CERITA PERJALANAN HIDUP PESAKIT KANSER | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Bersua kita semula di blog ini.. Hope everybody out there will have a beautiful day today. Saya pula terlalu penat dengan tugasan di luar pejabat hari ini. Tiba di rumah membuka Facebook setelah seharian tak sempat bersosial media..

Ada notification for event on Facebook iaitu hari lahir seorang sahabat lama yang saya kenal semasa bekerja di Legal and Secretarial Department SYABAS, 14 years back.. Tetapi sahabat tersebut telah pergi meninggalkan saya kerana Allahyarhamah seorang pesakit kanser..

Takdir Illahi

Gambar di atas adalah profile picture Facebook Allahyarhamah bersama rakan-rakannya di ward kanser memakai friendship bracelet. Semasa Allahyarhamah sakit, tidak dibenarkan melawat di hospital disebabkan masih lagi fasa Covid-19.. Perjalanan hidup Allahyarhamah sepanjang menghidap kanser sehingga hari-hari terakhirnya diabadikan di dalam Facebook untuk kenangan rakan-rakan katanya. Sebak dan sedih bila membacanya walaupun kata-kata yang diabadikan berunsur semangat. 

Allahyarhamah akan beritahu di post, daripada 6 orang rakannya tinggal 5 orang dalam beberapa bulan sehingga tiba hari terakhir Allahyarhamah.. Sepanjang masa itu juga tak pernah sesekali Allahyarhamah mengadu, mengeluh atau meratapi nasibnya sebagai pesakit kanser. 

Allahyarhamah seorang yang tabah, walau pun seorang demi seorang rakannya di ward sama pergi meninggalkan Allahyarham ketika itu, namun semangatnya tetap kuat untuk berjuang melawan kanser selagi mampu.. 

Al-fatihah sahabat

Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Allahyarhamah meninggal dunia pada 25 Jun 2021 meninggalkan 3 orang anak. Masih terbayang wajahnya yang ceria dan tenang.. Begitulah kehidupan.. Doaku semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin. 


Regards,

Tagged: ,

10 comments:

  1. Sedih baca pos ini. Sedar ajal tidak kira usia.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ikut sedih bacanya kak 😔😭. Saya agak sensitif kalo berbicara kanker. Krn papa saya tengah berjuang melawan kanker prostat.

    Saya doakan almarhumah teman kakak selalu ditempatkan dalam golongan orang beriman, semoga sakitnya bisa menjadi pengubur dosa, selalu diterangi kuburnya 🙏.

    ReplyDelete
  3. Betul NA.. Tambahan pula mereka diuji awal dengan penyakit dan bersedia untuk kembali kepadaNya..

    ReplyDelete
  4. Semoga Fanny sekeluarga sabar dan tabah menempuhi segala dugaan.. Terima kasih Fanny & take care..

    ReplyDelete
  5. my best friend (classmate zaman sekolah yang membawa terus jadi officemate after Uni) passed in 2022 due to cancer as well. She left behind 5 kids.

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Janji Allah itu pasti.
    Semoga Alahyarhamah tenang di sana, dikumpulkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainnailaihiraajiuun... Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin...

    ReplyDelete
  8. Innalillahwaiinalillahirojiiun..arwah ibu saya juga pesakit kanser selama 16 tahun.

    ReplyDelete
  9. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!