Sungguh pun hotel sederhana tapi ada lebih dari 6 lif.. Masa menunggu juga tak lama melainkan masa check-in dan waktu petang ketika penghuni mandi di roof top.
|
Hotel lobby |
|
Cantik, sungguh unik pokok menjalar menutup pemandangan rumah sebelah |
Semasa saya check-in, ramai juga pelancong dari China dan Indonesia sudah sedia menunggu. Sistem check-in menggunakan nombor giliran. Kaunter check-in dan check-out juga banyak di samping sistem self check-out so masa menunggu tak lama.
|
Kaunter 6
|
Masa menunggu less than 10 minutes walaupun ramai.. Staffs di kaunter semua efficient and friendly. Proses check-in pun singkat, boleh terus ke bilik yang terletak di tingkat 32.
|
Bilik di tingkat 32 |
|
Lorong ke bilik |
Untuk makluman, segala macam special request untuk bilik seperti biasa bergantung kepada availability.. Selalu bila saya menginap di hotel jenis bertingkat begini, saya prefer tingkat paling tinggi, kemudian pilih pemandangan dari bilik yang cantik. Bilik ini saya pilih city view.. Bolehlah ambil gambar letak caption: View from hotel room.. ewah!!!..
Ting!!! Pintu lif terbuka, dah sampai (guna suara Mira Filzah)...
|
Bilik kami |
Beginilah keadaan bilik hotel, saya booked 2 bilik jenis Premier King Room.
|
Premier King Room |
|
Sleeping hotel room |
|
Hotel room review |
|
Sleeping Hotel room facilities |
Standard room facilities yang disediakan antaranya free bottled water, in-room safe box, hair dryer, ironing facilities, peti ais kecil dan segala basic facilities yang mesti ada dalam setiap bilik hotel.. Kebersihan bilik sangat memuaskan sebab saya difahamkan hotel ini agak baharu. Pemandangan yang dikatakan city view dari bilik hotel adalah menara TRX Exchange di samping bumbung-bumbung di bawahnya. Sebelah malam pula, sepanjang jalan utama kereta berjela-jela sebab jem teruk menghala ke Jalan Bukit Bintang..
|
Menara TRX Exchange & Prudential |
Selepas check-in saya merayau di sekitar Jalan Bukit Bintang mencari makan kerana perut ingin diisi nasi..
|
Jalan keluar menuju ke Bukit Bintang |
Keluar dari hotel menuju ke arah Jalan Bukit Bintang, ikut laluan di sebelah Starhill Gallery, just walking distance dari hotel.
|
Starhill Gallery
|
Kemudian masuk jalan short cut melalui hotel Fahrenheit, keluar ke Pavilion.. kemudian ikut jalan keluar hotel melalui Bukit Bintang area Pavilion menuju Damascus dan tempat makan best sepanjang jalan utama sebaris Lot 10..
|
Short cut to Pavilion |
|
Hello Pavilion |
Seperti biasa di hujung minggu, manusia agak ramai namun saya masih boleh bertolak-ansur dengan persekitaran dan kedaan tersebut.. Luar saja ramai tapi dalam mall agak tenang..
|
Fahrenheit hotel dan Starhill Gallery |
|
Water fountain |
Puas mencari tempat makan tapi ramai pula orang beratur menunggu giliran, akhirnya kami singgah di Hameediah, pekena nasi kandar surr.. Restoran pilihan kami sebab takde orang beratur di restro ini..
Lepas jalan-jalan cari makan, kami menuju pulang ke hotel.. Kami bercadang untuk membeli-belah dan berjalan-jalan selepas check-out esok.. Cuaca mendung dan ketika kami makan tadi hujan turun dengan lebat.. Beginilah keadaan petang menuju ke hotel.
|
Menuju ke Sleeping Lion Hotel |
Pada sebelah malam, kami menghabiskan masa simple dinner dan minum kopi panas di roof top. Suasana sangat tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan lampu malam dari bangunan adalah pemandangan yang indah - sudah terlalu lama saya mengidamkan suasana tenang begini,..
|
Swimming pool |
|
Pemandangan malam |
|
Kehijauan landscape |
|
Love the scenery |
|
Tempat bersantai |
Begitulah sebahagian dari cerita saya bersama keluarga menginap di Sleeping Lion Suites.. Overall lokasi sangat strategik, keadaan hotel bersih dan roof top swimming pool sangat win. Kehijauan landscape turut mendamaikan.. Tak lupa juga terdapat mini gym di kawasan ini..
Pengalaman menginap di hotel ini memenuhi expectation saya hingga terdapat sedikit kekurangan ianya tidak menjejaskan mood menghabiskan cuti hujung minggu saya bersama keluarga. So kepada mereka yang ingin menghabiskan masa cuti hujung minggu di tengah-tengah kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur, bolehlah menginap di Sleeping Lion Suites.. Lokasi strategik, harga berpatutan, banyak tempat makan dan shopping mall berhampiran hanya walking distance, highly recommend!...
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!