Can we start the weekend over again? |
Biasalah my weekend therapy tak sah kalau tak membelek pokok dan bunga-bunga di my small garden patio. Minggu ni saya re-potting succulent, pothos dan pokok lidah mak mertua (kejam sungguh kau kata begitu.. Eloklah kita sebut snake plant daripada translate ke Bahasa Melayu nampak rude, huhuhu my two cents).
Kebetulan anak pokok snake plant banyak so saya asingkan kepada beberapa pasu kecil untuk dijadikan sebagai indoor plant.
Re-potting session on weekend |
Ketika ini memang messy, serabut tapi bila selesai proses re-potting hati riang gembira tengok anak-anak pokok tersusun rapi.
Re-potting under progress |
Selain re-potting succulent, pothos dan snake plant, saya turut re-potting anak pokok orked.
Anak pokok orked |
Perasan tak succulent saya takde gaya, semua berterabur seolah-olah tiada hala tuju.
Succulent Fairy Garden anganku musnah |
Sebenarnya impian asal nak decorate macam fairy garden dalam Facebook Garden Answer, tapi nampaknya hasil kejadian seperti dream vs reality. Gagal sebab tak cukup succulent dan cactus - saje bagi alasan padahal tangan tak berseni..
The real Succulent Tree-house Fairy Garden by Garden Answer |
So angan-angan tinggal kenangan..
Sementara saya gigih re-potting anak-anak pokok, husband membantuku mengecat pagar garden dengan warna putih. Barulah nampak ciri-ciri English small garden, tak gitu? #perasan..
Pagar coklat bertukar putih |
Sebenarnya saya tak berapa gemar warna kayu original brown, nampak bosan. Apa kata kita cat bagi warna putih.. Barulah celik sikit mata memandang. Nampak warna bunga dan daun-daun hijau menyerlah berlatarbelakang pagar putih..
Nampak gaya English style mini garden dalam angan-angan |
Bila dah terjebak dengan gardening dan ada small garden patio, cabaran utama bagi saya yang bekerja sambil belajar dan mempunyai masa terhad ialah to maintain it dan jaga pokok-pokok tersebut dari serangga perosak seperti belalang.
Wahai sang belalang |
Sumber makanan si belalang |
Daun berlubang-lubang |
Mood sedih bila belek-belek pokok, nampak daun berlubang-lubang. The worst part bila kita mengharap putik mengeluarkan bunga tetiba 'ghaib' dimakan belalang, huhuhu bertabahlah. Harap dapat pahala sedekah beri makan belalang sekeluarga. Don't let the dark side let me down, ewaahhhh
Kalau difikirkan semula tanpa mengikut emosi, itu hanya sebahagian kecil sahaja 'cabaran' tetapi jangan dilupakan nikmat pokok-pokok lain yang berjaya mengeluarkan bunga yang cantik.
Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil hari ini, fresh from my small garden :
Petunia merah gantung |
Petunia pink gantung |
Orked |
Bunga raya besar |
Jasmine |
Ros kampung sekuntum |
Ini hanya sebahagian pokok-pokok yang sentiasa berbunga setiap hari dengan gembira sekaligus mengindahkan halaman rumah saya..
Okay, bila siap semua tiba pula giliran anak bujang menyapu halaman rumah dengan segala daun kering dan buang sampah hasil gotong-royong tadi. Semua ada tugas dan bahagian masing-masing.
Begitulah kisah weekend saya bersama keluarga, bagaimana pula dengan hari minggu anda? Jangan lupa kongsi di ruang komen.
Oh ya, kepada pembaca yang telah meninggalkan komen dalam post saya sebelum ni, in shaa Allah saya akan meluangkan masa satu hari nanti untuk balas setiap komen dan berkunjung balas ke blog anda juga. Thank you so much for your support!
Related post : Aktiviti berkebun pada cuti hujung minggu.
Okay, sehingga kita berjumpa lagi di lain masa dengan cerita yang berbeza.
Thank you for reading, byee...
Wasalam..
Regards,
No comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!