Pages - Menu

Santai Hujung Minggu Dengan Koleksi Indoor Plants

SANTAI HUJUNG MINGGU DENGAN KOLEKSI INDOOR PLANTS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. The weekend has come to an end.. Bila hujung minggu tiba, masa untuk saya berehat dan meluangkan masa dengan hobi kegemaran saya - gardening! Walaupun hanya sekadar menukar pasu dan menyusunatur pokok-pokok indoor seperti golden pothos, sanseviera, tradescantia zebrina, tradescantia nanouk, aglaonema, cactus, succulent, dan beberapa tanaman hijau lain, aktiviti ini memberi ketenangan yang sukar digambarkan. 

Koleksi indoor plants saya

Setiap kali menghabiskan masa bersama tanaman, terasa seolah-olah saya sedang relax, refresh & recharge diri sendiri di rumah. Hujung minggu ini saya dikelilingi tumbuhan hijau sambil ditemani si Furla yang tak reti duduk diam.. Tak tahu laa role dia sebagai teman atau pengacau.. haishhh ada saja yang diusiknya..

Furla sebagai peneman tak reti duduk diam
   
Kenapa indoor gardening? 

Bagi saya, indoor gardening dengan menambah koleksi indoor plants bukan sahaja dapat menaikkan seri rumah, tetapi juga memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan. Terutama pada hujung minggu, inilah masanya saya boleh memperuntukkan waktu untuk memeriksa kesihatan setiap pokok, mengelap daun-daun yang berhabuk, menukar pasu jika perlu, dan menyiram pokok-pokok mengikut keperluan masing-masing. Hobi ini memberi kepuasan tersendiri, melihat tanaman berkembang dan menghijau dari hari ke hari.

Indoor plants
  
Kebaikan indoor plants kepada kesihatan 

Indoor plants membawa pelbagai kebaikan yang mungkin tak ramai sedar. Ini antara beberapa kelebihan iaitu: 

Memperbaiki kualiti udara - Tanaman seperti golden pothos dan sanseviera / lidah mak mertua membantu menyerap toksin yang ada dalam udara dan menghasilkan oksigen yang lebih segar. Walaupun rumah kita kelihatan bersih, banyak bahan kimia dari produk harian yang boleh mencemarkan udara. Jadi, kehadiran pokok-pokok ini membantu kita mendapatkan udara yang lebih bersih dan segar dalam rumah. 

Mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood - Menghabiskan masa bersama tanaman adalah cara terbaik untuk saya mengurangkan tekanan. Setiap kali saya menyiram atau memeriksa daun-daun pokok ini, saya dapat melupakan sebentar segala kekusutan fikiran. Bahkan, kajian menunjukkan bahawa membawa indoor plants di rumah atau pejabat boleh meningkatkan mood dan mengurangkan kebimbangan. 

Melembapkan udara - Sebagai pokok, mereka turut mengeluarkan kelembapan ketika proses fotosintesis. Tanaman seperti golden pothos membantu mengurangkan udara kering, terutama apabila penghawa dingin digunakan dalam rumah. Udara yang lebih lembap ini bagus untuk kulit dan pernafasan kita.

Kebaikan indoor plants 
 
Ini merupakan sebahagian dari koleksi indoor plants saya di master bedroom. Saya memilih pokok jenis renek untuk menghiasi ruang bilik berhampiran tingkap.

Kebaikan meletakkan indoor plants di bilik tidur
 
Kebaikan meletakkan indoor plants dalam bilik tidur

Saya juga suka meletakkan beberapa pokok dalam bilik tidur. Ini kerana pokok-pokok seperti sanseviera atau pokok lidah mak mertua dan kaktus memberi kebaikan tambahan dalam ruang peribadi ini. 

Membantu tidur lebih nyenyak - Pokok sanseviera / pokok lidah mak mertua, misalnya, adalah salah satu pokok yang mengeluarkan oksigen pada waktu malam. Ini membantu meningkatkan kualiti udara dalam bilik tidur dan memberi kesan positif kepada kualiti tidur. Saya sendiri rasa lebih selesa dan tenang bila ada tanaman hijau di sekeliling, menjadikan suasana bilik lebih segar. 

