Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
TRIP SEHARI KE CENTRAL MARKET DAN KLCC | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Baru-baru ini, saya berpeluang menghabiskan masa bersama Arief menaiki KTM Komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur. Destinasi utama kami adalah KLCC dan Pasar Seni, tetapi perjalanan ini tidak lengkap tanpa beberapa hentian lain. Kata orang, sambil menyelam minum air.. 

KTM Komuter Seremban

Kami bertolak lebih kurang 11.15 pagi dari Seremban. KTM Komuter banyak perubahan sekarang, tidak seperti dulu. Perjalanan dengan komuter sangat selesa dan santai, sambil berpeluang menikmati pemandangan di luar bandar. 

Nu Sentral

Setelah lebih kurang 55 minit perjalanan, kami tiba di KL Sentral. Kami singgah di Nu Sentral for brunch, lapar sebab belum breakfast pagi itu sebelum meneruskan perjalanan.. I had my brunch at Secret Recipe. Semasa saya menikmati Vietnamese Beef Noodle manakala Arief pesan chicken lasagna, kami bersembang tentang destinasi ingin dituju. Kami sepakat ke KLCC terlebih dahulu, kemudian ke Pasar Seni. Dah lama benar si Arief request ke Pasar Seni sebab memang dia tak pernah jejak langsung ke sana.

Di KLCC just sightseeing, persinggahan wajib di Kinokuniya. Saya ingin membeli buku nota for my journaling selain mencari accessory for my Traveler's Notebook. 

Suria KLCC

Puas hati bila apa yang saya inginkan ada di depan mata.. Banyak pilihan warna Leuchtturm 1917, rambang mata memilih warna idaman padahal isi buku semua sama.. Malas fikir panjang terus ambil warna mint green..

Leuchtturm1917 notebook

Setelah ke Kinokuniya, kami singgah di Bape Store dan MCM.. Di MCM sekadar melihat koleksi terkini dan kebetulan saya ingin mencari wallet. Malangnya tiada wallet yang berkenan di hati tetapi hati terpaut ke mini backpack yang berada di rak.

MCM KLCC

Padahal sebelum itu janji tak membeli tapi tetiba terbeli juga akhirnya, X-Mini Stark Studs Backpack.. Seronok balik bergaya dengan beg baru, terus hilang penat.

My MCM Mini Stark Studd Backpack

Selepas ke KLCC, kami menaiki LRT menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Seni. Lama sungguh saya tak menjejakkan kaki ke sini, banyak juga perubahan sekitar kawasan ini. 

Pasar Seni or Central Market

The Malaysia Merak, merak gergasi di luar Pasar Seni..

Merak di Pasar Seni

Bersebelahan bangunan Pasar Seni terdapat open market dengan booths yang menjual pelbagai kraftangan.

Pasar Seni

Melangkah kaki masuk ke Pasar Seni, ramai pengunjung ketika itu. Mungkin itulah kebiasaan pengunjung Pasar Seni. Suasana di Pasar Seni sangat berbeza dari KLCC, dengan budaya dan seni tempatan yang dipamerkan di setiap sudut. Kami melihat pelbagai gerai yang menjual barangan kraftangan, lukisan dan cenderamata yang unik.

Ground Floor Pasar Seni
Booths di Pasar Seni
First Floor
Baju batik dan produk tempatan
The Coconut Shop
Kedai Makanan Ringan
Kedai kraftangan
Kedai cenderamata
Kedai Cenderamata
Stamps for travelers

Overall banyak cenderamata dan kraftangan Malaysia yang unik terdapat di Pasar Seni.. Selepas ke Pasar Seni kami meneruskan perjalanan pulang.

Laluan Kasturi

Bila melalui kawasan ini teringat ketika saya pulang ke Muar menaiki bus di Hentian Puduraya, kenangan lebih 20 tahun lalu.. Inilah laluan yang sering digunakan.

Hotel budget

Kawasan ini tidak lagi usang seperti sebelum ini..

Papan tanda jalan

Berjalan kaki dari LRT Pasar Seni ke kawasan sekitar juga selesa dengan ruang khas pejalan kaki. Kawasan persekitaran juga bersih, jauh berbeza di zaman 90-an ketika saya kerap menggunakan laluan ini. Trip kali ini tak sempat memperkenalkan Arief dengan Petaling Street. 

