Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts
TEMPAT MAKAN VIRAL VERSI REVIEW BUKAN INFLUENCER | Kenapa tajuk sarcastic sangat? Bukan sarcastic tapi sekadar membuka mata dan telinga bahawa apa yang dipandang dan didengar tak semuanya indah terutama tempat makan viral.. Kali ni terkena lagi.. Padahal kata dah serik tak nak pergi tempat makan viral bila beberapa kali terkena indah khabar dari rupa.. 

Roti telur goyang

Saya faham bahawa sedap itu subjective, even subjective tapi apa yang digambarkan tak seperti yang kita dapat.. 

Nasi lemak paru goreng

Bila dah viral, service lambat dari mula pesanan diambil hingga membuat bayaran akibat tak cukup kakitangan.. Persekitaran restaurant kotor akibat pinggan mangkuk lambat kemas hingga mengundang lalat.. Ada juga antara pelanggan merungut tak dapat pesanan hingga terpaksa meninggalkan restaurant dengan perut kosong.. 

Nasi lemak ayam goreng

In term of rasa makanan pula biasa sahaja, takde terlalu wow seperti expression influencer.. For me so-so.. 

Roti telur goyang

Jadi jangan terpedaya realiti di sebalik tempat makan viral.. and don't put too much expectation supaya tak kecewa di kemudian hari.. Post ini bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi take it positively for improvement.. Saya yakin pasti ada juga antara pembaca pernah mengalami nasib yang sama seperti saya.


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Akhir kata, kepada pembaca yang belum menjadi follower, sudilah follow blog saya.. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

SLEEPING LION SUITES KUALA LUMPUR: PENGALAMAN MENGINAP DI HUJUNG MINGGU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Weekend getaway kali ini saya bawa pembaca untuk berkongsi cerita pengalaman saya sekeluarga menginap di Sleeping Lion Suites Kuala Lumpur pada 1 Jun 2024 lalu.

Hotel ini terletak di Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Saya mengetahui kewujudan hotel ini dari TikTok tambahan pula ramai yang telah menginap di hotel ini memberi positive review.

Sleeping Lion Hotel

My first impression bila sampai di perkarangan hotel, saya terkejut.. Hotel ini terletak di tengah-tengah rumah flat kos rendah di Kuala Lumpur tetapi berada di atas tanah yang mahal, wow!!..

Persekitaran hotel

Okay, now proceed to parking lot yang terletak di tingkat atas melalui jalan di tepi bangunan hotel.. Syukur, parking lot so spacious tak perlu berebut. Ianya berada dalam bangunan yang sama.

Parking lot

Saya pernah menginap di hotel di mana parking lot mengamalkan konsep first come first serve, dalam erti kata lain terpaksa berebut. Sungguh kurang selesa.. Ianya berlainan di sini, so far parking mudah, selamat kerana dipantau oleh cctv dan security serta bersih. Saya parked kereta di tingkat 2, terus menggunakan lif untuk ke lobi hotel.

Tingkat 2 - Parking lot
Pemandangan dari lif

Sungguh pun hotel sederhana tapi ada lebih dari 6 lif.. Masa menunggu juga tak lama melainkan masa check-in dan waktu petang ketika penghuni mandi di roof top. 

Hotel lobby
Cantik, sungguh unik pokok menjalar menutup pemandangan rumah sebelah

Semasa saya check-in, ramai juga pelancong dari China dan Indonesia sudah sedia menunggu. Sistem check-in menggunakan nombor giliran. Kaunter check-in dan check-out juga banyak di samping sistem self check-out so masa menunggu tak lama. 

Kaunter 6

Masa menunggu less than 10 minutes walaupun ramai.. Staffs di kaunter semua efficient and friendly. Proses check-in pun singkat, boleh terus ke bilik yang terletak di tingkat 32.

Bilik di tingkat 32
Lorong ke bilik

Untuk makluman, segala macam special request untuk bilik seperti biasa bergantung kepada availability.. Selalu bila saya menginap di hotel jenis bertingkat begini, saya prefer tingkat paling tinggi, kemudian pilih pemandangan dari bilik yang cantik. Bilik ini saya pilih city view.. Bolehlah ambil gambar letak caption: View from hotel room.. ewah!!!..

Ting!!! Pintu lif terbuka, dah sampai (guna suara Mira Filzah)...

