Pages - Menu

Orang Johor Suka Makan Ikan Pekasam: Luar Biasa atau Biasa?

ORANG JOHOR SUKA MAKAN IKAN PEKASAM: LUAR BIASA ATAU BIASA? | Bila sebut tentang makanan Johor, pasti ramai terbayang hidangan-hidangan ikonik seperti laksa Johor, nasi briyani, mee bandung Muar atau otak-otak. Johor memang terkenal dengan pelbagai sajian yang lazat, tetapi kalau dengar ada orang Johor suka makan ikan pekasam, mesti ada yang tertanya-tanya, “Eh, ikan pekasam ni bukan makanan orang utara ke?” 

Ya, memang betul, ikan pekasam lebih sinonim dengan negeri-negeri utara seperti Kedah dan Perak, tetapi percayalah, ada juga orang Johor yang boleh ‘layan’ hidangan tradisi ini dengan penuh selera! Saya salah seorang darinya.. Mula merasa ikan pekasam bila duduk di rumah bujang dengan kawan dari Jitra.. Kawan serumah ni suka bawa makanan tradisi kampung halamannya bila balik dari kampung. Jadi bertitik-tolak dari situ saya mula suka makan ikan pekasam.

Ikan pekasam

Apa Itu Ikan Pekasam? 

Bagi yang belum pernah dengar atau makan, ikan pekasam adalah sejenis makanan tradisional yang melibatkan proses fermentasi ikan. Ikan-ikan yang biasa digunakan termasuk ikan sungai seperti lampam, tilapia, atau sepat. Proses membuat ikan pekasam cukup unik dan ambil masa, tetapi hasilnya cukup berbaloi.

Ikan yang segar akan dibersihkan terlebih dahulu, kemudian direndam dalam garam untuk tempoh beberapa hari. Selepas itu, ia dicampurkan dengan nasi atau beras goreng yang telah ditumbuk halus dan disimpan lagi untuk beberapa hari sehingga betul-betul masam. Proses fermentasi ini memberikan ikan pekasam rasa masam, masin, dan sedikit pedas yang tersendiri. 

Cara paling popular untuk menikmatinya ialah dengan menggoreng ikan pekasam sehingga garing. Hasilnya, rasa masam-masin itu akan sebati dengan tekstur ikan yang rangup. Biasanya ia dimakan bersama nasi panas, sambal belacan, dan ulam-ulaman – memang terangkat! 

Kenapa saya suka ikan pekasam? 

Walaupun ikan pekasam lebih popular di bahagian utara, makanan ni sebenarnya dah mula merentas sempadan. Sebagai orang yang dilahirkan di Johor, saya percaya ramai orang Johor (dan dari negeri-negeri lain juga) yang suka dengan ikan pekasam kerana rasanya yang unik. 

Berikut adalah beberapa sebab kenapa saya sebagai orang Johor boleh ‘layan’ ikan pekasam: 

Kelainan Rasa - Rasa masam ikan pekasam memang lain dari yang lain. Kalau dah biasa makan ikan goreng biasa, ikan pekasam ini memberikan sentuhan yang lebih ‘kick’. Tambah lagi kalau makan dengan nasi panas dan sambal belacan – pasti tak cukup sepinggan! 

Senang Disediakan - Ikan pekasam sangat mudah disediakan – hanya goreng hingga garing. Tak perlu nak letak banyak perencah, sebab ikan pekasam itu sendiri dah ada rasa yang mantap. Kadang-kadang, orang Johor yang sibuk mungkin lebih suka hidangan mudah tapi tetap sedap macam ni. 

Warisan Malaysia yang Kaya - Makanan tradisional seperti ikan pekasam ini bukan hanya milik satu negeri sahaja. Ia adalah sebahagian daripada warisan kulinari Malaysia yang kaya. Orang Johor yang suka mencuba makanan dari negeri lain tentu menghargai keunikan dan sejarah yang ada pada setiap suapan ikan pekasam. 

Kepelbagaian dalam Hidangan - Di Johor, makanan-makanan tradisi memang kaya dengan rempah dan rasa. Ikan pekasam, dengan rasa masamnya yang tersendiri, menjadi satu variasi menarik untuk dipadankan dengan hidangan Johor yang biasanya kaya dengan kuah dan rempah. 

