Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts
APA YANG MENARIK DI ELMINA LAKESIDE MALL? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kisah tiga minggu lalu ketika saya dan keluarga bersiar-siar ke mall viral di TikTok iaitu Elmina Lakeside Mall. Bukan kerana terpengaruh dengan TikTok tapi lebih kepada mall yang belum pernah saya kunjungi.. Jadi haruslah terjah untuk lihat sendiri di manakah keistimewaan mall ini yang baru dirasmikan sekitar bulan September 2024 lalu hingga viral di social media..

Elmina Lakeside Mall

Hari itu adalah pada hari Ahad di mana begitu jarang berlaku saya keluar bersiar-siar.. Lepas breakfast dan waktu pun masih awal jadi perjalanan diteruskan ke Shah Alam menuju Elmina Lakeside Mall.. Mall ini di Persiaran Garnicia, Elmina West, Shah Alam..

Jalan lengang

Kebetulan pula jalan masih lengang mungkin waktu masih awal pada hari Ahad bagi warga kota, jadi perjalanan lancar dan tiba di Elmina lebih kurang pukul 10.30 pagi.. Parking lot masih banyak kosong dan hanya beberapa kedai baru dibuka..

Logo Elmina

Simple logo Elmina di tengah-tengah bangunan sebagai simbolik kawasan ini. Untuk pengetahuan, Elmina merupakan projek di bawah Sime Darby Property.


Melangkah masuk kawasan mall terdapat banyak tempat untuk bergambar - instagrammable spots.. 

Landscape Elmina Lakeside Mall
Playground

Permainan kanak-kanak turut disediakan.. Sementara parents duduk tepi menjamu mata melihat kehijauan landscape boleh teman anak-anak kecil bermain-main di sini..

Ole Ole Bali Restaurant
Buaya di Ole Ole Bali

Dalam banyak restaurants saya suka singgah di Ole Ole Bali kerana tertarik dengan decor restoran ini. Cantik susunatur hiasan dalaman dan pemadangan restaurant ini berhadapan tasik buatan yang sedang dalam pembinaan.. Tasik ini menjadi tarikan pengunjung ke sini..

Saya kongsi beberapa gambar kehijauan landscape di Elmina Lakeside Mall selain tasik buatan di bahagian belakang restaurants..

Pokok bunga purple
Jalan menuju tasik
Jalan menuju tasik
Menghala ke showroom gallery
Bunga dalam pasu

Selain banyak angle yang menarik untuk instagrammable, terdapat beberapa pilihan outlet coffee kepada coffee addict. Antaranya Morning Needs (MN) Coffee, The Coffee Bean & Tea Leaf dan Jardin Coffee.. Peminat tea, Chagee juga ada di sana..

Morning Needs Coffee
The Coffee Bean & Tea Leaf
Jardin Coffee 

Sambil hirup coffee boleh duduk di tempat yang disediakan bersebelahan kolam hiasan.. Banyak ikan koi berenang-renang dengan bunyi air, sangat tenang sampai lupa sebentar fikiran yang berserabut di pejabat, hehehe..

Elmina landscape
Outlets
The Bike Artisans

Overall Elmina Lakeside Mall masih tenang dari hiruk-pikuk bandar besar.. Banyak cafe dan restaurants untuk lepak santai.. Sesuai untuk meluangkan masa berehat sambil menikmati kehijauan landscape yang cantik.. Open concept design masa kini, saya suka tempat begini..  

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Terima kasih kepada followers baru.. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

ORANG JOHOR SUKA MAKAN IKAN PEKASAM: LUAR BIASA ATAU BIASA? | Bila sebut tentang makanan Johor, pasti ramai terbayang hidangan-hidangan ikonik seperti laksa Johor, nasi briyani, mee bandung Muar atau otak-otak. Johor memang terkenal dengan pelbagai sajian yang lazat, tetapi kalau dengar ada orang Johor suka makan ikan pekasam, mesti ada yang tertanya-tanya, “Eh, ikan pekasam ni bukan makanan orang utara ke?” 

Ya, memang betul, ikan pekasam lebih sinonim dengan negeri-negeri utara seperti Kedah dan Perak, tetapi percayalah, ada juga orang Johor yang boleh ‘layan’ hidangan tradisi ini dengan penuh selera! Saya salah seorang darinya.. Mula merasa ikan pekasam bila duduk di rumah bujang dengan kawan dari Jitra.. Kawan serumah ni suka bawa makanan tradisi kampung halamannya bila balik dari kampung. Jadi bertitik-tolak dari situ saya mula suka makan ikan pekasam.

Ikan pekasam

Apa Itu Ikan Pekasam? 

Bagi yang belum pernah dengar atau makan, ikan pekasam adalah sejenis makanan tradisional yang melibatkan proses fermentasi ikan. Ikan-ikan yang biasa digunakan termasuk ikan sungai seperti lampam, tilapia, atau sepat. Proses membuat ikan pekasam cukup unik dan ambil masa, tetapi hasilnya cukup berbaloi.

Ikan yang segar akan dibersihkan terlebih dahulu, kemudian direndam dalam garam untuk tempoh beberapa hari. Selepas itu, ia dicampurkan dengan nasi atau beras goreng yang telah ditumbuk halus dan disimpan lagi untuk beberapa hari sehingga betul-betul masam. Proses fermentasi ini memberikan ikan pekasam rasa masam, masin, dan sedikit pedas yang tersendiri. 

Cara paling popular untuk menikmatinya ialah dengan menggoreng ikan pekasam sehingga garing. Hasilnya, rasa masam-masin itu akan sebati dengan tekstur ikan yang rangup. Biasanya ia dimakan bersama nasi panas, sambal belacan, dan ulam-ulaman – memang terangkat! 

Kenapa saya suka ikan pekasam? 

Walaupun ikan pekasam lebih popular di bahagian utara, makanan ni sebenarnya dah mula merentas sempadan. Sebagai orang yang dilahirkan di Johor, saya percaya ramai orang Johor (dan dari negeri-negeri lain juga) yang suka dengan ikan pekasam kerana rasanya yang unik. 

Berikut adalah beberapa sebab kenapa saya sebagai orang Johor boleh ‘layan’ ikan pekasam: 

Kelainan Rasa - Rasa masam ikan pekasam memang lain dari yang lain. Kalau dah biasa makan ikan goreng biasa, ikan pekasam ini memberikan sentuhan yang lebih ‘kick’. Tambah lagi kalau makan dengan nasi panas dan sambal belacan – pasti tak cukup sepinggan! 

Senang Disediakan - Ikan pekasam sangat mudah disediakan – hanya goreng hingga garing. Tak perlu nak letak banyak perencah, sebab ikan pekasam itu sendiri dah ada rasa yang mantap. Kadang-kadang, orang Johor yang sibuk mungkin lebih suka hidangan mudah tapi tetap sedap macam ni. 

Warisan Malaysia yang Kaya - Makanan tradisional seperti ikan pekasam ini bukan hanya milik satu negeri sahaja. Ia adalah sebahagian daripada warisan kulinari Malaysia yang kaya. Orang Johor yang suka mencuba makanan dari negeri lain tentu menghargai keunikan dan sejarah yang ada pada setiap suapan ikan pekasam. 

Kepelbagaian dalam Hidangan - Di Johor, makanan-makanan tradisi memang kaya dengan rempah dan rasa. Ikan pekasam, dengan rasa masamnya yang tersendiri, menjadi satu variasi menarik untuk dipadankan dengan hidangan Johor yang biasanya kaya dengan kuah dan rempah. 

Jadi, siapa kata orang Johor tak suka ikan pekasam?

Dalam dunia sekarang, kita semakin terbuka untuk mencuba makanan dari pelbagai negeri dan budaya. Makanan yang asalnya dari satu kawasan kini boleh dinikmati di mana-mana sahaja. Kalau dulu ikan pekasam hanya popular di Kedah atau Perak, kini orang Johor pun dah ramai yang tahu menghargai keistimewaan hidangan ini. 

Jadi, kalau ada antara pembaca orang Johor yang suka makan ikan pekasam, jangan risau – anda tak keseorangan! Dan bagi yang belum pernah cuba, mungkin dah tiba masanya untuk anda nikmati hidangan tradisi ini dan lihat apa yang menarik sangat tentang ikan pekasam. Siapa tahu, lepas ni ikan pekasam jadi menu wajib di rumah anda pula! So apa kata anda, kongsi pendapat di ruangan komen di bawah..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!
 
 
 
Regards,

TO OVERTHINKING PERSON | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. First of all mengapa post ini ditulis? Post ini ditujukan kepada mereka yang mengalami masalah overthinking atau berfikir secara berlebihan.. Frankly speaking saya pernah mengalami fasa ini sekitar tahun 2000 ketika bekerja dengan majikan lama. Ianya berpunca dari beban kerja yang terlalu banyak hingga tiada masa untuk diri sendiri. Paling teruk sampai tak boleh tidur malam kerana memikirkan pelbagai perkara meskipun ia belum lagi terjadi. Berfikir secara berlebihan sebenarnya boleh mengganggu kualiti hidup.. Overthinking juga boleh menyebabkan anxiety. 

Finally selepas tukar tempat kerja baru dan belajar menangani masalah ini melalui pembacaan, alhamdulillah saya lebih bersemangat dan berada di mana saya berada sekarang..  

Think positif

Oleh itu, suka saya berkongsi di sini cara untuk menangani masalah overthinking: 

1. Berhenti bimbang tentang perkara yang anda tidak boleh ubah.

2. Kurangkan sikap ingin tahu yang tiada kaitan dengan diri kita.

3. Mudah memaafkan orang, ianya dapat memberi anda perasaan tenteram, tenang dan gembira. 

4. Jangan biarkan kenangan masa lalu yang menyakitkan hati anda terus mengganggu hidup. Sebaliknya, move on dan focus pada masa kini untuk mengelakkan perkara tersebut berulang. 

5. Buatlah sesuatu yang menggembirakan anda

6. Buat dan yakin dengan keputusan sendiri. 

7. Jangan takut untuk buat kesilapan, that's okay. Anda manusia biasa, namun belajar dari kesilapan tersebut. 

8. Kadang-kadang andaian anda salah jadi jangan kerap membuat andaian ianya akan membuat anda stress.

9. Biarkan otak anda berehat, kesihatan anda adalah kehidupan anda.

10. Berfikir perkara remeh-temeh adalah penyakit.

11. Berfikir berlebihan mengenai perkara yang sama akan menyebabkan anda lebih menderita dua kali ganda. 


MOTIVATION QUOTES TENTANG OVERTHINKING

1. Your focus determines your reality.” – Qui-Gon Jinn

2. Worrying is like paying a debt you don’t owe.” – Mark Twain

3. “If you want to live a happy life, tie it to a goal, not to people or things.” – Albert Einstein

4. “The more you overthink the less you will understand.” – Habeeb Akande

5. “There is nothing either good or bad but thinking makes it so.” – William Shakespeare

6. “The sharpest minds often ruin their lives by overthinking the next step, while the dull win the race with eyes closed.” – Bethany Brookbank

Akhir kata, tak perlu terlalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku esok. Ianya di luar kawalan kita. Fokus pada perkara yang kita boleh kawal. Kekal positif. Enjoy today. Doa yang baik-baik untuk hari mendatang, semoga yang baik juga akan datang kepada kita.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day!

Regards,


CARA BELI RUMAH SUBSALE - PART 2 | Ini adalah bahagian kedua perkongsian mengenai Cara Beli Rumah Subsale. Umum mengetahui bahawa membeli rumah subsale tidak selalunya mudah dan boleh menjadi agak mencabar pada masa-masa tertentu, tetapi dengan sedikit pengetahuan dan bantuan daripada ejen hartanah yang berpengalaman, anda boleh menjimatkan wang.

Serahan kunci rumah


Walau bagaimanapun, ia tidak perlu rumit. Agent hartanah berdaftar dan berpengalaman ini telah membahagikan proses membeli rumah subsale supaya anda boleh memahami dengan lebih baik cara proses ini berfungsi, serta perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum memulakan carian rumah idaman anda.

Jadi untuk tips seterusnya saya kongsi di sini:

6. Anggaran bila dapat kunci

Anggaran bila dapat kunci pun kita mesti tahu, supaya kita lebih bersedia bila nak mula installment nanti. Kebiasaannya, kalau loan bank, ambil masa dalam 4 hingga 6 bulan. Andai kata anda dapat kunci bulan 5, installment akan bermula 1 atau 2 bulan daripada tarikh dapat kunci. Maksudnya, mungkin bulan 3 atau bulan 4 installment sudah bermula. Satu atau 2 bulan lebih awal daripada dapat kunci.

7. Tanya agent, kenapa rumah dah bayar installment tapi masih tak dapat kunci lagi. 

Ini penting, supaya tak bergaduh dan salah faham kemudian nanti. Bermasam muka tanpa sebab yang kita sendiri tak boleh nak kawal.

Pembeli mula installment lebih awal sebab proses jual beli rumah masih lagi tidak selesai, tapi bank sudah mula keluarkan duit bayar kepada pinjaman rumah pemilik hartanah. Proses jual beli rumah masih lagi tidak selesai adalah di bahagian geran rumah, maksudnya geran rumah nama anda masih lagi tak ditukar nama di pejabat tanah.

Kalau nak saya bagi contoh, lebih kurang begini.
Katakan anda beli rumah RM300K dan katakan, pemilik rumah masih lagi berhutang RM200K. Untuk 1st disburse, atau pun 1 atau 2 bulan sebelum dapat kunci tadi, bank pinjaman yang anda buat akan release RM200K ini dahulu terus masuk ke dalam bank loan pemilik rumah.

Itu sebab installment anda sudah bermula, sebab bank dah mula keluarkan duit RM200K. RM200K ni boleh jadi installment anda akan bermula separuh sahaja dahulu, sebab belum release sepenuhnya. Biasanya bulan seterusnya, baru bank akan release lagi RM100K untuk cukupkan RM300K.

Andai kata bulan 5 bermula installment anda, jadi bulan 6 sepatutnya installment anda akan mula dibayar penuh seperti yang dijanjikan dalam Letter of Offer. Letter of Offer adalah perjanjian bila permohonan pinjaman anda sudah lulus. Banker akan minta anda datang untuk sesi signing Letter of Offer.

Dalam Letter of Offer ini juga ada diberitahu berkenaan dengan MRTT. Andai kata agent hartanah terlupa, anda tanya banker sama ada MRTT cover penuh atau tidak.

Berbalik kepada proses tukar nama dalam geran di Pejabat Tanah tadi.
Semasa permohonan untuk tukar nama dalam geran rumah, lawyer perlu sediakan at least 3 document utama kalau tak silap saya. Salah satunya ialah jumlah RM200K dan RM100K yang sudah langsai. Ini bukti bahawa pemilik rumah lama, sudah langsung tiada hak lagi dengan rumah ini.

Bila pejabat tanah nampak bukti bank peminjam rumah dah bayar RM300K, barulah geran rumah boleh ditukar nama. Itu sebab saya cakap, kes masih lagi tak selesai. Kena selesaikan hutang lama dan harga owner dahulu, baru boleh tukar nama di pejabat tanah.

8. Dan bila dah dapat kunci, apa seterusnya?

Ini pun selalu juga berlaku masalah bila pembeli dapat kunci terus bawa masuk perabot dan hidup seperti biasa di rumah baru. Tunggu dulu sebab masih lagi ada urusan yang masih belum selesai iaitu anda kena daftar dan buka akaun di 5 tempat berikut:

1. Bil api, TNB
2. Bil Air
3. Cukai tanah
4. Cukai pintu
5. Indah water

Ada yang kata, sepatutnya 5 perkara ini lawyer yang kena buat. Salah!

Lawyer memang tak buat sebab bil api dan bil air perlukan cagaran. Seelok-eloknya pembeli rumah yang buat, supaya pembeli tu alert 5 kos ini bila beli rumah bukan sekadar bayar installment sahaja.
Lagipun, kalau minta lawyer buat, nanti depa charge transport, takut kita yang tak puas hati pula. So lebih baik anda buat sendiri, anda pun akan lebih alert akan kos kos ni malah kebanyakkan agensi berkenaan memerlukan pemilik rumah berurusan terus dengan mereka.
 
Pernah berlaku sepanjang saya jual rumah, ada juga pemilik rumah yang langsung tak tengok kos cukai pintu dan cukai tanah. Lastnya bila nak jual rumah, takut ada yang bising sebab kiraan rumah tak sama seperti yang agent hartanah kira berapa yang anda dapat sebab kos-kos seperti cukai tanah dan cukai pintu ini, perlu dilangsaikan sepenuhnya sebelum penyerahan kunci rumah. Jadi bila pemilik rumah tak bayar, lawyer akan tolak daripada untung bersih jualan rumah.

9. Pengalaman sebagai Agent Hartanah 

Sebenarnya, bila kita beli rumah sub-sale, memang ia sangat bergantung kepada kredibility agent hartanah. Agent hartanah-lah yang menguruskan semuanya. Kita terpaksa percayakan mereka (saya) ni 100% supaya kita dapat beli rumah dengan proses yang lancar.

Apa yang boleh kita lakukan, kalau agent hartanah itu pun kita baru kenal semalam, tambahan pula dia bukan saudara mara, kita tak tahu pun perangai dia macam mana, kita pun tak tahu rumah di mana, memang susah untuk kita percaya bulat-bulat. 