Bilik kami

Beginilah keadaan bilik hotel, saya booked 2 bilik jenis Premier King Room.

Premier King Room
Sleeping hotel room
Hotel room review
Sleeping Hotel room facilities

Standard room facilities yang disediakan antaranya free bottled water, in-room safe box, hair dryer, ironing facilities, peti ais kecil dan segala basic facilities yang mesti ada dalam setiap bilik hotel.. Kebersihan bilik sangat memuaskan sebab saya difahamkan hotel ini agak baharu. Pemandangan yang dikatakan city view dari bilik hotel adalah menara TRX Exchange di samping bumbung-bumbung di bawahnya. Sebelah malam pula, sepanjang jalan utama kereta berjela-jela sebab jem teruk menghala ke Jalan Bukit Bintang.. 

Menara TRX Exchange & Prudential

Selepas check-in saya merayau di sekitar Jalan Bukit Bintang mencari makan kerana perut ingin diisi nasi.. 

Jalan keluar menuju ke Bukit Bintang

Keluar dari hotel menuju ke arah Jalan Bukit Bintang, ikut laluan di sebelah Starhill Gallery,  just walking distance dari hotel. 

Starhill Gallery

Kemudian masuk jalan short cut melalui hotel Fahrenheit, keluar ke Pavilion.. kemudian ikut jalan keluar hotel melalui Bukit Bintang area Pavilion menuju Damascus dan tempat makan best sepanjang jalan utama sebaris Lot 10..

Short cut to Pavilion
Hello Pavilion

Seperti biasa di hujung minggu, manusia agak ramai namun saya masih boleh bertolak-ansur dengan persekitaran dan kedaan tersebut.. Luar saja ramai tapi dalam mall agak tenang..

Fahrenheit hotel dan Starhill Gallery
Water fountain

Puas mencari tempat makan tapi ramai pula orang beratur menunggu giliran, akhirnya kami singgah di Hameediah, pekena nasi kandar surr.. Restoran pilihan kami sebab takde orang beratur di restro ini.. 

Lepas jalan-jalan cari makan, kami menuju pulang ke hotel.. Kami bercadang untuk membeli-belah dan berjalan-jalan selepas check-out esok.. Cuaca mendung dan ketika kami makan tadi hujan turun dengan lebat.. Beginilah keadaan petang menuju ke hotel. 

Menuju ke Sleeping Lion Hotel

Pada sebelah malam, kami menghabiskan masa simple dinner dan minum kopi panas di roof top. Suasana sangat tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan lampu malam dari bangunan adalah pemandangan yang indah - sudah terlalu lama saya mengidamkan suasana tenang begini,.. 

Swimming pool
Pemandangan malam
Kehijauan landscape
Love the scenery
Tempat bersantai

Begitulah sebahagian dari cerita saya bersama keluarga menginap di Sleeping Lion Suites.. Overall lokasi sangat strategik, keadaan hotel bersih dan roof top swimming pool sangat win. Kehijauan landscape turut mendamaikan.. Tak lupa juga terdapat mini gym di kawasan ini.. 

Pengalaman menginap di hotel ini memenuhi expectation saya hingga terdapat sedikit kekurangan ianya tidak menjejaskan mood menghabiskan cuti hujung minggu saya bersama keluarga. So kepada mereka yang ingin menghabiskan masa cuti hujung minggu di tengah-tengah kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur, bolehlah menginap di Sleeping Lion Suites.. Lokasi strategik, harga berpatutan, banyak tempat makan dan shopping mall berhampiran hanya walking distance, highly recommend!...

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


HIKAYAT 1001 RASA BUFET RAMADAN DI KLANA RESORT SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Bulan Ramadan 1445H akan tiba esok menandakan umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini, Ramadan al-Mubarak. Rutin harian ibu bapa juga sibuk serentak dengan sesi persekolahan yang baru dibuka.

Seperti biasa setiap kali tiba bulan Ramadan, pihak hotel turut menawarkan pakej berbuka puasa. Ia juga merupakan masa di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berbuka puasa dengan hidangan istimewa. Salah satu tempat yang menawarkan bufet Ramadan dengan juadah yang menarik untuk berbuka ialah di Klana Resort Seremban.

