BAGAIMANA MEDIA SOSIAL BOLEH MEROSAKKAN KERJAYA KITA? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup.. Cerita kali ini tentang media sosial.. Penggunaan media sosial memang menjadi trend masa kini.. Mana taknya, boleh kata dari baby sampai golongan veteran kebanyakkan dari kita memiliki akaun Facebook sendiri, Instagram, Twitter, LinkedIn, TikTok etc tak terkecuali blog juga.. Lumrah manusia ingin bersosial, tak salah.. tapi menjadi suatu kesalahan jika kita menyalahgunakan platform tersebut..
Jenis media sosial |
Hari ni saya terpanggil untuk share sikit tentang tips kerjaya terutama kepada graduan yang akan memulakan kerjaya dan sebagai peringatan kepada pembaca yang sudah bekerja dan mungkin ingin mencari kerja lain.. Al-kisah tentang penggunaan media sosial yang boleh menjejaskan kerjaya..
Pada zaman serba canggih ni, para majikan sudah mula 'mengambil kesempatan' dengan menggunakan media sosial untuk 'menyelidik' calon pekerja yang akan ditemuduga. Dalam hal ini ada pro and cons bergantung kepada bidang kerjaya yang ingin diceburi.. Jika kita mengelak dari menggunakan media sosial tak boleh juga, nanti akan dianggap 'ketinggalan' zaman andaikata bakal majikan memerlukan seseorang pekerja yang 'bersosial'.. Malah website LinkedIn diwujudkan untuk bersosial among mereka yang bekerjaya..
Saya pernah terbaca dalam satu kajian seorang Pengurus di Bahagian Sumber Manusia akan mengambil seseorang bekerja melalui pencarian yang dibuat dalam media sosial dengan menggunakan nama calon. Media sosial yang famous dalam pencarian mereka ialah melalui Facebook.. Motif utama untuk mengetahui personaliti calon yang akan diambil bekerja berdasarkan status yang dimuatnaik dalam Facebook.. Sekiranya calon tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dan 'mengawal' akaun Facebooknya dengan baik, pasti tak terkesan dengan kaedah 'perisikan' tanpa sedar ini..
Tapiiiii..... kalau status dalam FB tu memanjang update status maki hamun, mencarut dan mengutuk... agak-agak peluang dapat kerja cerah ker idak? Dari situ kita boleh baca personaliti seseorang melalui cara mereka berkomunikasi. Itulah first impression setiap orang apatah lagi majikan sebab mereka masih belum mengenali calon pekerja mereka.. Belum kenal tapi dah jumpa macam-macam dalam Facebook jadi anggapan mereka tentu kurang baik.. Jadi jangan sampai terperangkap!
Itu kes calon yang ingin diambil bekerja.. Risiko dibuang kerja juga boleh berlaku kepada kakitangan yang menyalahgunakan media sosial ini. Contohnya : Memburuk-burukkan nama majikan.
Melepaskan geram dengan meletakkan status tak puas hati kepada majikan / boss dengan kata-kata kasar adalah satu kesilapan. Kita mungkin ingat selamat buat camtu sebab bos kita takde dalam friend lists tapi jika ada rakan sekerja yang dengki, dia mungkin sengaja menunjukkan status itu kepada boss kita. Apa jadi dengan masa depan kita? Maka bersedialah untuk bersemuka dengan Human Resources Department.. Kalau di syarikat tempat saya bekerja, sayalah yang akan mengambil tindakan terhadap kes begini..
Walaupun bernasib baik takde sebarang tindakan diambil, tapi kita tentu malu masih bekerja di situ sedangkan kita pernah meluahkan rasa tak berpuas hati dengan majikan sebelum ini. Begitu juga dengan pelanggan yang berurusan dengan majikan kita. Jangan sesekali memburuk-burukkan mereka kerana ianya juga boleh menjejaskan reputasi majikan kita.
Satu kesilapan lagi, mengutuk atau terlalu taksub dengan isu politik. Hal ini sesuatu yang baru sejak politik sekarang menjadi satu isu. Kakitangan disarankan jangan terlalu taksub dengan memuatnaik sebarang status yang berunsur hasutan. Ini secara tak langsung membolehkan orang luar boleh 'membaca' siapakah diri kita dan seterusnya tahu apa bendera parti politik kita. Secara tak langsung boleh menjejaskan nama majikan lebih-lebih lagi jika kita menyatakan nama majikan di profil media sosial kita.. Ada juga pernah terjadi, kakitangan dibuang kerja gara-gara memuatnaik dokumen / info sulit syarikat tanpa sengaja..
Pesanan saya jangan syok sangat bila bermedia sosial sampai lupa diri, lupa sekeliling. Ditambah lagi memuatnaik gambar-gambar kurang sopan, contoh gambar masa clubbing, posing seksi tepi pantai dan apa-apa sajalah yang kurang sesuai untuk tontonan umum. Penggunaan media sosial ini menyeronokkan cuma kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita kongsi..
Jangan ingat kita bila dah buat penetapan privacy dalam account setting sudah cukup selamat.. Sentiasa bear in mind, account setting dalam media sosial ni sentiasa berubah-ubah.. Mungkin ada satu-satu masa kita terlepas pandang.. So be extra careful..
Okay, itu saja perkongsian saya..
Semoga entry ini boleh dijadikan ingatan dan panduan..
Sharing is caring.. Take care & have a nice day..