Itu sebab kita perlu ada ilmu. Jangan terus percaya dan beli. Macam saya cakapkan di atas tadi, kita boleh pastikan semua perkara di atas tadi sebelum kita buat booking. Jangan terlampau tergesa gesa.

Cara mengetahui kredibiliti Agent Hartanah
Antara cara yang boleh kita gunakan untuk pastikan kredibiliti agent hartanah itu bagus atau sebaliknya ialah dengan melihat rekod urusan dan aktivitinya di social media seperti Facebook. Mungkin ada Facebook profile atau pun Facebook pages yang mencatatkan segala urusannya sebelum ini.

Untuk saya sendiri, saya memang tak aktif dengan Facebook profile. Hanya Facebook Pages dan website sahaja. Anda boleh google Shaffizan Property untuk ke website atau pun ke Facebook Pages saya. Saya gunakan nama yang sama.

10. Minta agent jelaskan kenapa kes dapat kunci boleh jadi terlalu lama. 

Untuk saya sendiri, kes yang paling lama saya uruskan ialah di Flat Butterworth Pulau Pinang. Kes rumah teres di Tasek Gelugor Pulau Pinang pun boleh tahan juga lamanya. Kes rumah di Tasek Gelugor, ambil masa yang lama kemungkinan besar disebabkan ada 2 masalah. Pertama ialah consent, dan kedua disebabkan kes ini berlaku masa kita tengah dilanda Covid teruk.

Pejabat tanah tutup, jadi kes tak dapat nak diteruskan.
Berkenaan dengan consent, memang area Seberang Perai ini ada sesetengah kawasan yang ada consent. Consent ini maksudnya adalah sekatan. Sekatan yang diperlukan untuk lawyer minta pengesahan untuk menjual dahulu, baru lawyer boleh teruskan process seterusnya.

Kalau di Perlis pun pernah berlaku pada saya juga. Kes yang macam ini yang kita perlukan lebih masa kerana ia bergantung kepada pihak pengurusan kerajaan, bukannya lawyer. Lawyer pun terpaksa ikut speed yang pihak pegawai pengurusan kerajaan buatkan.

Kalau kes saya di Flat Butterworth Pulau Pinang, kes ni ada 3 jenis consent. Kalau saya masih ingat lagi, sekatan pertama sebab owner masih lagi tak tukar nama geran rumah kepada nama sendiri, walaupun taraf strata sudah pun dapat beberapa lama tahun yang sudah. 

Maksudnya, lawyer terpaksa contact balik developer projek rumah yang dah 40 tahun dibina itu semula. Kedua, sekatan sebab alamat rumah, dengan alamat di Majlis Pulau Pinang yang berbeza. Dalam rekod MPP alamat lain, dalam Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) pemilik rumah pula lain. At the end, pembeli yang tak dapat tukar hak milik sebab alamat dan butiran lain mesti SAMA SEPENUHNYA.

Serupa juga bila anda nak keluarkan duit KWSP untuk pembelian rumah, bila pegawai KWSP itu tengok, rekod di Majlis dan S&P punyai format alamat berbeza. Mereka pun tak benarkan proses keluar duit KWSP diteruskan, walaupun beza nombor untuk alamat itu adalah No. atau NO sekalipun.
Akhir sekali ialah sekatan proses tukar hak milik daripada SUK Penang. Ini yang paling lama. 
End up, kes ini selesai selepas hampir 1 tahun setengah.

Mujur, lawyer yang uruskan kes ni bertanggungjawab dan komited, tengah malam pun dia reply saya. Kalau tidak bukan lawyer sahaja, saya pun terseksa juga nak menjawab dengan owner.

Saya biada berurusan dengan 2 lawyer sejak 2018 bermula ketika saya mula menjadi agent hartanah iaitu Tetuan Mohd. Anuar & Co. di Sungai Petani dan juga Tetuan Ram Reza di Perda. Kredibility yang tak patut disangkal lagi. 

Baiklah, itu sahaja. Saya harap perkongsian saya ini, memudahkan anda untuk beli rumah. 
Ingat, cuba belajar proses jual beli rumah. Ia bukan susah mana pun, cuma kita tak pernah tahu sahaja. Dan bila kita tahu, pasti kita akan lebih faham dan lebih berhati hati. Semoga anda dapat rumah yang diidamkan dengan urusan yang lancar.


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


CARA BELI RUMAH SUBSALE - PART 1 | Membeli rumah adalah keputusan utama dan boleh menjejaskan masa depan kewangan anda. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu rumit. Agent hartanah berdaftar dan berpengalaman ini telah membahagikan proses membeli rumah sub-sale supaya anda boleh memahami dengan lebih baik cara proses ini berfungsi, serta perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum memulakan carian rumah idaman anda.

Cara beli rumah subsale

Bila kita beli rumah, sememangnya ia bukan suatu perkara yang mudah. Tambah lagi bila rumah ni memang kita beli sekali sahaja seumur hidup. Lebih membimbangkan, dengan tindakan kita yang sekali inilah, kalau tersilap langkah, terpaksa pula kita tanggung sampai 35 tahun. 

Setelah hampir 5 tahun saya dalam bidang hartanah, macam-macam cerita saya dengar berlaku, antaranya:

1. Agent tipu, loan tak lulus tapi tak nak refund booking, di Selangor
2. Lawyer uruskan rumah, sampai 2 tahun tak dapat kunci lagi, rasanya di Penang
3. Installment bank dah start, tapi kunci rumah tak dapat lagi
4. Agent tipu market value di Selangor
5. Kes lawyer larikan duit di Kulim, Kedah
6. Kes waris terpaksa cover hutang rumah si mati.

dan macam-macam lagi. 

Disebabkan itu, rasanya elok juga saya kongsikan 10 perkara yang anda kena pastikan sebelum buat keputusan beli rumah atau bayar deposit pada agent hartanah.