Bufet Berbuka Puasa Hikayat 1001 Rasa

Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk memeriahkan pre-Ramadan Buffet di Klana Resort Seremban. Bagi mereka yang tidak tahu lokasi hotel ini, ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seremban. Sepanjang Ramadan, hotel ini menawarkan bufet berbuka puasa dengan tema Hikayat 1001 Rasa pada harga yang berpatutan. Baucer early bird hanya RM80 sahaja seorang.

Bufet Ramadan Hikayat 1001 Rasa

Bufet Ramadan di Klana Resort Seremban menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera pengunjung. Daripada hidangan tradisional Melayu citarasa Negeri Sembilan seperti nasi hujan panas, nasi berlauk, ulam dan rendang kepada penggemar daging panggang, boleh juga dinikmati di sini. Bufet ini juga termasuk pelbagai pencuci mulut yang lazat, termasuk kuih tradisional, kek dan pastri yang sudah pasti memikat selera pengunjung.

Gerai daging panggang

Aneka cucur

Lihat sahaja makanan yang tersusun sepanjang meja malah pengunjung yang tak sabar-sabar mencuba sendiri hidangan yang disediakan. 

Ramadan Buffet

Semasa majlis pelancaran pre-Ramadan Bufet ini, saya sempat bersembang dengan 'orang kuat' Klana Resort Seremban ini, beliau memaklumkan bahawa hidangan yang ada pada hari itu hanya sebahagian menu sahaja. Semasa bulan Ramadan nanti, menu akan ditambah malah ruang makan akan ditukar ke bahagian lebih luas untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Pre-Ramadan Buffet

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sahaja makanan yang lazat menjadikan bufet Ramadan di Klana Resort begitu istimewa tetapi suasananya ruang makan turut menarik dengan hiasan tradisional Ramadan yang menghiasi ruang makan dan muzik yang menenangkan dimainkan di latar belakang. Pengunjung dapat berbuka puasa dalam suasana yang tenang dan damai, dikelilingi oleh orang tersayang dan layanan mesra kakitangan.

Tetamu VIP

Di meja VIP, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof yang mewakili YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Harun, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan dan pengurusan Klana Resort Hotel Seremban.

Kuih lopes

Saya kongsi sedikit juadah yang diambil semasa sesi pre-Ramadan tempoh hari. Semua sedap-sedap belaka.. Kalau boleh nak rasa semua tapi terlalu kenyang dan tak cukup masa untuk rasa semua menu yang ada..

Nasi hujan panas, kari kambing, daging salai dan rendang maman

Coffee is a must

Selain bufet, Klana Resort juga menawarkan pakej istimewa Ramadan yang merangkumi penginapan dan faedah tambahan, seperti akses kepada kemudahan hotel dan pakej seminar termasuk bufet sahur, berbuka puasa buffet, moreh serta penginapan di bilik Deluxe. Pakej ini adalah cara terbaik untuk memanfaatkan pengalaman Ramadan pengunjung sepenuhnya dan mencipta kenangan yang berkekalan bersama keluarga dan rakan.

Live band

Jadi, jika pembaca sedang mencari tempat berbuka di sekitar Seremban, boleh singgah di Klana Resort Seremban. Saya percaya hidangan Hikayat 1001 Rasa akan memberi pengunjung suatu pengalaman menjamu selera yang menarik sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini. 

Bagaimana pula dengan pembaca, ada berhajat untuk berbuka puasa di hotel tahun ini? Boleh kongsi di ruang komen..

Sebelum berakhir, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H. Semoga amalan kita diterima dan kita dapat menghayati bulan Ramadan ini sebaik-baiknya, in syaa Allah.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


MENGINAP DI SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Banyak post masih lagi tertangguh termasuklah post untuk review Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur ini..

Sunway Putra Mall Hotel 

Al-kisah pada 13 Oktober 2023 lalu saya dan keluarga menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur kerana ada urusan di World Trade Centre. Sunway Putra Hotel ini terletak bersebelahan WTC. Ia merupakan kali pertama saya menginap di hotel ini. 

Reception

Dari saat saya tiba, saya telah disambut dengan kakitangan yang mesra yang tak sabar-sabar untuk membantu saya dengan proses check-in. Lagi satu saya perasan hotel ini banyak console table..