KTM Komuter dari KL Sentral

Bertolak dari KL Sentral sekitar pukul 5.30 petang dan tiba di stesen Seremban lebih kurang pukul 6.55 petang.. Secara keseluruhan, perjalanan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga penuh dengan pengalaman baru untuk Arief. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,

PEMERIKSAAN KESIHATAN DI PEJABAT OLEH MAWAR MEDICAL CENTRE SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah pada 3 September 2024 lalu, Mawar Medical Centre Seremban telah mengadakan pemeriksaan kesihatan di pejabat. Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan mengambil bahagian dalam pemeriksaan kesihatan ini. Saya juga tidak melepaskan peluang, al-maklum kalau harap pergi ke hospital buat medical check-up sendiri entah bila kann.. 

Pemeriksaan Kesihatan oleh Mawar Medical Centre Seremban

Pihak Mawar Medical Centre membawa teams mereka, lengkap dengan doctor and medical officers. Mereka tiba awal untuk menyiapkan segala kelengkapan. Bilik Latihan diubah menjadi ruang pemeriksaan kesihatan yang selesa. Begitu juga dengan segala peralatan yang dibawa, lengkap dan semua berjalan lancar, tidak menganggu rutin kerja kami.

Pagi itu semua officemates bersemangat untuk mengikuti aktiviti yang diadakan, ada yang tidak mengambil sarapan (which is memang perlu untuk mendapatkan bacaan sebenar..) - saya pula termakan burger pagi itu for breakfast, oopss!. 


Pemeriksaan Kesihatan di Pejabat

Pemeriksaan dimulakan dengan mengukur berat dan ketinggian, diikuti dengan pemeriksaan kesihatan. Saya membuat pemeriksaan asas iaitu pemeriksaan kadar gula, tekanan darah dan paras kolestrol. Pemeriksaan paras kolestrol adalah optional.. Sesiapa yang ingin membuat pemeriksaan kolestrol perlu membayar RM10.00. Semasa sesi pemeriksaan kami boleh bertanya tentang hasil pemeriksaan dan mendapat nasihat secara langsung mengenai kesihatan kita. Alhamdulillah hasil pemeriksaan kesihatan saya tidak menunjukkan sebarang petanda negative yang merisaukan, semua under control. 

Blood pressure check

Selesai pemeriksaan kesihatan, kakitangan mengikuti ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Zaihasra binti Halil @ Khalil - Consultant Physician. Banyak ilmu yang saya pelajari hasil ceramah beliau yang singkat namun comprehensive.

Dr. Zaihasra binti Halil @ Khalil - Consultant Physician

Sebelum sesi tamat, pihak Mawar Medical Centre ada memberikan cenderamata sebagai buah tangan dari mereka iaitu goodie bags yang berisi panduan kesihatan dan keterangan mengenai perkhidmatan kesihatan yang mereka tawarkan di hospital.

Secara keseluruhan, pemeriksaan kesihatan ini tidak hanya pemeriksaan secara fizikal, tetapi juga merupakan langkah penting dalam meningkatkan kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan secara menyeluruh. Terima kasih banyak kepada pihak Mawar Medical Centre atas inisiatif dan pendekatan seperti ini, kami semua merasa lebih terinspirasi untuk menjaga kesihatan dan mula melakukan langkah awal menuju gaya hidup yang lebih sihat terutama bab menjaga pemakanan.

Begitulah serba sedikit mengenai pemeriksaan kesihatan yang diadakan di pejabat oleh Mawar Medical Centre Seremban. Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada rakan bloggers untuk membuat pemeriksaan kesihatan untuk gaya hidup lebih sihat. 

Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,

ROSES ARE BLOOMING & ANAK SI KONTOT HILANG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya menyepi tapi sebenarnya deep inside my heart melonjak-lonjak untuk upload cerita di blog.. Super busy this month dengan urusan duniawi. Back to back ada sahaja perkara perlu diselesaikan.. finally curi masa sikit and here I am with my garden story and kisah si Kontot.

Dalam kesibukan tak sedar bunga-bunga mawar di taman mekar dengan segar.. Happy me senyum lebar sampai ke telinga bila usaha menanam semula pokok mawar bulan lalu membuahkan hasil.. Saya ada post di sini : Cerita Weekend - From Garden to Kitchen Table.

