Sungguh pun hotel sederhana tapi ada lebih dari 6 lif.. Masa menunggu juga tak lama melainkan masa check-in dan waktu petang ketika penghuni mandi di roof top.
|
Hotel lobby |
|
Cantik, sungguh unik pokok menjalar menutup pemandangan rumah sebelah |
Semasa saya check-in, ramai juga pelancong dari China dan Indonesia sudah sedia menunggu. Sistem check-in menggunakan nombor giliran. Kaunter check-in dan check-out juga banyak di samping sistem self check-out so masa menunggu tak lama.
|
Kaunter 6
|
Masa menunggu less than 10 minutes walaupun ramai.. Staffs di kaunter semua efficient and friendly. Proses check-in pun singkat, boleh terus ke bilik yang terletak di tingkat 32.
|
Bilik di tingkat 32 |
|
Lorong ke bilik |
Untuk makluman, segala macam special request untuk bilik seperti biasa bergantung kepada availability.. Selalu bila saya menginap di hotel jenis bertingkat begini, saya prefer tingkat paling tinggi, kemudian pilih pemandangan dari bilik yang cantik. Bilik ini saya pilih city view.. Bolehlah ambil gambar letak caption: View from hotel room.. ewah!!!..
Ting!!! Pintu lif terbuka, dah sampai (guna suara Mira Filzah)...
|
Bilik kami |
Beginilah keadaan bilik hotel, saya booked 2 bilik jenis Premier King Room.
|
Premier King Room |
|
Sleeping hotel room |
|
Hotel room review |
|
Sleeping Hotel room facilities |
Standard room facilities yang disediakan antaranya free bottled water, in-room safe box, hair dryer, ironing facilities, peti ais kecil dan segala basic facilities yang mesti ada dalam setiap bilik hotel.. Kebersihan bilik sangat memuaskan sebab saya difahamkan hotel ini agak baharu. Pemandangan yang dikatakan city view dari bilik hotel adalah menara TRX Exchange di samping bumbung-bumbung di bawahnya. Sebelah malam pula, sepanjang jalan utama kereta berjela-jela sebab jem teruk menghala ke Jalan Bukit Bintang..
|
Menara TRX Exchange & Prudential |
Selepas check-in saya merayau di sekitar Jalan Bukit Bintang mencari makan kerana perut ingin diisi nasi..
|
Jalan keluar menuju ke Bukit Bintang |
Keluar dari hotel menuju ke arah Jalan Bukit Bintang, ikut laluan di sebelah Starhill Gallery, just walking distance dari hotel.
|
Starhill Gallery
|
Kemudian masuk jalan short cut melalui hotel Fahrenheit, keluar ke Pavilion.. kemudian ikut jalan keluar hotel melalui Bukit Bintang area Pavilion menuju Damascus dan tempat makan best sepanjang jalan utama sebaris Lot 10..
|
Short cut to Pavilion |
|
Hello Pavilion |
Seperti biasa di hujung minggu, manusia agak ramai namun saya masih boleh bertolak-ansur dengan persekitaran dan kedaan tersebut.. Luar saja ramai tapi dalam mall agak tenang..
|
Fahrenheit hotel dan Starhill Gallery |
|
Water fountain |
Puas mencari tempat makan tapi ramai pula orang beratur menunggu giliran, akhirnya kami singgah di Hameediah, pekena nasi kandar surr.. Restoran pilihan kami sebab takde orang beratur di restro ini..
Lepas jalan-jalan cari makan, kami menuju pulang ke hotel.. Kami bercadang untuk membeli-belah dan berjalan-jalan selepas check-out esok.. Cuaca mendung dan ketika kami makan tadi hujan turun dengan lebat.. Beginilah keadaan petang menuju ke hotel.
|
Menuju ke Sleeping Lion Hotel |
Pada sebelah malam, kami menghabiskan masa simple dinner dan minum kopi panas di roof top. Suasana sangat tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan lampu malam dari bangunan adalah pemandangan yang indah - sudah terlalu lama saya mengidamkan suasana tenang begini,..
|
Swimming pool |
|
Pemandangan malam |
|
Kehijauan landscape |
|
Love the scenery |
|
Tempat bersantai |
Begitulah sebahagian dari cerita saya bersama keluarga menginap di Sleeping Lion Suites.. Overall lokasi sangat strategik, keadaan hotel bersih dan roof top swimming pool sangat win. Kehijauan landscape turut mendamaikan.. Tak lupa juga terdapat mini gym di kawasan ini..
