ETAK ATAU ETOK? | Al-kisah, saya teringin sangat makan etak setelah menonton dokumentari Majalah 3 suatu masa dahulu.. Terlihat etak yang menyerupai kerang kecik bersaiz kuaci disalai atas api.. Ketika itu, siaran mengenai etak dibuat di Kelantan.. Bila di Kelantan, agak mustahillah ke sana dalam masa terdekat semata-mata untuk etak, memandangkan saya berada di selatan. Maka pendam sajalah keinginan merasa etak..
Dijadikan cerita, ketika susur keluar dari highway melalui Port Dickson semalam, ternampak sebuah khemah dengan kain rentang "ETOK BERPERISA".. Cepat-cepat beritahu husband buat U-turn semata-mata untuk etok..
Etak or Etok? |
Sebungkus RM5.00.. Bila bungkusan dibuka, kenapa saiznya seperti kepah kecil? Apa yang saya lihat di tv lebih kecil dari ini.. Iyalah orang tak pernah makan dan inilah first time nampak etak, jadi banyak persoalan dalam fikiran.. Adakah ini etak yang saya lihat di tv? Adakah etak sama dengan etok?
Etok berperisa |
Rasanya seperti kerang, lemak masin.. Untuk mengesahkan sama ada etak sama dengan etok? Maka saya pun google.. Benarlah etak dan etok adalah sama iaitu spesis kepah air tawar. Nama saintifiknya corbicula fluminea.
Etok |
Regards,
Kalau sebesar kuaci lg leceh plk nak kupas. Ada hikmahnya LZ dpt yg lebih besar. Nyumm.
ReplyDeleteI pun tak pasti pernah mkn ke tak Etok ni, kat Aussie selalu juga beli utk dimasak tp spesis lain kot.. dah laut pun lain. 😂
Betul juga Kak Hjh hehehe.. Tapi saiz ni pun jenuh kopek.. Apa yang pasti rasa etak sedap.. :-)
DeleteEh... ini kegemaran uncle ni! Tapi kat kl macam takde je...
ReplyDeleteSusah jumpa etak kat KL dan negeri lain selain Utara dan Pantai Timur uncle.. LZ jumpa di N9 pun agak rare..
DeleteAwal tahun haritu singgah beli etak dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Kota Bharu, Kelantan. Harganya pun RM5.00 sebungkus. First time makan. Tapi hanya hisap-hisap kulitnya saja sebab tak pandai kopek (makan dalam kereta).
ReplyDeleteAmie sama macam saya, tak reti makan sangat etak ni.. Mana tak boleh buka terpaksa buang.. huhuhu rugi..
Deletemcm kerang la yer...x pernah makan rasanya ni
ReplyDeleteKerang ada rasa manis masin sebab isinya tebal, tapi etak ni masin semata, rasa dia macam lala sikit mummy ayu..
Deletebiasa nampak kalau ke pantai timur. ikut musim gak la kan.
ReplyDeleteMungkin juga sis, sama season seperti hasil laut lain..
Deletetak tau kenapa tak boleh follow u. mentioned failed to follow the blog.
ReplyDeleteHuhuhuhu ada problemkah blog saya ini?..
DeleteOhhh macam itu bentuknya yaa. Kerang ini kami sebut kerang kelapa kalo di sini. Tak tahulah sama atau tak. Krn mirip bentuk nya . Saya lumayan suka, dan biasanya masak creamy garlic
ReplyDeleteSpesis kerang juga fanny... mungkin sama..
DeleteRasa macam pernah makan tapi lama sangat dulu2
ReplyDeleteBetul lama sampai ingat-ingat lupa... hehehe
DeleteKalau sis memang teringin..tetapi mengenang kena kopek..memang takde la..unless dah kopek siap2..hehehehehe
ReplyDeleteKecil sangat saiz etak memang susah kopek, saya pun give-up..
DeleteAkhirnya dapat juga rasa etak..
ReplyDeleteCamtulah cerita dia..
DeletePernah perasan etok dijual di Kelantan, tapi tak pernah rasa lagi.
ReplyDeleteRugi tak cuba..
Deletesy panggil etok. walaupun pernah tggl kat kelantan sy tak pernah makan etok ni heheheh
ReplyDeleteKena cuba suatu hari nanti dear anies, jangan lepas peluang :-)
DeleteRasa macam pernah makan tapi tak tahu namanya apa
ReplyDeleteKalau rupa sama macam dalam gambar, means etak, hampir sama seperti tiram kecil..
DeletePernah merasa Etok ni ketika rombongan sekolah masa sekolah menengah di Kelantan. Time tu pertama kali rasa Etok. Sampai tak ingat pula rasanya macam mana tapi ya dibungkus macam kacang putih tu. Masa tu saya bersekolah di Selangor.
ReplyDeleteSusah dapat etok ni di luar Pantai Timur.. Etok saya beli ni pun mungkin tersesat sampai ke N9 so tak ramai tahu..
Delete