Capturing What Everyday Life Brings..

  • Weekend Getaway

    Embracing the magic of the weekend and letting go of worries..

  • Hobbies

    Hobbies are great distractions from the worries and troubles that plague daily living..

  • Financial Planning

    "Beware of little expenses. A small leak will sink a great ship.” – Benjamin Franklin

  • Fashion

    Style is a reflection of your attitude and your personality..

  • Planner

    My latest addiction is decorating, organizing and planning my planner..

Mencuba GIGI Coffee di AEON Seremban 2

MENCUBA GIGI COFFEE DI AEON SEREMBAN 2 | Kepada penggemar kopi, sudahkah anda minum GIGI Coffee? Saya baru tahu tentang GIGI Coffee ini dari Jemmie, my colleague.. al-maklum coffee-lah ubat mengantuk kami di pejabat. Sebelum ini saya selalu minum Costa, Zus dan Starbuck coffee tapi GIGI Coffee baru pertama kali cuba pada 22 Januari 2023 lalu.

GiGi Coffee kiosk di AEON Seremban 2

Sebelum ini teragak ingin mencari tetapi outlet berhampiran hanya di AEON Nilai. Tak ada plan minum kopi masa tu, tapi kebetulan saja semasa misi mencari ink printer di Popular terpandang kiosk GIGI Coffee. Tak sangka GIGI Coffee kiosk telah dibuka di AEON Seremban 2, terletak berhadapan antara SenQ dan Popular Bookstore. Memang kena pada masa, nampak gaya bagai mengantuk disorongkan bantal.. hehehe

GIGI Coffee Buttercream Latte

Teringin sangat rasa, I randomly choose GIGI Coffee signature iaitu hot buttercream latte Indonesia coffee beans berharga RM12.00 secawan. Haruslah cuba minuman signature untuk percubaan kali pertama.. After my first try, ternyata not my taste sebab saya tak suka rasa manis creamy. I tak sepatutnya derhaka kepada rasa coffee kegemaran biasa, hurrrmmm takpe at least I berani ambil risiko. 

Kiosk GIGI Coffee di AEON Seremban 2

Pesanan untuk newbie, ada 2 jenis biji kopi ditawarkan iaitu jenis Arabica coffee beans Colombia dan Indonesia. Colombia tak berapa strong sangat berbanding Indonesia coffee beans. Tapi jangan risau biji kopi tetap berkualiti tinggi dipanggang untuk menghasilkan aroma kopi yang menyelerakan. No wonder tagline GIGI Coffee ialah "Everyday Great Coffee!"

GIGI Coffee AEON Seremban 2

Okay next visit boleh cuba yang lain seperti Seasalt Caramel Macchiato, Monday Blue Cookies Latte, Pink Friday Cookies Latte, Cookies & Cream Frappe dan sebagainya. Harga GIGI Coffee juga berpatutan. Siapa ingin cuba, kena cari outlet GIGI Coffee berhampiran. 

Related post : Costa Coffee sedapkah?

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

Weekend Update - Hanya Rutin Biasa

WEEKEND UPDATE - HANYA RUTIN BIASA | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.. How are you doing? It’s been awhile since my last post.. Hari ini sementara masih mengadap komputer tercetus idea untuk update blog, at least ada cerita baru ingin diabadikan walaupun sekadar rambling..

Tengok weather forecast hari ini di Seremban mungkin hujan tapi pagi ini cerah.. Sementara matahari masih menunjukkan sinar, tanpa berlengah lagi seawal pagi cuci pakaian dan sidai di ampaian luar dengan harapan pakaian akan kering dengan sempurna.. 

Selesai breakfast terus mengadap computer to go through module semester akhir. Jadual semester akhir dah keluar, so kena arrange masa dan tulis dalam planner supaya tak miss class or any important dates.

My planner year 2023
Let me introduce, this is my planner for year 2023. Planner tahun ini berkonsep all in one planner iaitu planner untuk kerja dan peribadi termasuk my study plan and all my investment courses yang saya perlu hadiri. Untuk bercerita tentang planner dengan lebih lanjut lagi, saya buat satu post khas next time for planner review. Apa kata kita sambung tentang cerita rutin hujung minggu..

Study

Untuk pengetahuan, semester akhir ini saya perlu tamatkan 4 subjects iaitu Industrial Relations, Compensation Management, Strategic Management dan Hazard Management dalam tempoh 3 bulan. Final exam will be scheduled on April 2023

Print module

Hari ini saya focus on module to familiarize isi kandung subjects tersebut dan kemudian print semua module for my reference.. Al-maklum sis old school, tambahan pula kategori visual person so terpaksa guna hard copy untuk mentelaah and at the same time boleh jot down atas buku itu nanti supaya mudah faham dan ingat.. Printer pula manual, agak menguji kesabaran sikit..

Ini pula cerita semalam hari Sabtu, saya set-up my cat room.. Semua kucing saya 8 ekor fully indoor cats, jadi banyak masa di dalam rumah. Hujung minggu atau sesekali saya akan letak mereka di villa luar rumah. Kucing saya tak biasa keluar merayau sejak lahir, paling kurang hanya bebas di porch dengan pengawasan maksimum. Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi di mana kawasan kejiranan saya tak mesra kucing di samping banyak anjing liar so agak bahaya membiarkan kucing berkeliaran. Risiko kucing hilang atau menjadi mangsa anjing liar sangatlah tinggi. 

My indoor cat room

Jadi atas dasar untuk keselesaan mereka, saya perlu sediakan satu ruang khas buat mereka. Kebetulan ada sebuah bilik kosong di tingkat atas, saya setup sebagai cat room. Sesuai dengan pencahayaan dan ruang yang besar untuk mereka bebas berkeliaran di dalam bilik selain seluruh rumah. Saya tak biarkan mereka terkurung dalam bilik ini kecuali pada sebelah malam sahaja.

Related postKesayangan hamba

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai hujung minggu dengan rutin biasa.. Bagi seorang pekerja, pelajar dan ibu seperti saya, hujung minggu adalah waktu yang sangat berharga untuk meluangkan masa membuat apa sahaja yang saya suka bersama keluarga.. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

Padamu Ku Bersujud Sungguh Menyentuh Kalbu

PADAMU KU BERSUJUD | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin berkongsi tentang lagu "Padamu Ku Bersujud", song by Afgansyah Reza (Afgan) seorang penyanyi / pelakon dari Indonesia. Speaking of that, zaman ini kita lihat banyak perkara berlaku yang berkaitan dengan tanda-tanda akhir zaman (wallahu a'lam); terutama bencana alam hingga menyebabkan kematian tidak mengira masa dan usia. Apabila ia berlaku secepat itu, ia boleh meresahkan orang ramai.

Afgansyah Reza
Persoalan yang timbul dalam fikiran, bagaimanakah pengakhiran kita nanti? Sebagai manusia yang terdedah dengan dosa setiap masa, lirik lagu Padamu Ku Bersujud ini sangat mendalam. Jika kita menghayati setiap bait-bait lirik lagu ini, ianya seperti doa, curahan hati kita kepada Illahi. 


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya nama-Mu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang s'lalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang s'lalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang s'lalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Pada-Mu..

Sungguh menyentuh kalbu.. Saya suka sangat mendengar dan menghayati lagu ini.. 
Ianya menyedarkan saya betapa kerdil diri ini di sisi Illahi..
Bagaimana pula anda?..



Regards,

Share:

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews