Pages - Menu

Tempat Makan Viral Versi Review Dari Bukan Influencer

TEMPAT MAKAN VIRAL VERSI REVIEW BUKAN INFLUENCER | Kenapa tajuk sarcastic sangat? Bukan sarcastic tapi sekadar membuka mata dan telinga bahawa apa yang dipandang dan didengar tak semuanya indah terutama tempat makan viral.. Kali ni terkena lagi.. Padahal kata dah serik tak nak pergi tempat makan viral bila beberapa kali terkena indah khabar dari rupa.. 

Roti telur goyang

Saya faham bahawa sedap itu subjective, even subjective tapi apa yang digambarkan tak seperti yang kita dapat.. 

Nasi lemak paru goreng

Bila dah viral, service lambat dari mula pesanan diambil hingga membuat bayaran akibat tak cukup kakitangan.. Persekitaran restaurant kotor akibat pinggan mangkuk lambat kemas hingga mengundang lalat.. Ada juga antara pelanggan merungut tak dapat pesanan hingga terpaksa meninggalkan restaurant dengan perut kosong.. 

Nasi lemak ayam goreng

In term of rasa makanan pula biasa sahaja, takde terlalu wow seperti expression influencer.. For me so-so.. 

Roti telur goyang

Jadi jangan terpedaya realiti di sebalik tempat makan viral.. and don't put too much expectation supaya tak kecewa di kemudian hari.. Post ini bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi take it positively for improvement.. Saya yakin pasti ada juga antara pembaca pernah mengalami nasib yang sama seperti saya.


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Akhir kata, kepada pembaca yang belum menjadi follower, sudilah follow blog saya.. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

13 comments:

  1. Di IG ada seorang ni alaa lupa nama, dia bagi review memang ikhlas, kalau tak sedap, dia cakap terus tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chinese guy ker sis? Kalau betul, memang saya suka individu buat review jujur.. telus.

      Delete
  2. Kalau tempat viral ni kadang viral sebab apa pun tak tahu....orang ramai sangat. Kalau nak juga pergi kena tunggu orang reda sikit. Kadang, tak kena pulak kat tekak kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Tak semua orang sama citarasa tapi kalau tak sedap mana mungkin boleh kata sedap kann...

      Delete
  3. Ramai peniaga macam ni, bila ramai yang datang, tak cukup kakitangan, meja pun tak bersih. Sudah follow blog LZ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tot, agak kecewa juga bila jadi begitu..
      Terima kasih sudi follow..

      Delete
  4. Agree.... Saya biasanya lihat siapa influencernya . Kalo masih muda, sebaya anak saya, atau gen Z, saya biasa tak tertarik. Krn mereka lebih mementingkan tempat estetik drpd rasa makanan. Tak semua, tp kebanyakan begitu.

    Cuma kalo yg rekomenin Orang2 gen X, biasanya memang rasa yang mereka cari. Bukan tempat estetik yg bagus buat foto.

    Saya pun LBH suka DTG ke tempat makan legend drpd yg baru dibuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good tips juga Fanny.. Citarasa muda-mudi agak berbeza dengan kita yang sudah dewasa - taste mak-mak hehehe

      Delete
  5. I used to percaya dengan review dari influencer untuk 1 kedai kopi di Johor. Masa tu kitenyer dari KL, pakwe di Johor. So bersungguh la ajak dia pegi kedai kopi ni sebab review influencer tu kata best dan menarik sangat lah. Sekali pegi bunyi cengkerik je cafe nya. Itu satu, yg satu lagi kopi dia tak la sesedap yg di perkatakan. Biasa2 je . uhuk~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, kecewa sungguh kalau terkena camtu Zhi.. LZ pun pernah kena, memang setepek ke muka! Dalam hati kata: whattttt? ini kata best?!!!

      Delete
  6. Setuju. Kalau boleh review lah seikhlasnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree more than 100% Kak Sue.. Biarlah jujur dan seikhlas hati..

      Delete
  7. Review jujur chinese guy tu Michael Ang ke LZ ngeh! ngeh! ngeh! #sengajamengeruhkankeadaan

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!