LISAN ADALAH CERMINAN HATIMU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Letih, so drained melayani karenah watak-watak kehidupan - to divert my tiredness saya melayari blog.. Ia umpama terapi, terasa berjumpa dan bercerita dengan kawan-kawan di dunia maya.. While blog walking, singgah dan baca cerita Miss Mirror, selepas meninggalkan komen terpandang ayat ini: "Lisanmu adalah Syurga Nerakamu.".. menjadi ilham untuk post saya ini..
Pahit manis kehidupan |
Hidup ni ada pasang surutnya.. Kehidupan ini bukan kita selalu di atas dan mungkin juga bukan selalu kita di bawah - semua itu ketentuan Illahi.. Kadang-kadang saya perhati, mengapa ada segelintir manusia terasa diri mereka melampaui segala-galanya, ego! Semasa hayat sesuka hati memutus silaturahim dengan kuasa lisan! Kalau apa yang keluar secara lisan pun tak sanggup didengar, apatah lagi perbuatan...
Ibarat, orang-orang itu nanti bila mati mampu berguling sendiri masuk ke liang lahad. Mereka merasa seolah-olah berkuasa hingga tidak memerlukan orang lain..
Menjaga hati sama penting dengan menjaga lisankerana seseorang bila hatinya baik,maka akan keluar dari lisannya perkataan baik-baik.
Jangan kata: "Saya memang macam ni! Memang cara saya.."
Kau tak faham perasaan orang lain yang terpaksa menerima jeritan, caci-maki kau, it's okay. Tapi jangan lupa orang yang pernah dihambur dengan fitnah dan kata-kata caci maki dari kau, dia simpan dalam hati, dia tak maafkan macam mana? Yakinkah kau mampu masuk syurga dengan perkara yang masih belum selesai? Yakinkah kau bahawa segala amalan kau diterima sehingga tak memerlukan doa orang lain bila jadi arwah kelak? Betullah apa yang Miss Mirror kongsikan - "Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Seringkali juga saya bermonolog sendiri, cuba mencari-cari jawapan dengan soalan-soalan ini:
Apalah yang dibanggakan, sedangkan mereka pasti tahu dunia ini sementara dan hanya pinjaman. Gelaran, pangkat, jawatan dan kedudukan.. tak boleh dibawa mati.
Tak tahulah pula kalau malaikat yang menyoal di bawah sana sebut sekali gelaran nama, jawatan, kelulusan kita masa sesi soal jawab kelak..
Siapalah yang mendoakan mereka nanti di alam sana jika ramai yang terkesan dengan kata-kata mereka?
Banggakah jika perbuatan buruk mereka disebut-sebut bila mereka tiada nanti?
Akhirnya saya buat kesimpulan, kadangkala kita ditemukan dengan orang-orang begini untuk membuka mata hati kita.. So ambillah ikhtibar darinya.. Selagi mana ada pahala mudah untuk kita rebut, maka rebutlah..
Sebelum mengakhiri post ini, jemput singgah - inilah blog Miss Mirror -> Click here
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
Dah maken meningkat usia nie... Dah maken kurang bercakap... Risau apa yang keluar menyebabkan orang lain berkecil hati... Semoga yang baik2 je untuk kita.. Aamin2
ReplyDeleteBtw, linda terdelete komen sis tadi... 😟😟.. Maaf taw... Kalau tiba2 mencari balik komennya...
Setuju adnil linda..
DeleteHehehehe comel ja minta maaf, it's okay ;-)
Betul itu. Kadang-kadang dah takut hendak cakap. Tanpa sedar akan menyakiti orang lain.
ReplyDeleteBlog lama itu saya tidak boleh komen.
Mengapa buat blog baru? Apapun tahniah.
Kann NA.. bila bercakap kita pilih topik yang sesuai..
DeleteTentang blog, itulah masalahnya.. Nanti sis buat post tentang ni okay, terima kasih highlight.. ;-)
Ada juga jumpa orang macam ni. Dia sedar sebenarnya apa yang dia buat tu salah, tapi bila dengar dia cakap. Sekurang²nya aku jujur tak hipokrit. Pening juga. Kalau tegur, jadi gaduh. Jadi kita mampu doa jelah dalam hati. Semoga sama² sentiasa beringat. Itu ujian dia, ujian kita, kita tak tahu.
ReplyDeleteAyat ".....tak hipokrit" memang selalu LZ dengar Mak Lin.. Memang tak hipokrit tapi lebih baik diam dari berkata-kata perkara yang menyakitkan hari orang kann..
DeleteApa pun mungkin ujian kepada kita juga sebab berjumpa dengan orang begitu..
Bila tak banyak cakap, orang label sombong. Dulu2 cakap banyak merapu, jahil ikut jiwa muda. Betul, lisanmu adalah syurga nerakamu. Menyesal dulu, moga dapat muhasabah diri.
ReplyDeleteSamalah kita sis.. Bila ingat semula malu pada diri sendiri..
DeleteSemoga kita dapat muhasabah diri, inshaa Allah ..
Makin berusia, makin nak yang tenang-tenang ajer. Kalau ada yg tak tenang baik undur diri.
ReplyDeleteBetul kak. Saya nih lebih mengamalkan diam itu emas. Kalo memang tak tahu nak cakap bagus, better diam. Jangan sampai perkataan kita menjadi pisau tajam utk orang lain.
ReplyDeleteItu yang terbaik fanny.. Ya, ada perumpaan kata perkataan yang menyakitkan hati seperti mata pedang yang tajam..
Deletegood sharing
ReplyDeleteTerima kasih singgah Mama Zharfan :-)
DeleteSetuju .
ReplyDeleteTerima kasih singgah :-)
Delete