Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Minggu terakhir sebelum tahun baru, saya ambil cuti tahun 4 hari yang masih berbaki. Kira cuti paling panjang dalam tahun 2020. Alhamdulillah, syukur dapat guna cuti sebaik mungkin pada tahun lalu.
Bila cuti panjang, saya lebih suka spend masa di rumah. Banyak aktiviti dalam fikiran telah saya rancang antaranya membaca at least 1 hari 1 buah buku, keep my planner update, print module untuk semester January 2021, baca dan focus on my assignments, investment planning for my clients dan macam-macam lagi selain rutin harian di rumah. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang saya rancang.
Dalam banyak aktiviti saya selit juga aktiviti makan-makan. Saya sekeluarga sejenis suka makan steamboat. Kalau bukan kerana pandemic, sudah pasti saya akan ke Seoul Garden Steamboat at least sebulan sekali mainly for dinner.
Oleh sebab pandemic, hasrat menikmati steamboat terpaksa tolak tepi kerana keadaan sekarang tak mengizinkan untuk kita keluar bersantai di shopping mall tanpa hala tuju. Untuk melepaskan gian teringin makan steamboat, so saya pun order electric hotpot di Shopee.
Electric hotpot for steamboat |
Electric Hotpot |
Oil leakage port |
Electric hotpot ni multi-function dan 2 in 1, ada ruang shabu-shabu dan bbq. The best part ada ruang untuk discharge minyak, memang kena dengan kehendak saya tambahan pula ianya mudah dibersihkan. Dapat sahaja electric hotpot ni terus get ready, prepare segala barang, lauk-pauk seperti daging, seafood dan sayur.
Lauk dan sayur untuk steamboat |
Daging perap |
Lamp chop dan seafood |
Tom yam soup |
Soup pula saya prefer clear soup dan tom yam soup.
Grill seafood |
Puas makan, kalau di Seoul Garden terpaksa makan tergesa-gesa sebab kejar masa tapi dengan adanya electric hotpot ni saya boleh makan secara santai. Kenyang dan puas hati.
Related post : Seoul Garden Tempat Makan Pilihan
Grill |
Alhamdulillah kenyang.. Bila ada electric hotpot ni, saya boleh ulang aktiviti makan steamboat ni bila-bila masa terutama pada hari cuti. Tapi cabaran makan steamboat and grill di rumah ialah bau asap.. So terpaksa spray pewangi seluruh pelusuk di dalam rumah.
Dishwasher |
My dishwasher |
Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Oh ya, kepada sahabat-handai yang sedang menjalani tempoh PKP, PKPB dan PKPP, jangan lupa sentiasa patuhi arahan yang diberi. Beri kerjasama jika ingin keadaan terkawal dan kembali seperti sediakala. Take care and stay safe everyone.
Related post : Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 di Seoul Garden
Sekian, wassalam.
Byeeee..
Loading...
No comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!