga kertas / bougainvillea |
“My love is like a rose divided into two, the leaves I give to others, but the rose I give to you.” ― Author Unknown |
Happiness is seeing my plant in bloom..
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya.. Cerita tentang bunga-bunga yang sedang berkembang di mini garden saya.. Siapa antara pembaca ada hobi tanam-menanam seperti saya? Jom share cerita dan kongsi pendapat anda di ruang komen di bawah..
Thank you for reading..
Byee..
No comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!