Cantik mekar bunga mawar
Rose buds

See banyak lagi rose buds masih belum berkembang.. I love looking at the blooms.. Lepas ni kena rajin sembur racun serangga untuk elak serangga menyerang putik-putik bunga dan pucuk daun muda.

Roses in my mini garden

Di sebalik gambar ada seekor anak kucing menonjolkan diri.. Itu anak stray cat yang mana ibunya saya beri nama si Kontot.. Ekor kontot so nama pun si Kontot.

KISAH SI KONTOT 

Si Kontot stray cat baka domestic short hair - kucing jiran dan satu-satu masih hidup. Tak silap Kontot ada 4 siblings. Keluarga si Kontot habis dihambat anjing liar sekitar taman perumahan saya. Sejak ada construction area di depan rumah, kebanjiran anjing liar masuk ke taman perumahan semakin menjadi-jadi. Akibatnya kucing outdoor menjadi mangsa. Si Kontot salah seekor yang masih survive. Semenjak sebatang-kara di Kontot kerap datang ke rumah saya untuk meminta perlindungan. Saya jaga Kontot di porch kereta, di satu tempat khas yang selesa.

Si Kontot ni sebenarnya masih bawah umur tapi dek kerana tiada kesedaran untuk menyekat populasi kucing terbiar, bibik si Kontot tidak ambil peduli. Kontot tidak dimandulkan. Maka kucing jiran sebelah menjadi boyfriend(s) si Kontot. Tak lama si Kontot melahirkan 2 ekor anak di rumah saya.

Anak si Kontot

Inilah anak-anak si Kontot. Seingat saya 2 minggu lepas lahir Kontot sorok anak dia di enjin kereta saya. Saya pergi kerja seperti biasa pada hari Isnin dan Selasa. Balik kerja around 5.30 pm hari Selasa, Kontot bising2 cari anaknya.

Dia membawa saya ke bahagian depan tayar kereta dengan enjin masih panas. Bila saya rapatkan telinga di sisi badan kereta bahagian tayar depan, ada bunyi anak kucing - teramat halus suaranya.

Anak si Kontot

Sahlah Kontot letak anaknya dalam enjin kereta saya.. Seriau saya, Arief seluk tangannya dengan berhati-hati bimbang terkena panas enjin kereta. Akhirnya dapat keluarkan anak-anak si Kontot dengan selamat. Mujurlah tak jatuh sepanjang perjalanan saya pergi dan pulang dari pejabat.

Selang beberapa minggu, Kontot bising lagi seolah-olah mengadu anaknya tiada. Saya jaga Kontot seperti biasa tapi hari demi hari anaknya tak juga muncul. 

Sekarang sebulan telah berlalu, sahlah anak Kontot hilang. Hati ini sedih, risau anak Kontot dimakan anjing.. tapi saya buat andaian dan berdoa supaya anak-anak Kontot diambil orang dan dijaga dengan baik. Sejak itu si Kontot asyik termenung di tempat tidur, kerap menghidu bau peninggalan anaknya..


Begitulah serba-sedikit cerita saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


SUNDAY AND WET KITCHEN MAKEOVER | Pagi Ahad hujan turun dengan lebat di sini (tak seperti sebelum ni renyai-renyai), alhamdulillah.. We were at home, menjalani normal routine, cleaning, gardening, cooking and napping.. We had a relax weekend walaupun kerja-kerja rutin mendobi tetap berjalan seperti biasa, it was not too bad.. Kali ni mencuci kena spin lebih sikit sebab takde matahari.. Nak guna dryer ambil masa berjam sedangkan banyak lagi kain baju menunggu giliran, lagi pun saya sejenis tak suka guna dryer melainkan keadaan mendesak, sekali-sekala bolehlah.. I prefer kering semulajadi..