Pengalaman menginap di hotel ini memenuhi expectation saya hingga terdapat sedikit kekurangan ianya tidak menjejaskan mood menghabiskan cuti hujung minggu saya bersama keluarga. So kepada mereka yang ingin menghabiskan masa cuti hujung minggu di tengah-tengah kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur, bolehlah menginap di Sleeping Lion Suites.. Lokasi strategik, harga berpatutan, banyak tempat makan dan shopping mall berhampiran hanya walking distance, highly recommend!...
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
salam ziarah. nampak menarik hotel ni..berapa rate nya yer? ada connecting room ker? sbb u ckp u booked 2 bilik kan
ReplyDeleteTerima kasih Mama Zharfan sudi singgah blog LZ..
DeleteConnecting room LZ tak pasti ada atau tidak sebab last minute booked, jadi untuk memudahkan urusan LZ tak request / bertanya tentang connecting room, terpaksa ambil 2 bilik bersebelahan..
Nampak menarik hotel ni, lokasinya sangat strategik ye
ReplyDeleteBetul Puan Hazel, ciri-ciri perfect bagi LZ untuk weekend getaway..
DeletePatutnya logo dia singa tengah tidur la kan? Hehehe
ReplyDeleteMalangnya singa berjaga uncle gedek, hehehe..
DeleteAnyway, terima kasih sudi singgah dan follow my blog..
Nampak bersih dan kemas biliknya. Memang cukup selesa dapat menginap di sini.
ReplyDeleteAlhamdulillah Amie, memang selesa menginap di sini.. :-)
DeleteJune kemarin saya ke KL sebenarnya ada lihat ttg hotel ini. Tapi memang Krn saat itu bawa papa mama dan nak sambung ke Penang naik aeroline, jadi saya cari hotel yg mana tak jauh dari bus aeroline akan mengambil penumpang . Krn itu stay di Corus jadinya. So papa tak letih kalo harus pergi PAgi2.
ReplyDeleteTapi next kalo ke KL hanya dengan suami dan anak2, memang prefer cari penginapan Deket bukit bintang, dekat dengan banyak tempat makan 😄
Malaysia bukan tempat asing lagi bagi Fanny, kerap juga ke Malaysia ya.. Corus di Jalan Ampang right? It's okay next visit boleh shopping dan jalan-jalan cari makan di Bukit Bintang.. :-)
DeleteMenarik ni, boleh try nanti. Thanks for sharing. Bersih kemas bilik, memang selesa.
ReplyDeleteBetul Mulan, selesa dan affordable.. Sesuai untuk menginap dalam waktu singkat.. ;-)
Deletemenarik tema warna hotel ni..tak serabut..rooftop yg cool..
ReplyDeleteExactly kak, kena dengan citarasa LZ.. :-)
DeleteCantik interior dia.
ReplyDeleteBetul Aisya, modern interior.. cantik :-)
Deletedone follow... nanti follow saya back yea.
ReplyDeleteThank you Yus.. will do ;-)
Deletecantik juga hotel ni...view pool mlm tu cantik...lokasi dkt ngan mall tu senang nk jln2 cari makan
ReplyDeleteSetuju dengan mama tisya.. Ciri-ciri hotel begitu memang citarasa LZ.. Malam dapat lepak rooftop sambil menikmati pemandangan, seronok..
Deleteteringin nak menginap di hotel ni bila ke KL nanti.
ReplyDeleteBoleh sangat teacher.. Sesekali tukar angin..
DeleteTerima kasih sudi singgah dan follow blog LZ..
Cantik...and location yg sgt strategik
ReplyDeleteView malam lagi cantik ..
ReplyDeleteMenarik hotel ni. Kadang2 teringin nak stay dekat hotel yg bukan Marriott brand tapi sbb skrg tgh gigih nak dapatkan status lifetime Silver Elite member jadi nak tak nak setiap kali pilih hotel penginapan mmg kena cari hotel bawah brand Marriott jugak.
ReplyDelete