Capturing What Everyday Life Brings..

Sleeping Lion Suites Kuala Lumpur: Pengalaman Menginap di Hujung Minggu

SLEEPING LION SUITES KUALA LUMPUR: PENGALAMAN MENGINAP DI HUJUNG MINGGU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Weekend getaway kali ini saya bawa pembaca untuk berkongsi cerita pengalaman saya sekeluarga menginap di Sleeping Lion Suites Kuala Lumpur pada 1 Jun 2024 lalu.

Hotel ini terletak di Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Saya mengetahui kewujudan hotel ini dari TikTok tambahan pula ramai yang telah menginap di hotel ini memberi positive review.

Sleeping Lion Hotel

My first impression bila sampai di perkarangan hotel, saya terkejut.. Hotel ini terletak di tengah-tengah rumah flat kos rendah di Kuala Lumpur tetapi berada di atas tanah yang mahal, wow!!..

Persekitaran hotel

Okay, now proceed to parking lot yang terletak di tingkat atas melalui jalan di tepi bangunan hotel.. Syukur, parking lot so spacious tak perlu berebut. Ianya berada dalam bangunan yang sama.

Parking lot

Saya pernah menginap di hotel di mana parking lot mengamalkan konsep first come first serve, dalam erti kata lain terpaksa berebut. Sungguh kurang selesa.. Ianya berlainan di sini, so far parking mudah, selamat kerana dipantau oleh cctv dan security serta bersih. Saya parked kereta di tingkat 2, terus menggunakan lif untuk ke lobi hotel.

Tingkat 2 - Parking lot
Pemandangan dari lif

Sungguh pun hotel sederhana tapi ada lebih dari 6 lif.. Masa menunggu juga tak lama melainkan masa check-in dan waktu petang ketika penghuni mandi di roof top

Hotel lobby
Cantik, sungguh unik pokok menjalar menutup pemandangan rumah sebelah

Semasa saya check-in, ramai juga pelancong dari China dan Indonesia sudah sedia menunggu. Sistem check-in menggunakan nombor giliran. Kaunter check-in dan check-out juga banyak di samping sistem self check-out so masa menunggu tak lama. 

Kaunter 6

Masa menunggu less than 10 minutes walaupun ramai.. Staffs di kaunter semua efficient and friendly. Proses check-in pun singkat, boleh terus ke bilik yang terletak di tingkat 32.

Bilik di tingkat 32
Lorong ke bilik

Untuk makluman, segala macam special request untuk bilik seperti biasa bergantung kepada availability.. Selalu bila saya menginap di hotel jenis bertingkat begini, saya prefer tingkat paling tinggi, kemudian pilih pemandangan dari bilik yang cantik. Bilik ini saya pilih city view.. Bolehlah ambil gambar letak caption: View from hotel room.. ewah!!!..

Ting!!! Pintu lif terbuka, dah sampai (guna suara Mira Filzah)...

Bilik kami

Beginilah keadaan bilik hotel, saya booked 2 bilik jenis Premier King Room.

Premier King Room
Sleeping hotel room
Hotel room review
Sleeping Hotel room facilities

Standard room facilities yang disediakan antaranya free bottled water, in-room safe box, hair dryer, ironing facilities, peti ais kecil dan segala basic facilities yang mesti ada dalam setiap bilik hotel.. Kebersihan bilik sangat memuaskan sebab saya difahamkan hotel ini agak baharu. Pemandangan yang dikatakan city view dari bilik hotel adalah menara TRX Exchange di samping bumbung-bumbung di bawahnya. Sebelah malam pula, sepanjang jalan utama kereta berjela-jela sebab jem teruk menghala ke Jalan Bukit Bintang.. 

Menara TRX Exchange & Prudential

Selepas check-in saya merayau di sekitar Jalan Bukit Bintang mencari makan kerana perut ingin diisi nasi.. 

Jalan keluar menuju ke Bukit Bintang

Keluar dari hotel menuju ke arah Jalan Bukit Bintang, ikut laluan di sebelah Starhill Gallery,  just walking distance dari hotel. 

Starhill Gallery

Kemudian masuk jalan short cut melalui hotel Fahrenheit, keluar ke Pavilion.. kemudian ikut jalan keluar hotel melalui Bukit Bintang area Pavilion menuju Damascus dan tempat makan best sepanjang jalan utama sebaris Lot 10..

Short cut to Pavilion
Hello Pavilion

Seperti biasa di hujung minggu, manusia agak ramai namun saya masih boleh bertolak-ansur dengan persekitaran dan kedaan tersebut.. Luar saja ramai tapi dalam mall agak tenang..