Jadi, siapa kata orang Johor tak suka ikan pekasam?

Dalam dunia sekarang, kita semakin terbuka untuk mencuba makanan dari pelbagai negeri dan budaya. Makanan yang asalnya dari satu kawasan kini boleh dinikmati di mana-mana sahaja. Kalau dulu ikan pekasam hanya popular di Kedah atau Perak, kini orang Johor pun dah ramai yang tahu menghargai keistimewaan hidangan ini. 

Jadi, kalau ada antara pembaca orang Johor yang suka makan ikan pekasam, jangan risau – anda tak keseorangan! Dan bagi yang belum pernah cuba, mungkin dah tiba masanya untuk anda nikmati hidangan tradisi ini dan lihat apa yang menarik sangat tentang ikan pekasam. Siapa tahu, lepas ni ikan pekasam jadi menu wajib di rumah anda pula! So apa kata anda, kongsi pendapat di ruangan komen di bawah..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!
 
 
 
Regards,

23 comments:

  1. Pernah juga makan
    Tapi taklah minat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya akui rasa ikan pekasam ni lain dari citarasa Johor..

      Delete
  2. Sedapnyaaa LZ!. Terliur pulak.
    I suka ikan pekasam, ikan wadik banjar style, ikan terubuk masin Sarawak. Mkn dgn nasi panas2.. sedapnya.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak Hjh.. Sejenis suka makan ikan pekasam dan ikan terubuk masin Sarawak.. Uikshhh memang terliur..

      Delete
  3. Ikan pekasam ni mmg nmpk sedap tp sy x boleh pulak nk mkn... pernah beli sbb teringin nk buat tp lepas tu mkn sikit je.. kalau kt sarawak ni ada pekasam udang, yg tu boleh pulak sy mkn.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekasam udang saya belum pernah rasa lagi Kak Mim, ada peluang ke Sarawak nanti tentu saya cari.. Ya memang betul, jarang sekali orang dari negeri lain suka makan ikan pekasam..

      Delete
  4. Itulah pasal ... bukan asal utara ke pekasam ni huhu.. kat rumah wajib ada sebab lauk emegency kalau nak cepat huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, ikan pekasam dari utara sebab tu nak tahu sama ada orang dari Selatan suka atau tidak dengan ikan pekasam ni.. Penggemar ikan pekasam wajib ada stock kann TT, hehehe

      Delete
  5. Malaysia ni kan, lauk pauk juadah negeri mana pun, kalau dah suka, memang tak boleh bawak bincang hehe. Addicted.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed sis.. Itulah keistimewaan Malaysia, pelbagai citarasa.. :-)

      Delete
  6. Uish... memang jarang jumpa 'bangsa johor' yang layan pekasam ni... rare!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak uncle gedek, bab makan tak kenal bangsa, janji sedap, boleh telan dan halal.. KIta cari persamaan.. hehehehe

      Delete
  7. sy antara penggemar pekasam...
    kalau ada lauk msk lemak mau 3 kali sy tambah nasi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh bawa bincang dear anies, kena sangat dengan lauk masak lemak dan nasi panas.. hurrrmmm mables!

      Delete
  8. sblm jiran tetangga kita claim ikan pekasam tuh aslinya dari indonesia., hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi tradisional susah sikit claim sebab unik dan tersendiri, hehehe

      Delete
  9. kita org pantai timur makan ikan pekasam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena dengan citarasa, kita boleh layan kann mama tisya..

      Delete
  10. Sayapun kenal pekasam masa di universiti apabila rakan kuliah bawa pekasam untuk seorang lagi rakan yang minta pekasam.
    Sayapun minat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy ada geng.. Sis pun sama, kawan juga yang memperkenalkan ikan pekasam.. terus suka..

      Delete
  11. Belum pernah coba ikan pekasam. Tp kalo baca deskripsi yg kakak tulis, saya mungkin akan suka dengan rasanya . Kombinasi asam, gurih, Masin, apalagi dimakan nasi panas dan sambal, memang terbayang sedap 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah apa yang Fanny described, rasanya masam, masin, garing dan pedas dari cili potong.. sedap :-)

      Delete
  12. itu kehebatan bila kita pandai mix around. ko rasa lauk aku, aku rasa lauk ko gitu.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!