Suka saya ingatkan juga, perkongsian ini adalah untuk rumah 2nd hand atau subsale sahaja, kalau rumah under construction atau rumah baru, penilaian kita akan sedikit berbeza.

10 perkara tersebut ialah:

1. Full refund jika loan tak lulus, atau loan bank tak dapat penuh
2. Minta agent quote dahulu harga lawyer fee kalau anda nak confirm
3. Pastikan market value rumah yang nak dibeli pada paras yang betul
4. Kalau rumah bawah sikit dari market value adalah lebih baik
5. Insurance MRTT cover penuh dalam loan
6. Anggaran bila dapat kunci
7. Tanya agent, kenapa rumah dah bayar installment tapi masih lagi tak dapat kunci
8. Dan bila dah dapat kunci, apa seterusnya
9. Pengalaman agent hartanah
10. Minta agent jelaskan kenapa kes dapat kunci boleh jadi terlalu lama.

Sekali lagi saya nak ingatkan, 10 perkara di atas, bukannya pilih 1 atau 5 untuk anda apply. Sebaiknya semua perkara ini mesti dipastikan dahulu sebelum anda bayar duit deposit pada agent hartanah.

Kita pergi ke point yang pertama.

1. Full refund jika loan tak lulus, atau loan tak dapat penuh.

Ini yang paling parah, dalam tempoh kita Covid teruk antara tahun 2020 hingga 2021 yang lepas, memang tersangat ramai pembeli yang dalam proses jual beli rumah terpaksa ambil keputusan untuk cancel beli rumah. Di atas sebab kilang atau tempat kerja mereka yang mungkin terpaksa cut gaji, atau lebih teruk lagi jika ada pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja.

Refund bila beli rumah ini kebiasaannya ada dua keadaan sahaja. Pertama, sebab loan tak lulus, atau kedua, harga rumah yang dijual pada harga RM300K, tapi loan hanya lepas  RM280K sahaja. Ini bermaksud pembeli perlu top-up lagi RM20K. Sebenarnya keadaan ini pun boleh full deposit boleh dipulangkan.

Dan keadaan ketiga, ada keadaan yang kadang-kadang kita sendiri tak sangka, iaitu diberhentikan kerja atau mungkin company muflis. 

Ini pun pernah berlaku, dan jika ini berlaku, lebih baik agent pulangkan sahaja deposit, biar pembeli cari kerja lain dahulu. Mungkin kalau ada rezeki lain, boleh beli dengan agent sama semula. Full refund ini sepatutnya ada tertulis di dalam booking form, anda kena minta agent hartanah tunjukkan mana satu ayat yang mengatakan boleh refund. Ini sangat penting, sebab ramai yang dah terkena dan bila beritahu saya, memang tiada apa yang boleh saya bantu sebab ia bukan kes saya.

2. Minta agent quote dahulu harga lawyer fee kalau anda nak confirm

Kos lawyer fee adalah kos yang paling ditakuti dan yang paling dibenci oleh semua orang, tapi percayalah kos lawyer fee adalah kos yang paling banyak berlaku salah faham. Mungkin sebab rasanya macam mahal. 

Tapi hakikatnya, mahal ni mungkin sebab kita tak biasa dengar. Itu sebab kita rasa macam mahal.
Bila kita tentukan lawyer untuk ambil kes kita, janganlah tengok pada harga murah sahaja, sebab ada sahaja kes lawyer yang sailang duit. Bermaksud lawyer ini akan bawa lari duit yang mereka uruskan.
Dan bila ia berlaku, memang kita ternganga.

Ini pernah berlaku, sangat penting juga untuk tanyakan pada agent, adakah dia sudah biasa dengan lawyer sekian sekian. Sepatutnya, lawyer itu pun tiada masalah untuk quote-kan harga supaya anda pun tak terkejut sangat nanti.

Kos lawyer fee ni, kalau memang boleh bayar cash, tiada masalah. Tapi kalau tak boleh, atau nak jimat, anda boleh bayar separuh sahaja. Lagi separuh masuk dalam loan. Masuk semua pun boleh, mengikut kuota kelayakan pembeli dan jenis bank juga. Kalau anda boleh pastikan awal-awal, bila loan lulus nanti, insyaAllah proses seterusnya akan lebih clean gitu.

Apa-apa pun, semuanya boleh dibincangkan dengan agent hartanah, sebab itu adanya agent hartanah. Agent hartanah ini pemudah cara, sebab kami ni uruskan kes jual rumah setiap hari, setiap bulan, bertahun tahun.

3. Pastikan market value rumah yang nak dibeli pada paras yang betul

Sebenarnya, bila beli rumah, harga yang diletakkan adalah bergantung kepada market value. Market value adalah harga pasaran yang ditentukan oleh pihak valuer. Bukan bank, bukan agent, bukan pemilik hartanah. Ia mesti daripada valuer.

Valuer ini juga, mesti yang bergerak sendirian, bukannya berat sebelah pada bank. Contoh, katakan valuer cakap harga rumah itu adalah RM300K. Yang paling cantik, rumah itu dijual dengan harga 290K, atau 280K, lagi rendah lagi bagus. 

Bermaksud, pembeli boleh markup RM10K atau RM20K untuk cover lawyer fee. Tapi katakan penjual, atau pemilik rumah nak jual lebih, dengan alasan dia sudah renovate banyak, mungkin RM330K. Adakah boleh terjual? Boleh juga, bermaksud, loan sampai 300K sahaja di bank. Tapi anda kena top-up lagi RM30K.

Tapi ada juga kes, yang bank boleh up lagi harga RM330K. Bermaksud, anda sebenarnya telah beli RM30K daripada harga sepatutnya. Perkara ini anda boleh pastikan sendiri, di brick ataupun dengan valuer sendiri. Walaupun kerjanya agak leceh, sebab saya sendiri bila jadi agent hartanah, agak susah nak deal dengan pembeli yang nak market value sendiri.