Kesan menenangkan - Meletakkan indoor plants dalam bilik tidur bukan sahaja mencantikkan dekorasi tetapi juga memberi kesan menenangkan. Hijau dedaunan memang ada aura tersendiri yang membuatkan bilik terasa damai dan redup. Ini sangat membantu untuk kita yang mencari ketenangan sebelum tidur.

Mengurangkan risiko alahan - Pokok-pokok seperti kaktus dan succulent yang tidak memerlukan banyak air juga bagus untuk bilik tidur kerana mereka tidak mengumpul debunga atau menghasilkan kelembapan yang berlebihan, jadi risiko alahan pun berkurangan.

Boston fern

Menghabiskan masa hujung minggu dengan indoor gardening menambah koleksi indoor plants adalah cara saya untuk berehat, dan dalam masa yang sama memberi manfaat kepada kesihatan. 

Setiap pokok dalam koleksi saya bukan sahaja menjadi penyeri rumah tetapi juga berfungsi sebagai penyaring udara dan pelembap semula jadi. Bagi yang belum mencuba hobi ini, cubalah tanam beberapa indoor plants dalam rumah anda. Anda mungkin akan dapati bahawa suasana rumah lebih tenang, segar, dan tentunya lebih sihat!

Bagaimana pula dengan anda? Apa aktiviti hujung minggu anda.. Kongsikan di ruangan komen.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Orang Johor Suka Makan Ikan Pekasam: Luar Biasa atau Biasa?

ORANG JOHOR SUKA MAKAN IKAN PEKASAM: LUAR BIASA ATAU BIASA? | Bila sebut tentang makanan Johor, pasti ramai terbayang hidangan-hidangan ikonik seperti laksa Johor, nasi briyani, mee bandung Muar atau otak-otak. Johor memang terkenal dengan pelbagai sajian yang lazat, tetapi kalau dengar ada orang Johor suka makan ikan pekasam, mesti ada yang tertanya-tanya, “Eh, ikan pekasam ni bukan makanan orang utara ke?” 

Ya, memang betul, ikan pekasam lebih sinonim dengan negeri-negeri utara seperti Kedah dan Perak, tetapi percayalah, ada juga orang Johor yang boleh ‘layan’ hidangan tradisi ini dengan penuh selera! Saya salah seorang darinya.. Mula merasa ikan pekasam bila duduk di rumah bujang dengan kawan dari Jitra.. Kawan serumah ni suka bawa makanan tradisi kampung halamannya bila balik dari kampung. Jadi bertitik-tolak dari situ saya mula suka makan ikan pekasam.

Ikan pekasam

Apa Itu Ikan Pekasam? 

Bagi yang belum pernah dengar atau makan, ikan pekasam adalah sejenis makanan tradisional yang melibatkan proses fermentasi ikan. Ikan-ikan yang biasa digunakan termasuk ikan sungai seperti lampam, tilapia, atau sepat. Proses membuat ikan pekasam cukup unik dan ambil masa, tetapi hasilnya cukup berbaloi.

Ikan yang segar akan dibersihkan terlebih dahulu, kemudian direndam dalam garam untuk tempoh beberapa hari. Selepas itu, ia dicampurkan dengan nasi atau beras goreng yang telah ditumbuk halus dan disimpan lagi untuk beberapa hari sehingga betul-betul masam. Proses fermentasi ini memberikan ikan pekasam rasa masam, masin, dan sedikit pedas yang tersendiri. 

Cara paling popular untuk menikmatinya ialah dengan menggoreng ikan pekasam sehingga garing. Hasilnya, rasa masam-masin itu akan sebati dengan tekstur ikan yang rangup. Biasanya ia dimakan bersama nasi panas, sambal belacan, dan ulam-ulaman – memang terangkat! 

Kenapa saya suka ikan pekasam? 

Walaupun ikan pekasam lebih popular di bahagian utara, makanan ni sebenarnya dah mula merentas sempadan. Sebagai orang yang dilahirkan di Johor, saya percaya ramai orang Johor (dan dari negeri-negeri lain juga) yang suka dengan ikan pekasam kerana rasanya yang unik. 