Toshiba Front Load Washer Dryer 

Recently I buat some makeover dry and wet kitchen.. This photo hasil makeover wet kitchen.. Limited space and limited budget too, so ruang sekangkang kera kena sesuaikan sebaik mungkin supaya tak berlaga punggung masa I memasak and my son mencuci dan sidai pakaian.. Berkira budget so I bought the based and wall cabinet mana lagi kalau bukan Ikea.. memang suka barang Ikea dulu kini selamanya sebab senang padan dengan konsep kitchen saya lagi pun susah cari perabot putih seragam di tempat lain.. Dari segi ketahanan? Bergantung kepada quality sebab Ikea banyak range perabot dengan quality berbeza on top of that bergantung kepada cara penggunaan dan penjagaan kita.. Kalau cermat pandai jaga bertahan lamalah perabot tu tak kira dari mana asalnya..

Inilah hasil renovate dapur basah ikut design sendiri not the pricey high class punya makeover, budget pun tak seberapa kann.. Saya juga pasang kabinet dapur dengan menggunakan Ikea Knoxhult wall cabinet yang asal, saya cuma tukar pintu turquoise dengan pintu warna putih supaya seragam tema putih, begitu juga knob saya tukar warna gold. 


Wet kitchen makeover

Saya pasang sinki dapur jenis nano sink bowl stainless steel dan faucet warna hitam.. kemudian ganti tempered glass stove ke built-in stainless steel gas jenama Rubine supaya lebih lasak di samping ada ciri safety sebab dilengkapi flame failure device protection... Sebelum ni guna jenis tempered glass stove tapi risau dalam jangka panjang nanti meletup sebab tak tahan dengan haba dan tekanan.. Begitulah cerita makeover kitchen.. 

Okay, sementara tunggu mesin bekerja, membelek Fb sambil minum kopi while husband and my son, Arief Redza pergi beli barang dapur dan lauk pauk.. Menu tengah hari diaorang request asam pedas ikan siakap.. Okay mama ikut sahaja janji semua bahan ada..  

A cup of coffee

Belek Fb, lalu page Tok Mat (Menteri Pertahanan) di feeds, I follow Fb Tok Mat sebab beliau merupakan Ahli Parlimen kawasan tempat tinggal saya.. I'm apolitical.. Just impress with him.. Jadual padat masih bertenaga.. Saya ni kerja tak seberapa pun dah mengeluh penat.. Beliau lagi penat berkali ganda dari saya.. Kelmarin mengiringi YDP Agong di Sg. Besi, Kuala Lumpur manakala sebelah petang hari yang sama di majlis minum petang penduduk Taman Ekar, Rantau, Negeri Sembilan.. malam hari hadiri Majlis Jentera Pilihanraya Pemuda & Puteri UMNO Bhgn. Rembau.. Hari Ahad hadir ke Majlis Anugerah Persatuan Penduduk Bandar Sri Sendayan.. Besar tanggungjawab beliau.. Saya tengok ni pun rasa mencungap.. Manalah energy Tok Mat dapat, mungkin semangat beliau tinggi setanding dengan pangkat dan tanggungjawab yang dipikul.. Kita doa yang baik-baik semoga doa itu juga kembali kepada kita.. 

We had roti canai cicah sambal, kuah dhal dan kari ikan for breakfast.. I had roti pisang, thosai for my husband while Arief makan roti kosong.. 

Roti pisang

Sambal, kari ikan dan kuah dhal

While everyone sibuk dengan duty masing-masing, si Tommy pula rehat dengan gaya kuak lentang, yang lain semua tidur bawah sofa, mencari tempat gelap dan hangat..

Tommy

This weekend agak produktif, I'm in the mood untuk buat itu ini so saya berjaya menyelesaikan beberapa perkara yang sudah lama dalam perancangan tapi terbengkalai.. Tangguh dari sehari ke sehari sampai bulan ke bulan akhirnya tahun demi tahun.. Sempena masuk tahun baru Islam tempoh hari, tanam azam baru so saya bangkit melawan perasaan suka bertangguh itu dengan segera melaksanakannya, hehehehe 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!




Regards,


KEBUN MINI DAN CERITA HARI SABTU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu.. Hari untuk diri sendiri dan keluarga. Penat dengan pelbagai karenah dan tugasan di pejabat, balik kerja feeling so happy when the next day is Saturday and Sunday..

Pokok bunga salvia hispanica

Pagi Sabtu sementara washing machine bekerja, saya ke halaman rumah menjengah mini garden yang tak seberapa. Belek pokok-pokok yang baru ditanam dalam pasu. Hopefully sihat semuanya..