Tapi sebenarnya, memang ada agent hartanah yang ‘buat taik’. At least anda tahu, dan bila ia berlaku, dan anda rasakan macam harga itu mahal, anda pun tak berpuas hati dengan keadaan rumah, mungkin terpaksa juga untuk semak market value sendiri.

4. Kalau rumah bawah sikit dari market value adalah lebih baik

Ya ini betul. Bayangkan, kalau kita nak simpan RM20K. Katakan kita simpan RM1,000 sebulan, satu tahun, baru RM12,000, dua tahun, baru RM24,000.. Kiranya hampir 2 tahun juga nak kumpul RM20K, itu pun kalau kita berjaya kumpul, kalau tiba-tiba kereta kita breakdown, atau tiba-tiba ada masalah lain, atau kita sendiri yang tak dapat kawal kumpul RM1,000 setiap bulan pula bagaimana?

Kadang itu mungkin terpaksa atau lebih elok kita mark-up sahaja. Lagipun, RM10,000 mark-up, hanya tambah RM40 ke RM60 sahaja sebulan. Apa-apa pun, tepuk dada tanya diri sendiri. Mana yang lebih, sebaiknya agent hartanah bertindak sebagai pencetus idea untuk anda beli hartanah juga, bukan semata mata menjual dan mereka dapat komisen. 

5. Insurance MRTT cover penuh dalam loan

Bila kita buat apa-apa pinjaman, baik pinjaman rumah, personal loan, kereta mahupun motor, pasti ada kos insurance. Rumah juga begitu, ia disebut MRTT. Insurance rumah, ada dua, MRTT dan MLTT.
MLTT kita kongsi kemudian, sekarang kita nak cerita tentang MRTT sahaja dahulu di sini.

MRTT ni kebiasaannya boleh masuk dalam loan, bermaksud anda tak perlu top-up duit lain dan kebiasaannya juga kos MRTT ialah 5% daripada harga rumah. Andai kata, semasa buat pinjaman umur anda anggaran 30 tahun. Kalau umur dah 35 atau 40 tahun, anggaran 5% untuk kos MRTT akan tidak valid lagi sebab kos MRTT akan naik, ikut kepada umur dan kerja anda.

So kalau harga rumah RM300K, kemungkinan MRTT dalam RM15K. Total loan anda ialah RM315K.
Tapi ada kemungkinan, loan anda RM300K, MRTT RM30K, sepatutnya total pinjaman anda ialah RM330K. Tapi hanya RM15K sahaja boleh masuk dalam loan, baki RM15K anda perlu top-up duit sendiri. 

Jika ini berlaku, bermaksud, insurance loan tak cover penuh.

• Boleh jadi pinjaman total 300K, tapi insurance hanya cover 200K sahaja
• mungkin pinjaman selama 35 tahun, tapi insurance selama 20 tahun sahaja. 

Dan katakan selepas 20 tahun buat pinjaman, jika ada apa apa berlaku, memang waris yang akan terpaksa bersusah payah membayar hutang yang tinggal. Bukan sedikit juga tu.. Apa-apa pun, anda kena pastikan perkara ini dengan agent hartanah. Tapi ikut pengalaman saya, perkara ini susah untuk dijangka kerana bukan agent yang buat keputusan, bukan juga banker yang buat keputusan sebaliknya dari pihak ibupejabat. Apa-apa pun, anda kena bincang dengan agent hartanah untuk keputusan, keadaan mana lebih baik.

Kebiasaannya, bila pembeli itu sudah cecah umur 40 tahun ke atas, memang insurance tak cover penuh. Bermaksud, anda kena top-up sikit duit kalau nak dapat coverage penuh.

Adakah ini rugi? Bergantung kepada tujuan dan keadaan anda juga. Kalau memang seperti kes rumah saya di Changlun, Kedah, memang tiada masalah untuk client saya terima loan tak cover penuh, sebab dia hanya bercadang untuk duduk rumah itu dalam 10 tahun sahaja dan akan jual semula kemudian hari, sebelum pencen.

Apa-apa pun, kena bincang dengan agent hartanah, pendekatan mana yang lebih baik. Percayalah, agent hartanah seperti kami ni tiada basic, tiada elaun. Semuanya semata-mata income daripada kes yang berjaya diselesaikan sampai dapat kunci. Bermaksud, nak tak nak, memang agent itu akan bersusah payah untuk bantu anda.

Ini baru sebahagian sahaja, kita sambung bahagian 2 dalam post akan datang.. 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca yang sedang mencari rumah atau ingin menambah pendapatan sampingan melalui jual-beli rumah. 



Regards,

KAITAN BELANJAWAN 2023  & PROGRAM RAHMAH | Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi mengenai satu article yang baru saya baca di Sinar Harian.. Tajuk article ini ialah "Antara Kenaikan Gaji dan Gaya Hidup". Basically article tersebut menyatakan bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu tidak menyatakan mengenai kenaikan gaji kepada penjawat awam disebabkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar. 

Saya bukan penjawat awam, tapi saya bekerja di sektor swasta. Sebenarnya bukan sahaja penjawat awam yang terjejas, malah pekerja di sektor swasta juga menghadapi masalah sama apabila tidak mendapat kenaikan gaji disebabkan majikan juga bergelut dengan cabaran ekonomi.

Belanjawan 2023

Walaupun begitu, Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion ada menyediakan imbuhan secara tidak langsung kepada penjawat awam, antaranya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM700 dan RM350 buat pesara, serta subsidi yuran taska RM180 sebulan sedikit sebanyak ‘mengubat luka’ mereka.

Penjawat awam perlu menerima hakikat situasi kewangan semasa kerajaan walaupun terpaksa berdepan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup tinggi. Menurut Perdana Menteri, sekiranya gaji penjawat awam dinaikkan, perbelanjaan kerajaan akan menjadi defisit daripada 5.6 peratus kepada 6.5 peratus, sedangkan pada masa ini hutang negara sudah mencecah RM1.5 trilion.

Penjelasan Anwar berhubung isu gaji itu diterima Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dengan hati yang terbuka. Presidennya, Datuk Adnan Mat tetap memberi jaminan penjawat awam akan terus menyokong dasar kepimpinan kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Masalah ekonomi

Oleh kerana itu, rancangan penyelesaian jangka pendek dengan memperbanyakkan program-program membantu rakyat perlu diteruskan dan diperluaskan. Dengan adanya program berkonsepkan ‘Rahmah’ yang meletakkan kumpulan sasaran sebenar, tidak mustahil usaha kerajaan membantu masyarakat dapat dicapai dalam jangka pendek tanpa perlu melalui kenaikan gaji.

Kopi hipster

Bagaimanapun, usaha kerajaan ini tidak akan berhasil sekiranya rakyat Malaysia sendiri enggan mengubah gaya hidup mereka.

Jika selama ini banyak menghabiskan duit menikmati hidangan di restoran mewah atau kedai kopi hipster, apa salahnya bermula sekarang, ambil peluang menjamu selera menu rahmah pula. Tolak tepi gaya hidup mewah dan manfaatkan gaji untuk perkara penting terlebih dahulu.

Masalahnya di Negeri Sembilan ini menu Rahmah masih belum meluas. Jika menu Rahmah dapat membantu rakyat sangat dialu-alukan supaya pengusaha makanan boleh sama-sama menjayakan agenda kerajaan ini. 

Bila saya baca article ini terdetik hati untuk mengurus semula perancangan kewangan saya supaya lebih berkesan. Nampaknya selepas ini terpaksa cut-off perbelanjaan tak penting focus on needs not wants dan kurang membeli kopi hipster kegemaran. Bagaimana pula anda? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. 


Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Petikan article Sinar Harian


Regards,

KENAPA PANDANG SINIS, SALAHKAH BALIK KERJA ON TIME? | Dipandang sinis apabila balik on time? Perkara ini sering berlaku di kalangan rakan-rakan di pejabat. Bila balik kerja tepat waktunya atau on time rasa bersalah seolah-olah melanggar disiplin. Kenapa perlu takut? Balik kerja on time bukan satu kesalahan jika kita betul-betul memperuntukkan waktu pejabat dengan membuat kerja-kerja yang diamanahkan. Kita akan rasa malu atau serba salah jika kita masuk office lambat tapi balik on time. Itu memang patut rasa bersalah sebab melanggar disiplin dan mencuri masa. 

Always leave office on time

Andai kata waktu kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bila habis waktu kerja pukul 5.00 petang boleh terus balik. Saya bukan mengajar pekerja supaya balik tepat pada masanya walaupun kerja bertimbun tetapi sekadar berkongsi knowledge kepada mereka yang sering dipandang sinis apabila balik kerja on time. Hakikat sebenar majikan suka bila ada kakitangan stay back buat kerja walhal mereka tak layak claim overtime. 

Jadi untuk memberi kesedaran kepada kakitangan yang terasa bersalah bila balik kerja on time atau selalu kena perli, siapa yang pandang sinis tu boleh rujuk:

Seksyen 60A(9) Akta Kerja 1955 (Akta 265) memperuntukkan "Hours of work" atau “Waktu-waktu kerja” dinyatakan seperti berikut:

Seksyen 60A Akta Kerja 1955

means “the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements."

"jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri"

Seksyen 60A(9) Akta Kerja 1955

Undang-undang melindungi hak kita tetapi jangan lupa juga dengan amanah dan tanggungjawab kita terhadap majikan.  

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

BILA KAD TOUCH 'n GO ROSAK | Penggunaan kad Touch 'n Go ("TnG") semakin meluas sekarang bukan setakat di tol atau di kawasan tempat letak kenderaan tetapi kini digunakan sebagai eWallet di sebahagian outlet. Jadi kad ini penting dan mesti ada pada setiap orang sebagai kemudahan.

Bila kad TnG rosak, ianya menjadi satu masalah.. Dijadikan cerita semasa saya bercuti ke Penang tempoh hari, tiba-tiba kad TnG saya bermasalah, tak boleh baca dan tak boleh digunakan lagi. Mana taknya, kad tu dah berusia bertahun lama dari zaman saya menggunakan LRT berbelas tahun lalu. Keadaan fizikal kad TnG tersebut sudah reput akibat ditinggalkan terdedah di dalam kereta.    

Kad Touch 'n Go bermasalah

Semasa saya sekeluarga masuk ke Gurney Plaza shopping mall, kad tersebut masih boleh digunakan tetapi apabila kami keluar dari mall ianya tak boleh dibaca. Bertambah kalut apabila kereta berjela-jela di belakang kami menunggu giliran keluar dari parking. Tanpa berlengah, husband berhubung dengan pihak building management dan mereka telah meminjamkan temporary card untuk digunakan semasa keluar dari shopping mall tersebut.. Cuak betul masa tu.. 

Temporary card

Satu masalah selesai, timbul masalah lain iaitu mana nak beli kad TnG baharu untuk balik ke Seremban nanti?.. Puas tanya pakcik Google namun tiada jawapan.. Oleh kerana tak pernah mengalami masalah kad TnG, kami berusaha mendapatkan kad baharu hingga ke Butterworth . Boleh kata kami singgah di setiap station minyak semata-mata mencari kad TnG baharu namun hampa, usaha hanya sia-sia.. 

Akhirnya saya mengambil keputusan berhenti di tol untuk berjumpa dengan PLUS Customer Service. Malangnya di plaza tol Jawi tiada customer service. Pihak PLUS mengarahkan kami ke toll booth nombor 1 atau 2 untuk mendapatkan kad sementara bagi membolehkan kami pulang ke Seremban.. Maka selesailah masalah..

MASALAH SELESAI TANPA KAD TOUCH 'N GO APABILA..

The following day, kami bertolak dari Seremban ke Muar, jadi perlukan kad TnG.. Kali ni tak rasa cuak sangat sebab kami bercadang untuk menggunakan cara yang sama seperti yang diajar oleh pihak PLUS semalam. 