Berikut adalah beberapa sebab kenapa saya sebagai orang Johor boleh ‘layan’ ikan pekasam: 

Kelainan Rasa - Rasa masam ikan pekasam memang lain dari yang lain. Kalau dah biasa makan ikan goreng biasa, ikan pekasam ini memberikan sentuhan yang lebih ‘kick’. Tambah lagi kalau makan dengan nasi panas dan sambal belacan – pasti tak cukup sepinggan! 

Senang Disediakan - Ikan pekasam sangat mudah disediakan – hanya goreng hingga garing. Tak perlu nak letak banyak perencah, sebab ikan pekasam itu sendiri dah ada rasa yang mantap. Kadang-kadang, orang Johor yang sibuk mungkin lebih suka hidangan mudah tapi tetap sedap macam ni. 

Warisan Malaysia yang Kaya - Makanan tradisional seperti ikan pekasam ini bukan hanya milik satu negeri sahaja. Ia adalah sebahagian daripada warisan kulinari Malaysia yang kaya. Orang Johor yang suka mencuba makanan dari negeri lain tentu menghargai keunikan dan sejarah yang ada pada setiap suapan ikan pekasam. 

Kepelbagaian dalam Hidangan - Di Johor, makanan-makanan tradisi memang kaya dengan rempah dan rasa. Ikan pekasam, dengan rasa masamnya yang tersendiri, menjadi satu variasi menarik untuk dipadankan dengan hidangan Johor yang biasanya kaya dengan kuah dan rempah. 

Jadi, siapa kata orang Johor tak suka ikan pekasam?

Dalam dunia sekarang, kita semakin terbuka untuk mencuba makanan dari pelbagai negeri dan budaya. Makanan yang asalnya dari satu kawasan kini boleh dinikmati di mana-mana sahaja. Kalau dulu ikan pekasam hanya popular di Kedah atau Perak, kini orang Johor pun dah ramai yang tahu menghargai keistimewaan hidangan ini. 

Jadi, kalau ada antara pembaca orang Johor yang suka makan ikan pekasam, jangan risau – anda tak keseorangan! Dan bagi yang belum pernah cuba, mungkin dah tiba masanya untuk anda nikmati hidangan tradisi ini dan lihat apa yang menarik sangat tentang ikan pekasam. Siapa tahu, lepas ni ikan pekasam jadi menu wajib di rumah anda pula! So apa kata anda, kongsi pendapat di ruangan komen di bawah..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!
 
 
 
Regards,

Cabaran Sumber Manusia Dalam Persidangan NHCCE 2024

CABARAN SUMBER MANUSIA DALAM PERSIDANGAN NHCCE 2024 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Dari satu kisah sedih kepada cerita tentang persidangan National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2024 yang telah saya hadiri pada 30.9.2024 hingga 2 Oktober 2024 lalu di MITEC anjuran HRD Corp.

Perkongsian ini agak sarat dengan gambar-gambar sepanjang persidangan, sekadar ingin mengabadikan kenangan dalam blog ini..

NHCCE 2024

Persidangan ini dihadiri oleh wakil syarikat dari latarbelakang berbeza yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan Sumber Manusia. Ini merupakan kali ke-2 penglibatan saya dalam persidangan ini semenjak menyertai Unit Perhubungan Perindustrian / Perusahaan, Jabatan Modal Insan.

NHCCE 2024

Majlis pembukaan dimulakan dengan segment Business & Economy dengan tajuk From Monsoon to Meraverse: Transforming Businesses for Malaysia's Dynamic Future menjemput panels tempatan iaitu diwakili oleh Ms. Christina Mei Mei Ng, Founder & CEO Christy Ng, Ms. Norlida Azmi dan Mr. Venon Tian, Chief Operating Officer, ZUS Coffee.

Speakers dari syarikat tempatan
Founder & CEO Christy Ng - Ms. Christina Mei Mei Ng
Mr. Venon Tian - COO Zus Coffee

Apa yang membuatkan saya teruja menyertai persidangan ini kerana dapat menimba ilmu dari perkongsian pengalaman usahawan tempatan yang berjaya mencipta nama dalam dunia perniagaan mereka.

Contoh: Christy Ng, siapa tak kenal dengan jenama Christy Ng.. Semasa persidangan ini, founder merangkap Chief Executive Officer jenama Christy Ng sendiri menceritakan jatuh bangun membina jenama tanpa putus asa dengan menempuhi cabaran masa kini. 

Walau pun saya sekadar makan gaji, tetapi perkongsian mereka sedikit sebanyak membuka mata saya dan  audience yang lain betapa susahnya membina jenama berbekalkan usaha dan semangat yang tidak kenal erti putus asa.

Mr. Terrance Dass & Dr. Sharifah Shawati

Seperti tahun lepas, MC masih lagi mengekalkan Mr. Terrance Dass Abdullah dan Dr. Sharifah Shawati..

Menteri Sumber Manusia

Majlis perasmian oleh YB. En. Steven Sim Chee Keong - Menteri Sumber Manusia. Bukan sahaja speakers dari dalam negara, malah speakers dari luar negara turut dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka. Mereka terdiri dari penulis novel, pakar motivasi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat masing-masing.

Barisan speakers and moderators

Presenter dari segment Leadership & Culture diwakili oleh Ms. Mimi Nicklin dari Amerika Syarikat:

Mimi Nicklin - Bestselling Author, Empathy Advocate & CEO

Mimi Nicklin

Seterusnya forum antara Dr. Akiko Sokamoto dari Jepun manakala En. Afifi Zahari, Chief People Officer dari Carsome dan Mr. Bharat dari Malaysia.

Segment Human Resource, Workforce & Ethics - Human vs Technology
Mr. Mohd. Afifi Zahari

Segment seterusnya Leadership & Culture dengan topic Transforming Mindsets for a Culture of Innovation diwakili oleh Mr. Srinivas B Reddy dari India, Ms. Marianna Pascal, World's Top 10 Female TEDx Speaker dari Canada dan Mr. Darryl Ma, Head of Digital Auto CelcomDigi dari Malaysia.

Leadership & Culture - Transforming Mindsets for a Culture of Innovation

Marianna Pascal dari Canada

Forum seterusnya mengenai Human Resource, Workforce & Ethics dengan tajuk The Shifting Landscape of Data Governance in the Digital Era diwakili oleg Mr. Joel Neoh, Mr. Kiruba Shankar dan Ms. Francesca Chia masing-masing dari Malaysia kecuali Mr. Kiruba dari India.

Human Resource, Workforce & Ethics

Sesi pertama hari kedua dimulakan oleh segment dari Mr. John Mattone iaitu World's Top Executive Coach & Bestselling Author.

Mr. John Mattone

Kemudian diikuti oleh sambungan dari segment HUman Resource, Workforce & Ethics dengan tajuk Measuring the ROI of Artificial Intelligence (AI) Application in Human Resource Management oleh Dr. Jack J. Phillips iaitu Chairman ROI Institute Inc. dari Amerika Syarikat.

Dr. Jack J. Phillips

Diikuti oleh Dr. Amy Dufrane yang membincangkan tentang topic Empowering the Workplace through Sustainable Tech-Based Practices.

Empowering the Workforce through Sustainable Tech-Based Practices
Dr. Amy Dufrane - CEO HRCI & HRSI

Selain dari persidangan yang diadakan di dewan utama, terdapat juga pameran di Aras 5 di mana turut menjemput ikon-ikon inspirasi di Malaysia.

Malaysia's Inspiring Local Experts and Icons
Booth HRD Corp.
Booth MYFutureJobs

Segment terakhir bagi persidangan hari ke-3 bertajuk Human Leadership in the Era of Advances Technology yang dibawa oleh speakers dari Singapore, Dr. Jerome Joseph dan Ms. Su-Yen Wong manakala Mr. Paul N Larsen dari Amerika Syarikat.

Human Leadership in the Era of Advanced Technology
Ms. Su-Yen Wong
Moderator and all the speakers

Penampilan terakhir dari Dr. Justin Cohen menyampaikan topik bertajuk Man vs Machine?

Man vs Machine
Dr. Justin Cohen

Finally, ucapan majlis penutup oleh YBhg. Datuk Wira Shahul Dawood, Ketua Eksekutif HRD Corp.

YBHG. Datuk Wira Shahul Dawood

Maka berakhir sudah persidangan NHCCE 2024 selama 3 hari di MITEC.. 

