ETAK ATAU ETOK? | Al-kisah, saya teringin sangat makan etak setelah menonton dokumentari Majalah 3 suatu masa dahulu.. Terlihat etak yang menyerupai kerang kecik bersaiz kuaci disalai atas api.. Ketika itu, siaran mengenai etak dibuat di Kelantan.. Bila di Kelantan, agak mustahillah ke sana dalam masa terdekat semata-mata untuk etak, memandangkan saya berada di selatan. Maka pendam sajalah keinginan merasa etak.. 

Dijadikan cerita, ketika susur keluar dari highway melalui Port Dickson semalam, ternampak sebuah khemah dengan kain rentang "ETOK BERPERISA".. Cepat-cepat beritahu husband buat U-turn semata-mata untuk etok.. 

Etak or Etok?

Sebungkus RM5.00.. Bila bungkusan dibuka, kenapa saiznya seperti kepah kecil? Apa yang saya lihat di tv lebih kecil dari ini.. Iyalah orang tak pernah makan dan inilah first time nampak etak, jadi banyak persoalan dalam fikiran.. Adakah ini etak yang saya lihat di tv? Adakah etak sama dengan etok?

Etok berperisa

Rasanya seperti kerang, lemak masin.. Untuk mengesahkan sama ada etak sama dengan etok? Maka saya pun google.. Benarlah etak dan etok adalah sama iaitu spesis kepah air tawar. Nama saintifiknya corbicula fluminea.


Etok

Akhirnya, impian merasa etak jadi kenyataan.. Malam itu panaskan semula etok yang dibeli, makan dengan nasi dan lauk lain.. Conclusion, etak sama dengan etok (dialek Kelantan).. hanya slang bahasa yang membezakan mereka, hehehehe 



Regards,

Tagged: ,

28 comments:

  1. Kalau sebesar kuaci lg leceh plk nak kupas. Ada hikmahnya LZ dpt yg lebih besar. Nyumm.

    I pun tak pasti pernah mkn ke tak Etok ni, kat Aussie selalu juga beli utk dimasak tp spesis lain kot.. dah laut pun lain. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga Kak Hjh hehehe.. Tapi saiz ni pun jenuh kopek.. Apa yang pasti rasa etak sedap.. :-)

      Delete
  2. Eh... ini kegemaran uncle ni! Tapi kat kl macam takde je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jumpa etak kat KL dan negeri lain selain Utara dan Pantai Timur uncle.. LZ jumpa di N9 pun agak rare..

      Delete
  3. Awal tahun haritu singgah beli etak dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Kota Bharu, Kelantan. Harganya pun RM5.00 sebungkus. First time makan. Tapi hanya hisap-hisap kulitnya saja sebab tak pandai kopek (makan dalam kereta).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie sama macam saya, tak reti makan sangat etak ni.. Mana tak boleh buka terpaksa buang.. huhuhu rugi..

      Delete
  4. mcm kerang la yer...x pernah makan rasanya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerang ada rasa manis masin sebab isinya tebal, tapi etak ni masin semata, rasa dia macam lala sikit mummy ayu..

      Delete
  5. biasa nampak kalau ke pantai timur. ikut musim gak la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga sis, sama season seperti hasil laut lain..

      Delete
  6. tak tau kenapa tak boleh follow u. mentioned failed to follow the blog.

    ReplyDelete
  7. Ohhh macam itu bentuknya yaa. Kerang ini kami sebut kerang kelapa kalo di sini. Tak tahulah sama atau tak. Krn mirip bentuk nya . Saya lumayan suka, dan biasanya masak creamy garlic

    ReplyDelete
  8. Rasa macam pernah makan tapi lama sangat dulu2

    ReplyDelete
  9. Kalau sis memang teringin..tetapi mengenang kena kopek..memang takde la..unless dah kopek siap2..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil sangat saiz etak memang susah kopek, saya pun give-up..

      Delete
  10. Pernah perasan etok dijual di Kelantan, tapi tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  11. sy panggil etok. walaupun pernah tggl kat kelantan sy tak pernah makan etok ni heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba suatu hari nanti dear anies, jangan lepas peluang :-)

      Delete
  12. Rasa macam pernah makan tapi tak tahu namanya apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rupa sama macam dalam gambar, means etak, hampir sama seperti tiram kecil..

      Delete
  13. Pernah merasa Etok ni ketika rombongan sekolah masa sekolah menengah di Kelantan. Time tu pertama kali rasa Etok. Sampai tak ingat pula rasanya macam mana tapi ya dibungkus macam kacang putih tu. Masa tu saya bersekolah di Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah dapat etok ni di luar Pantai Timur.. Etok saya beli ni pun mungkin tersesat sampai ke N9 so tak ramai tahu..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!