Semasa mengisi minyak di Petronas Seremban 2, my husband tanya di counter untuk membeli kad TnG. Staff di bahagian counter maklumkan kepada my husband bahawa kad TnG masih belum ada stok lagi. Staff tersebut mencadangkan supaya my husband top up menggunakan MyKad. Maka reload laa TnG melalui kad pengenalan. Laaaaaaa macam tu saja?.. 

Selama ni saya ingat bila kita ingin menggunakan fungsi Touch 'n Go pada kad pengenalan perlu membuat pendaftaran di Jabatan Pendafataran Negara.. Rupanya tidak.. Alangkah baiknya jika kami tahu cara ni di Penang, takde la kami membuang masa hingga ke Butterworth semata-mata cari kad TnG baharu. 

Orang lain mungkin dah lama tahu, tapi saya baru tahu ketika itu.. Hurrrmm apa pun lesson learned! Tak nak ingat lagi keadaan huru-hara itu sebab rasa sakit hati, buang masa but at the same time, ianya menjadi kenangan kurang best di Penang.. Betullah kata orang, ada hikmah di setiap kejadian.. Siapa pernah alami seperti ini boleh share cerita.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


MAKLUMBALAS TERHADAP SOP PEMAKAIAN PELITUP MUKA | Semalam Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan prosedur terkini pemakaian pelitup muka.. Ringkasan saya ambil dari website Buletin TV3 seperti berikut:

Ringkasan SOP Pemakaian Pelitup Muka

Sehubungan dengan keputusan ini saya berminat ingin tahu apakah maklumbalas pembaca berhubung keputusan tersebut. 

Soalan saya : Adakah anda masih mengenakan pelitup muka atau mengambil keputusan tidak memakai pelitup muka?

Nyatakan jawapan anda di ruangan komen di bawah secara sukarela..

Jika tanya saya, saya lebih selesa memakai pelitup muka ke mana-mana kerana rasa lebih selamat dan lebih selesa berurusan atau ke tempat awam. 



Regards,

Article dari Mimi Rahim ini menarik perhatian saya ketika scroll Facebook pagi ini. Apabila dihayati perkongsian tips untuk ibu mengawal emosi sangat membantu ibu-ibu di luar sana (termasuk diri saya sendiri) menguruskan emosi seharian terutama sekali ketika kita berada di rumah menguruskan keluarga semasa pandemic ini. Saya copy paste dan abadikan di sini sebagai rujukan.

Tips Penting Untuk Ibu Mengawal Emosi

Antara tips nak jaga hati kita sendiri, nak jaga mental kita untuk sentiasa best kat rumah dan orang sekeliling seperti anak, suami, kawan juga selesa dengan kita di musim pendemik:

1. Mandi sebelum subuh - Niat supaya Allah ringankan seluruh anggota kita dan doa supaya kita ikhlas buat amal, baru kita tak merungut. Hati pun senang. Mandi dan memakai wangi-wangian, mulakan hari dengan segar.

2. Siapkan plan/susun kerja seharian sebelum subuh - Siapkan jadual kita seharian, jadual realistik yang kita boleh ikut. Wajib masukkan waktu rehat untuk diri sendiri walaupun setengah jam. Waktu terbaik ialah setengah jam sebelum masuk waktu solat Zohor.

3. Selepas subuh jangan tidur - Ini cara untuk panjangkan hari kita. Tidur satu jam, rugi satu jam. Dalam satu jam, mak-mak dah boleh siap masak, siapa basuh kain, siap kemas dapur. Tertinggal satu jam, kelam kabut seharian.

4. Kurangkan bermedia sosial - untuk perkara yang sia-sia. Scroll Instagram sejam tak terasa padahal masa sejam yang berkualiti boleh digunakan bersama anak, sangat cukup untuk simpan memori best dalam bank memori anak. Jadi unfollow perkara yang sia-sia.

5. Fokus Perbaiki Diri - Duduk rumah, fokus untuk perbaiki diri. Lihat kita yang lepas, lihat salah kita. Belajar ubah, setiap hari tulis perkara yang dah berjaya kita ubah & apa perancangan kita untuk ubah lagi. Contoh : Tahun lepas saya azam nak mandi sebelum subuh, tampal kat cermin, berjaya amal 40 hari baru buka dan buang dengan rasa syukur - walaupun sekadar mengubah tabiat mandi jer pun..

6. Sedekah setiap pagi - Sedekah setiap hari untuk hadirkan rasa syukur dengan nikmat yang kita perolehi iaitu cara syukur dengan memberi. Memberi tak semesti dengan duit, share ilmu, share resipi memasak atau apa-apa perkara yang ada kebaikan & manfaat untuk orang lain. 

7. Senyum - Senyum pada semua, senyum pada diri sendiri, senyum dengan hati yang ikhlas. Bila anak buat hal, terus senyum dan istighfar. Pasti hati kita tenang.. 

8. Bersenam - Orang yang biasa bersenam akan tau perbezaannya. Bersenam sangat membantu kecerdasan kita. Cuba bersenam dengan banyakkan solat sunat. Bersenam sebelum subuh, solat sunat taubat, solat tahajud, sunat hajat & istiqarah. 

9. Berkata baik atau diam - Kalau kita rasa perkara yang kita nak cakap itu akan buatkan orang sakit hati, cuba tahan... sebab akibatnya bukan hati orang jer sakit, kita juga akan sakit hati. Tak boleh berkata yang baik, lebih baik diam dari berkata-kata. 

Rumah kita bukan jadi syurga lagi kalau semua orang nak menang bercakap kerana panggilan Allah pada ahli syurga “Wahai jiwa yang tenang…..” 


يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ 

Arab-Latin: yā ayyatuhan-nafsul-muṭma`innah 
Terjemah: Hai jiwa yang tenang. — Quran Surat Al-Fajr Ayat 27



Regards,