MITEC

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Kenzo Dalam Kenangan: Cerita Perpisahan

KENZO DALAM KENANGAN | Ketika post ini ditaip, saya masih lagi dalam kesedihan.. Siapa ada kucing, fahamlah perasaan ini.. Malam ini malam ke-3 Kenzo tiada malah saya published cerita ini pada masa yang sama ketika dia sedang nazak hingga menghembuskan nafas terakhir, pada 9.10.2024 jam 10.25 malam.. 

Post kali ini saya ingin berkongsi kisah tentang Kenzo, kucing tabby oren yang menjadi sebahagian penting dalam hidup saya sekeluarga. Nama Kenzo saya ambil sempena nama jenama terkenal, Kenzo Takada, satu nama yang elegan dan istimewa, seperti dirinya. Kenzo datang dalam hidup kami sekeluarga setelah sesat dan hampir dilanggar ketika husband sedang reverse kereta di porch. Seekor kucing ceria dan penuh kasih sayang sehingga kami sekeluarga memanggilnya Adik instead of Kenzo. Kehilangannya akibat dijangkiti Feline Upper Respiratory Disease (FURD) amat menyakitkan.

Kenzo dalam kenangan

Walaupun saya mempunyai 6 ekor kucing lain tapi setiap dari mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan Kenzo, seekor kucing paling manja dan tak pernah bawa masalah. Namun, semuanya berubah apabila Kenzo mula menunjukkan tanda-tanda sakit sejak Disember 2022, on-off hingga Ogos 2023. Saya segera membawanya ke doktor haiwan, dan di situlah saya dapat tahu bahawa Kenzo telah dijangkiti FURD. Penyakit ini biasanya menyerang saluran pernafasan kucing, menyebabkan simptom seperti selesema yang teruk. 


Sejak itu tahap kesihatannya tak stabil sehinggalah pada 8.10.2024 lalu.. Dia kelihatan lemah, nafasnya berat, dan seleranya hilang. Walaupun saya telah berusaha sedaya upaya untuk merawatnya, Kenzo akhirnya tidak dapat bertahan.
 
Siang tadi bila klinik bertanya khabar, airmata berjurai tak dapat saya kawal kesedihan..

In memory of Kenzo

Rasa kehilangan ini amat berat. Walaupun masih ada 6 ekor kucing lain tapi ianya tak lengkap tanpa Kenzo. 

Berdamai dengan takdir

Walaupun Kenzo sudah tiada, kenangan bersamanya akan terus kekal hidup dalam hati kami sekeluarga. Kami akan selalu mengingat saat-saat indah bersamanya, dari saat pertama dia datang dalam hidup kami hingga ke hari terakhir kami bersama. Ketiadaan Kenzo telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup saya lebih-lebih lagi dia kucing pertama yang pergi meninggalkan kami.

Rest in peace Kenzo (26.6.2022 - 9.10.2024)

Kepada sesiapa yang pernah merasakan kehilangan seperti ini, saya faham kesakitan yang dialami. Haiwan peliharaan bukan sekadar haiwan; mereka adalah sebahagian dari ahli keluarga, sahabat, dan sumber kegembiraan dalam hidup kita. Kenzo mungkin telah pergi, tetapi kenangan manis tentangnya akan terus hidup bersama-sama saya sekeluarga, selamanya.
My mind knows you are in a better place, 
where there is no pain.
You are at peace. 
I understand that, I just wish I could explain that to my heart.
Terima kasih, Kenzo, kerana pernah hadir dalam hidup kami membawa keceriaan. 
Selamat tinggal Adik, tenanglah di sana..


Regards,

Trip Sehari ke Central Market dan KLCC: Destinasi Budaya dan Gaya Hidup di Kuala Lumpur

TRIP SEHARI KE CENTRAL MARKET DAN KLCC | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Baru-baru ini, saya berpeluang menghabiskan masa bersama Arief menaiki KTM Komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur. Destinasi utama kami adalah KLCC dan Pasar Seni, tetapi perjalanan ini tidak lengkap tanpa beberapa hentian lain. Kata orang, sambil menyelam minum air.. 

KTM Komuter Seremban

Kami bertolak lebih kurang 11.15 pagi dari Seremban. KTM Komuter banyak perubahan sekarang, tidak seperti dulu. Perjalanan dengan komuter sangat selesa dan santai, sambil berpeluang menikmati pemandangan di luar bandar. 

Nu Sentral

Setelah lebih kurang 55 minit perjalanan, kami tiba di KL Sentral. Kami singgah di Nu Sentral for brunch, lapar sebab belum breakfast pagi itu sebelum meneruskan perjalanan.. I had my brunch at Secret Recipe. Semasa saya menikmati Vietnamese Beef Noodle manakala Arief pesan chicken lasagna, kami bersembang tentang destinasi ingin dituju. Kami sepakat ke KLCC terlebih dahulu, kemudian ke Pasar Seni. Dah lama benar si Arief request ke Pasar Seni sebab memang dia tak pernah jejak langsung ke sana.

Di KLCC just sightseeing, persinggahan wajib di Kinokuniya. Saya ingin membeli buku nota for my journaling selain mencari accessory for my Traveler's Notebook

Suria KLCC

Puas hati bila apa yang saya inginkan ada di depan mata.. Banyak pilihan warna Leuchtturm 1917, rambang mata memilih warna idaman padahal isi buku semua sama.. Malas fikir panjang terus ambil warna mint green..

Leuchtturm1917 notebook

Setelah ke Kinokuniya, kami singgah di Bape Store dan MCM.. Di MCM sekadar melihat koleksi terkini dan kebetulan saya ingin mencari wallet. Malangnya tiada wallet yang berkenan di hati tetapi hati terpaut ke mini backpack yang berada di rak.

MCM KLCC

Padahal sebelum itu janji tak membeli tapi tetiba terbeli juga akhirnya, X-Mini Stark Studs Backpack.. Seronok balik bergaya dengan beg baru, terus hilang penat.

My MCM Mini Stark Studd Backpack

Selepas ke KLCC, kami menaiki LRT menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Seni. Lama sungguh saya tak menjejakkan kaki ke sini, banyak juga perubahan sekitar kawasan ini. 

Pasar Seni or Central Market

The Malaysia Merak, merak gergasi di luar Pasar Seni..

Merak di Pasar Seni

Bersebelahan bangunan Pasar Seni terdapat open market dengan booths yang menjual pelbagai kraftangan.

Pasar Seni

Melangkah kaki masuk ke Pasar Seni, ramai pengunjung ketika itu. Mungkin itulah kebiasaan pengunjung Pasar Seni. Suasana di Pasar Seni sangat berbeza dari KLCC, dengan budaya dan seni tempatan yang dipamerkan di setiap sudut. Kami melihat pelbagai gerai yang menjual barangan kraftangan, lukisan dan cenderamata yang unik.

Ground Floor Pasar Seni
Booths di Pasar Seni
First Floor
Baju batik dan produk tempatan
The Coconut Shop
Kedai Makanan Ringan
Kedai kraftangan
Kedai cenderamata
Kedai Cenderamata
Stamps for travelers

Overall banyak cenderamata dan kraftangan Malaysia yang unik terdapat di Pasar Seni.. Selepas ke Pasar Seni kami meneruskan perjalanan pulang.

Laluan Kasturi

Bila melalui kawasan ini teringat ketika saya pulang ke Muar menaiki bus di Hentian Puduraya, kenangan lebih 20 tahun lalu.. Inilah laluan yang sering digunakan.

Hotel budget

Kawasan ini tidak lagi usang seperti sebelum ini..

Papan tanda jalan

Berjalan kaki dari LRT Pasar Seni ke kawasan sekitar juga selesa dengan ruang khas pejalan kaki. Kawasan persekitaran juga bersih, jauh berbeza di zaman 90-an ketika saya kerap menggunakan laluan ini. Trip kali ini tak sempat memperkenalkan Arief dengan Petaling Street. 

KTM Komuter dari KL Sentral

Bertolak dari KL Sentral sekitar pukul 5.30 petang dan tiba di stesen Seremban lebih kurang pukul 6.55 petang.. Secara keseluruhan, perjalanan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga penuh dengan pengalaman baru untuk Arief. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,