Cactus

Pokok cactus ni lama dah terabai, kesian.. tapi gigih hidup walau di anak tiri. Memandangkan semangat juang untuk hidup tinggi so saya pun repotted dalam bekas baru supaya lebih sihat..

Spider plant

Begitu juga dengan spider plant, sekali beli cuma sepasu, lama-kelamaan beranak-pinak, maka banyaklah pasu si spider plant ni di halaman rumah,  meriah dengan spider plant gantung sana-sini. 

Pokok mint dan tomato cherry

Hurrrmmm pokok tomato ni nampak hampir menemui ajal, pucuk semua kering dan layu.. Tak semena-semena buah tomato semua kuning seperti masak sebelum waktu.. Apa pun kita tunggu seminggu lagi, tengok perkembangannya.. Di hujung sana pokok mint.. harap hidup dengan jayanya..

Mesti ada yang terdetik, apa fungsi botol air tengah tu? Botol tu berfungsi untuk simpan air.. Di bahagian penutup botol saya buat lubang dan ikat tali supaya air tadi keluar secara dripping.. so tanah akan sentiasa moist..

Pokok daun kesum 

Ini pula pokok daun kesum, must have pokok sebab saya suka makan asam pedas. Jadi kalau mati harus tanam yang lain supaya stok daun kesum tak putus, tak boleh takde di my mini garden.. Nampak sihat si kesum ni, kena jaga elok-elok..

Puas membelek tanaman, kita masuk dapur to prepare breakfast.. 

My lovely kitchen

Pagi ni plan goreng nasi, ada sedikit pastry dan croissant, I bought from La Boheme Bakery AEON Seremban 2 during lunch hour on Friday.

My ala farmhouse kitchen

The buttery croissants and pastries were very nice, so sedap and lembut with sardine and curry chicken filling.. Croissant laku keras, Arief makan seketul sementara tunggu nasi goreng siap..

Croissant and pastry

Perkenalkan kitchen gadget baru saya, rice washer strainer beli di SSF.. function teruk okay. Senang kerja mencuci beras.. 

SSF Rice washer strainer

This is our main breakfast on Saturday, nasi goreng kampung hasil bantuan periuk Noxxa - cepat dan dapur tak berkecah.. Kalau goreng nasi, I like letak banyak ikan bilis goreng rangup..

Nasi goreng kampung

Ayam goreng hasil air tangan my husband.. Lengkaplah menu breakfast tak seberapa di pagi Sabtu yang mendung.. Tengah hari I cooked sup ayam for lunch.. Simple, makan dengan ketupat mini, bihun or nasi.. Again I guna rice washer strainer untuk tos ketupat mini.. Gambar bawah ni sebelum makanan dihidang..

Sup ayam

Penat di dapur kemas itu ini, kami makan malam pun awal.. so ada masa untuk makeover master bedroom.. I have told you before kann that I love makeover, ubah perabot sana sini in the house is my passion.. Little makeover ni saya plan dah lama tapi masih belum terlaksana, sometimes time is very limited begitu juga dengan budget. Jadi buatlah sikit-sikit ikut kemampuan.. 

Apa yang kita suka, kita mampu buat adalah satu kepuasan.. Sebelum spend dengan jumlah yang besar, I have to think wisely sebab ada perbelanjaan penting yang lain perlu didahulukan seperti keperluan persekolahan anak walaupun ada sumber dari husband.

Master bedroom makeover

Strandmon wing chair ni dari Ikea, sebelum ni saya letak di bawah tapi si bulus occupied the space so bulu melekat. Lepas hantar cuci, saya bawa sofa ni masuk bilik. Not much space tapi adalah ruang baru untuk membaca dan berangan.. To give a cozy feeling saya sangkut frame gambar dan letak bunga hidup.. For me kalau takde pokok hidup rasa ada sesuatu kurang lengkap.. Indoor plants always bring calmness to me.. 

Reading corner

Little makeover macam ni pun happy enough untuk terapi minda.. Bila tukar-tukar sikit macam ni dapat mood baru.. For the time being itulah keadaannya.. Walaupun limited space tapi ruang penting to relax and start a new day.

Alhamdulillah for everything.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah & have a great day everyone!



Regards,