Console table di lobi
Console table di ruang lif

In terms of persekitaran hotel, my first impression memang ingat hotel ni buruk sebab hotel lama walaupun bertaraf 5 bintang.. Tapi tak sangka lobi hotel besar dan mewah, secara tak langsung sangkaan saya meleset sama sekali, bukan seperti yang dibayangkan ya saudara-saudari.. 

Console table
.. dan console table lagi..

Selesai check-in dan dapat kunci saya terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat 22.. 

Console table sebelum ke bilik
I love this painting

Saya booked bilik jenis Deluxe untuk 2 hari 1 malam.. Hotel ini juga menawarkan pelbagai pilihan bilik untuk memenuhi keperluan dan pilihan tetamu yang berbeza. Sebelum menginap di mana-mana hotel, seperti biasa saya suka baca review dan study facilities yang ditawarkan oleh pihak hotel bagi menjamin keselesaan and worth every penny.. 

Deluxe room

Apabila buka pintu bilik, saya terkesima dengan warna gold dan keadaan susunatur bilik yang cantik. Bilik itu sendiri luas, bersih dan menarik. Katil selesa dan kemudahan yang disediakan boleh dikira sebagai berkualiti tinggi, menjadikan penginapan saya juga selesa. 

Working table
Sofa
Family area

Ini pula pemandangan dari balcony. Ketika ini cuaca agak berjerebu, jadi pemandangan luar agak kurang jelas..

Kuala Lumpur City Centre

Ini pula pemandangan pada waktu malam..

Night view

Sambil duduk termenung di balcony bolehlah nyanyi.. "terpesona.. aku terpesona.." ditemani bunyi train putra LRT yang lalu di bawah sana..

Okay sambung cerita.. Lepas check-in, rehat sebentar kemudian kami keluar mencari makanan untuk late lunch.. Keistimewaan hotel ini ianya mempunyai pusat membeli-belah iaitu Sunway Putra Mall yang bersambung, boleh di-access melalui Level 4. Konsep begini saya suka, so sambil menginap boleh shopping.. mudah untuk tetamu membeli-belah tanpa perlu meninggalkan hotel.

Level 4 access to mall
Sunway Putra Mall

Tiba di Level 4 terus masuk ke food court Sunway Putra Mall.. 

Sunway Putra Mall food court

Bukan itu sahaja keistimewaannya, dari segi lokasi, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terletak di lokasi utama dengan akses mudah menggunakan pengangkutan awam melalui station Putra LRT ke tempat tarikan utama seperti KLCC dan ke pusat membeli-belah Bukit Bintang. Strategic sangat..

 Then the next day, seawal 7.30 pagi kami turun ke lobi untuk breakfast..

Coffee house

Jika kita menginap di sesebuah hotel, breakfast adalah satu perkara yang diambil kira oleh setiap tetamu.. Begitu juga semasa saya menginap di hotel ini, bufet sarapan pagi di Coffee House hotel ini menawarkan pelbagai jenis menu tempatan dan antarabangsa. 

My table

Saya agak berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.. Banyak pilihan dan makanan boleh kata sedap. Kakitangan di Coffee House sentiasa sedia membantu dengan sebarang permintaan khas.

Noodles stall
Bread and pastry
Indian food
Vadei and chickpea

Terlupa ambil gambar makanan yang dimakan dari awal.. Gambar makanan hanya mampu ambil gambar vadei dan chickpea iaitu makanan penutup sebelum meneruskan urusan seterusnya.

Okay selesai cerita penginapan selama 2 hari.. Masa untuk check-out dan bayar parking fee. Macam mana untuk dapatkan parking percuma? Tips dia, jika anda menginap di hotel ini pastikan ambil tiket manual, jangan guna Touch n Go.. 

Complimentary Hotel Parking notice

Baca notis Complimentary Hotel Parking di atas.. Tetamu yang ingin mendapatkan free parking kena ambil ticket dan pihak hotel akan verified ticket tersebut semasa check-out di reception. Kalau tidak tetamu akan menanggung kos parking selama mereka menginap di hotel.. 

Parking rate

Secara keseluruhannya, saya recommend Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terutama kepada sesiapa dari luar yang ingin melawat Kuala Lumpur. For me perkhidmatan terbaik, kemudahan pun bagus dan lokasi yang strategic sesuai untuk weekend getaway. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,