JALAN-JALAN KE THE EXCHANGE TRX MALL, KUALA LUMPUR | Post ini adalah kesinambungan dari post sebelum ini iaitu
Sleeping Lion Suites Hotel Kuala Lumpur. . Hari kedua selepas
check-out dari Sleeping Lion Suites, kereta masih di parking lot hotel, saya ke The Exchange TRX Mall yang terletak berhampiran,
just walking distance. Ini baru kali pertama saya menjejakkan kaki ke TRX Mall..
|
The Exchange TRX Mall |
To all readers yang masih belum tahu apa maksud TRX.. TRX adalah singkatan bagi The Tun Razak Exchange.. Ianya merupakan international business district yang dilengkapi dengan 400 retailers di seluruh negara. Rekabentuk bangunan yang unik menjadi salah satu lagi icon baharu di Kuala Lumpur. Jadi tak hairanlah jika warga Malaysia juga tidak melepaskan peluang tertumpu di sana semasa pembukaannya secara rasmi pada tahun lalu.
|
Laluan dari Jalan Bukit Bintang ke TRX Mall |
Okay seterusnya kami berjalan kaki santai dari Jalan Bukit Bintang, kemudian melalui taman dengan landscape yang cantik. Inilah pemandangan Sleeping Lion Suites dari taman TRX.. Laluan pejalan kaki agak redup kerana dikelilingi pokok besar dan bangunan.
|
The Exchange TRX Mall entrance |
Dari Jalan Bukit Bintang saya masuk ke mall melalui entrance di antara butik Balenciaga dan Prada.. Untuk pengetahuan, pelbagai butik jenama mewah di sini - sambil jalan, puas mata memandang jenama mewah.. Ketika itu ramai juga pengunjung di mall - al-maklum hari Ahad masing-masing keluar membawa keluarga berjalan-jalan..
|
Muji |
Selain jenama mewah, outlet jenama biasa juga banyak di mall ini..
|
Restaurants area |
Ini pula sebahagian dari barisan
restaurants yang terdapat dalam mall ini selain pilihan tempat makan lain dari restoran mewah hingga rangkaian restoran franchise biasa. Jangan risau ada sesuatu dimakan untuk setiap selera.
|
Inside Out 2 |
Ketika ini ada promosi cartoon movie Inside Out 2.. Comel watak-watak cartoon yang dipamerkan..
|
Cartoon Movie - Anxiety |
Setelah puas berjalan,
explore dari satu tingkat ke satu tingkat, dari satu butik ke satu butik, sudah dapat barang yang dihajati baru perut terasa lapar.. Motif utama ke sini pun sebenarnya untuk cari makan. Tak lengkap rasanya kalau tak mencuba makanan di
mall ini. Perjalanan diteruskan untuk meninjau tempat makan, kebetulan restoran Samthai ada tempat kosong, dapatlah menjamu selera di sana.
|
Wantan soup |
|
Nasi goreng kampung belacan |
Selepas makan, perut kenyang, kaki penat berjalan jadi kami mengambil keputusan untuk keluar dari TRX Mall menuju ke
parking lot di Sleeping Lion Suites Hotel.. Seterusnya keluarlah kami meninggalkan pusat bandar Kuala Lumpur menuju ke Seremban..
Overall puas hati dengan
weekend getaway kali ini.. Misi mencari ketenangan,
shopping, berjalan-jalan ke tempat baharu semua tercapai, syukur alhamdulillah.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Salam perkenalan...
ReplyDeleteBelum sampai lagi TRX ini...
Salam perkenalan juga to zana-norzana..
DeleteInshaa Allah bila tergerak hati nanti sampailah di sini..
TRX ni sebenarnya dekat je dengan rumah uncle... Tapi biasa lah... Yang dekat tu yg tak sampai2... huhuu
ReplyDeleteBetul uncle, biasa orang dekat lambat sampai sebab bila-bila boleh pergi kannn..
DeleteOh I see. Pusat Kewangan dan Pelaburan. Byk yg I blom explore kat KL ni LZ.
ReplyDeleteSelalu cuma tahu adanya MRT Station utk Tun Razak Exchange je. 😅
Ya betul sis, next time LZ ingat nak tour ikut public transport sebab belum pernah naik MRT sejak pindah Seremban 14 years ago.
DeleteBelum sampai lagi sini... Selagi takde keperluan, selagi tu la tak jejak agaknya hihi...
ReplyDeleteYa betul.. LZ pun sama macam PH kalau takde keperluan memang tak akan pergi ke sesuatu destinasi..
DeleteOrang KL pun ramai yang tak sampai lagi apatah lagi orang Penang. Teringin juga nak menjejakkan kaki.
ReplyDeleteNo worries, mana tahu ada peluang ke KL boleh singgah..
DeleteEntah bila hendak jalan-jalan ke KL. Tiap kali balik Selangor ada saja rancangannya merayap ke sana ke mari, tapi tak tersinggah di KL.
ReplyDeleteBerjalan-jalan ke KL kena ada perancangan rapi Amie, kalau tak terlepas tempat-tempat menarik.. Takpe bila2 balik Selangor boleh plan singgah sini..
DeleteUntung nyer.. dah smpai ke TRX.. kita duduk dekat pun tak smpai lagi hihii...
ReplyDeleteUntung lagi dapat berjalan-jalan ke luar negara seperti Tuan.. Kita jalan dekat-dekat saja.. :-)
Deletesetelah cukup berjalan2 diakhiri dengan makan yang kenyang
ReplyDeleteSudah tentu.. baru lengkap jalan-jalan cari makan.. :-)
DeleteBelum sampai lagi ke sini...
ReplyDeleteBila-bila MA boleh bawa Ian dan Iris..
Deletekak ana sampai dah sekali hari tu, masa mula-mula buka, penuh manusia hehe :)
ReplyDeleteMasa tu memang penuh manusia Kak Ana, even sekarang kalau silap hari masih ramai..
DeleteWantan tu, sedap nya.
ReplyDeleteAgree, memang sedap.. Saya peminat wantan, kalau jumpa versi halal mesti order..
DeleteTak pernah sampai sini lagi
ReplyDeleteAda peluang tentu pakcik WP akan sampai sini juga suatu hari nanti..
Deletesalam perkenalan dan follow di sini ye sis.. kitorg pun plan nak bawak anak3 berjalan ke sini satu hari nanti..saja nak try bawak anak naik MRT dr putrajaya.. hehe
ReplyDeleteTerima kasih follow.. Pastikan tak lepas peluang bawa anak-anak ke sini untuk create memories buat mereka.. :-)
Deleterindunya nak jalan2 di KL. Masa belajar di UM pd 91 - 97 dulu hampir semua mall sy jejaki...metrojaya, yaohan, keramat, batu road, hankyu jaya dll. Byk yg dah tutup...
ReplyDeleteLama dah tu teacher, kena repeat jalan-jalan ke KL untuk imbau kenangan lalu..
DeleteKarena dulu saya kerja di bank, bagi kami TRX itu singkatan dari transaction 😅😄. Jadi kalo liat abbreviation ini, langsung ingat dengan transaction ðŸ¤. Ternyata beda arti yaa
ReplyDeleteSaat ke KL june-july lalu, adik mengajak ke TRX ini . Tp memang waktu tak banyak, JD tak sempat pula. Nantilah kalo ke Malaysia lagi. Saya dengan Malaysia, bisa dibilang tiap tahun pasti datang 😄. Paling sering KL atau Penang.
Berbeza fanny, trx di akaun bank kadang-kadang seram sebab banyak trx keluar dari trx masuk... hehehe
DeleteNext time datang ke Malaysia, jangan lupa masukkan sekali plan ke TRX Mall ini supaya tak terlepas lagi okay.. Thanks for your comments and support..
tak singgah apple store ke?
ReplyDeleteTak sempat explore habis sis.. Next time plan repeat guna public transport pula...
DeleteBelum pernah jejak kaki ke TRX ni
ReplyDeleteanak bujang dah sebut dah ajak ke TRX ni..kena plan gak ni
ReplyDeleteammi hanya pernah transit MRT je kat stesen TRX ni. masuk dalam mall tak pernah lagi.
ReplyDeletebtw apa yang ada kat atas nasi goreng kampung tu? poached egg?
Entah bila nak sampai sini tak tahulah. Jalan jalan masa redup syoklah tak panas. Tak kisah berjalan lama. Tengok wantan soup tu rasa macam lama tak makan bbq chicken noodle soup TCRS.
ReplyDelete