Fahrenheit hotel dan Starhill Gallery
Water fountain

Puas mencari tempat makan tapi ramai pula orang beratur menunggu giliran, akhirnya kami singgah di Hameediah, pekena nasi kandar surr.. Restoran pilihan kami sebab takde orang beratur di restro ini.. 

Lepas jalan-jalan cari makan, kami menuju pulang ke hotel.. Kami bercadang untuk membeli-belah dan berjalan-jalan selepas check-out esok.. Cuaca mendung dan ketika kami makan tadi hujan turun dengan lebat.. Beginilah keadaan petang menuju ke hotel. 

Menuju ke Sleeping Lion Hotel

Pada sebelah malam, kami menghabiskan masa simple dinner dan minum kopi panas di roof top. Suasana sangat tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan lampu malam dari bangunan adalah pemandangan yang indah - sudah terlalu lama saya mengidamkan suasana tenang begini,.. 

Swimming pool
Pemandangan malam
Kehijauan landscape
Love the scenery
Tempat bersantai

Begitulah sebahagian dari cerita saya bersama keluarga menginap di Sleeping Lion Suites.. Overall lokasi sangat strategik, keadaan hotel bersih dan roof top swimming pool sangat win. Kehijauan landscape turut mendamaikan.. Tak lupa juga terdapat mini gym di kawasan ini.. 

Pengalaman menginap di hotel ini memenuhi expectation saya hingga terdapat sedikit kekurangan ianya tidak menjejaskan mood menghabiskan cuti hujung minggu saya bersama keluarga. So kepada mereka yang ingin menghabiskan masa cuti hujung minggu di tengah-tengah kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur, bolehlah menginap di Sleeping Lion Suites.. Lokasi strategik, harga berpatutan, banyak tempat makan dan shopping mall berhampiran hanya walking distance, highly recommend!...

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Share:

25 comments:

  1. salam ziarah. nampak menarik hotel ni..berapa rate nya yer? ada connecting room ker? sbb u ckp u booked 2 bilik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mama Zharfan sudi singgah blog LZ..
      Connecting room LZ tak pasti ada atau tidak sebab last minute booked, jadi untuk memudahkan urusan LZ tak request / bertanya tentang connecting room, terpaksa ambil 2 bilik bersebelahan..

      Delete
  2. Nampak menarik hotel ni, lokasinya sangat strategik ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Puan Hazel, ciri-ciri perfect bagi LZ untuk weekend getaway..

      Delete
  3. Patutnya logo dia singa tengah tidur la kan? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya singa berjaga uncle gedek, hehehe..
      Anyway, terima kasih sudi singgah dan follow my blog..

      Delete
  4. Nampak bersih dan kemas biliknya. Memang cukup selesa dapat menginap di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Amie, memang selesa menginap di sini.. :-)

      Delete
  5. June kemarin saya ke KL sebenarnya ada lihat ttg hotel ini. Tapi memang Krn saat itu bawa papa mama dan nak sambung ke Penang naik aeroline, jadi saya cari hotel yg mana tak jauh dari bus aeroline akan mengambil penumpang . Krn itu stay di Corus jadinya. So papa tak letih kalo harus pergi PAgi2.

    Tapi next kalo ke KL hanya dengan suami dan anak2, memang prefer cari penginapan Deket bukit bintang, dekat dengan banyak tempat makan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia bukan tempat asing lagi bagi Fanny, kerap juga ke Malaysia ya.. Corus di Jalan Ampang right? It's okay next visit boleh shopping dan jalan-jalan cari makan di Bukit Bintang.. :-)

      Delete
  6. Menarik ni, boleh try nanti. Thanks for sharing. Bersih kemas bilik, memang selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mulan, selesa dan affordable.. Sesuai untuk menginap dalam waktu singkat.. ;-)

      Delete
  7. menarik tema warna hotel ni..tak serabut..rooftop yg cool..

    ReplyDelete
  8. done follow... nanti follow saya back yea.

    ReplyDelete
  9. cantik juga hotel ni...view pool mlm tu cantik...lokasi dkt ngan mall tu senang nk jln2 cari makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan mama tisya.. Ciri-ciri hotel begitu memang citarasa LZ.. Malam dapat lepak rooftop sambil menikmati pemandangan, seronok..

      Delete
  10. teringin nak menginap di hotel ni bila ke KL nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat teacher.. Sesekali tukar angin..
      Terima kasih sudi singgah dan follow blog LZ..

      Delete
  11. Cantik...and location yg sgt strategik

    ReplyDelete
  12. Menarik hotel ni. Kadang2 teringin nak stay dekat hotel yg bukan Marriott brand tapi sbb skrg tgh gigih nak dapatkan status lifetime Silver Elite member jadi nak tak nak setiap kali pilih hotel penginapan mmg kena cari hotel bawah brand Marriott jugak.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews