Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts
SALAM 1 REJAB | Alhamdulillah kita telah memasuki satu bulan dalam kalendar Islam iaitu bulan Rejab. Ini juga bermaksud bahang bulan Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi.  

Salam 1 Rejab

Melalui pembacaan saya difahamkan bahawa bulan Rejab merupakan salah satu dari 12 bulan yang dimuliakan oleh Allah swt di mana bulan Rejab memiliki nilai-nilai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain. 

Terdapat 4 bulan istimewa iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Fadhilat 4 bulan istimewa ini iaitu barangsiapa melakukan ketaatan atau kemaksiatan pada bulan mulia ini, balasannya lebih banyak berbanding bulan lain. 

Menurut Imam Al- Hafiz Abu Hasan bin Muhamad Hasan al-Khalal dalam kitab Fadhailu Syahri Rajab:

Mengapa dinamakan bulan Rejab? Rasulullah berkata: Kerana sungguh banyak di dalamnya kebaikan untuk bulan Sya’ban dan Ramadhan.

Jadi, sementara diberi kesempatan marilah kita ambil peluang ini. Semoga kita dapat meningkatkan amalan dan menjadi a better Muslim and Muslimah, in shaa Allah.


Regards,

LISAN ADALAH CERMINAN HATIMU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Letih, so drained melayani karenah watak-watak kehidupan - to divert my tiredness saya melayari blog.. Ia umpama terapi, terasa berjumpa dan bercerita dengan kawan-kawan di dunia maya.. While blog walking, singgah dan baca cerita Miss Mirror, selepas meninggalkan komen terpandang ayat ini: "Lisanmu adalah Syurga Nerakamu.".. menjadi ilham untuk post saya ini..

Pahit manis kehidupan

Hidup ni ada pasang surutnya.. Kehidupan ini bukan kita selalu di atas dan mungkin juga bukan selalu kita di bawah - semua itu ketentuan Illahi.. Kadang-kadang saya perhati, mengapa ada segelintir manusia terasa diri mereka melampaui segala-galanya, ego! Semasa hayat sesuka hati memutus silaturahim dengan kuasa lisan! Kalau apa yang keluar secara lisan pun tak sanggup didengar, apatah lagi perbuatan... 

Ibarat, orang-orang itu nanti bila mati mampu berguling sendiri masuk ke liang lahad. Mereka merasa seolah-olah berkuasa hingga tidak memerlukan orang lain..
Menjaga hati sama penting dengan menjaga lisan 
kerana seseorang bila hatinya baik, 
maka akan keluar dari lisannya perkataan baik-baik.
Jangan kata: "Saya memang macam ni! Memang cara saya.." 

Kau tak faham perasaan orang lain yang terpaksa menerima jeritan, caci-maki kau, it's okay. Tapi jangan lupa orang yang pernah dihambur dengan fitnah dan kata-kata caci maki dari kau, dia simpan dalam hati, dia tak maafkan macam mana? Yakinkah kau mampu masuk syurga dengan perkara yang masih belum selesai? Yakinkah kau bahawa segala amalan kau diterima sehingga tak memerlukan doa orang lain bila jadi arwah kelak? Betullah apa yang Miss Mirror kongsikan - "Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."

Seringkali juga saya bermonolog sendiri, cuba mencari-cari jawapan dengan soalan-soalan ini:

Apalah yang dibanggakan, sedangkan mereka pasti tahu dunia ini sementara dan hanya pinjaman. Gelaran, pangkat, jawatan dan kedudukan.. tak boleh dibawa mati.

Tak tahulah pula kalau malaikat yang menyoal di bawah sana sebut sekali gelaran nama, jawatan, kelulusan kita masa sesi soal jawab kelak.. 

Siapalah yang mendoakan mereka nanti di alam sana jika ramai yang terkesan dengan kata-kata mereka?

Banggakah jika perbuatan buruk mereka disebut-sebut bila mereka tiada nanti?

Akhirnya saya buat kesimpulan, kadangkala kita ditemukan dengan orang-orang begini untuk membuka mata hati kita.. So ambillah ikhtibar darinya.. Selagi mana ada pahala mudah untuk kita rebut, maka rebutlah.. 

Sebelum mengakhiri post ini, jemput singgah - inilah blog Miss Mirror -> Click here

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Wednesday datang lagi.. Sempena post Wordless Wednesday saya ingin kongsi bait-bait lirik lagu (terutama ayat yang saya bold) mengingatkan saya tentang arwah ayah saya.. Jun merupakan bulan kelahirannya.. Mac lalu genap setahun pemergiannya.. 

Bila dengar dan hayati bait-bait lirik lagu ini automatic airmata mengalir, lantas bacaan surah al-Fatihah dibaca, semoga pahala sampai kepada arwah di sana.. 

al-Fatihah

Saat ku sendiri kulihat photo dan video
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa ku ulang kembali..

Ku ingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu

Segala cara telah ku cuba
Agar aku bisa tanpa dirimu.. 
Namun semua berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu

Kuingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu.. hanya rindu

Ku ingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Oh bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu oh
Hati ini hanya rindu hm
Ku rindu senyummu Ibu ayah..

Al-fatihah untuk arwah ayahku, tak lupa juga arwah abang dan adik..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin..

Surah al-Fatihah

Berdasarkan kepada dalil-dalil dan pandangan para ulama, telah jelas hukumnya harus membaca al-Quran dengan niat menghadiahkan atau sedekahkan pahala bacaan terutama surah al-Fatihah kepada si mati. Ia merupakan satu amalan mulia yang ada sandarannya.
Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan maka dia akan beroleh ganjaran pahala, dan dibolehkan menghadiahkannya kepada sesiapa jua waima yang masih hidup atau sudah meninggal dunia selagi ia seorang muslim. Wallahu a’lam..  

Regards,

KEADAAN DI ALAM BARZAKH MENURUT PANDANGAN ULAMA | Salam Jumaat diucapkan kepada pembaca blog ini.. Malam kelmarin saya ada mengikuti video ceramah dari Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din berkenaan keadaan di alam barzakh atau alam roh.. Saya begitu khusyuk mendengar setiap satu ulasan yang disampaikan untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan roh kita selepas kematian. Bukan sahaja membayangkan perjalanan roh sendiri di kemudian hari tetapi terbayang juga roh-roh orang tersayang yang terlebih dahulu meninggalkan saya..

Surah Al-Fatehah

Secara kebetulan pula saya terbaca artikel berkaitan alam barzakh yang mempunyai kaitan sama seperti diberitahu oleh Allahyarham TG Datuk Dr Haron Din menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami.. Apa yang dapat saya ringkaskan di sini bahawa ulama mengatakan mati itu adalah satu perpindahan. 

Dalam hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur adalah tempat turun pertama dalam menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam-alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kubur tidak selamat, maka alam-alam lain akan lebih teruk.”  

Ibn Qayyim dalam kitabnya, Ar-Ruh menyatakan, roh yang hidup di alam barzakh ada dua jenis. 

Pertama roh mun’amah iaitu roh yang hidup mendapat nikmat

Ada roh yang hidup di alam barzakh mendapat nikmat lebih hebat daripada hidupnya ketika di dunia. Sebabnya, dia dapat menjawab soalan Munkar dan Nakir dengan lancar kerana banyak melakukan amal ibadat termasuk pahala solat, sedekah jariah dan derma. 

Malah, dalam satu hadis panjang yang boleh juga dirujuk menerusi kitab Ar-Ruh ada menyatakan, bagi orang yang boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir dan di akhir sekali malaikat itu akan berkata, “Tidurlah kamu sepertimana tidurnya pengantin.” 

Tidur pengantin itu adalah simbolik kepada roh yang diberi nikmat dan dia tidak akan diganggu.

Kedua adalah roh mu’azzabah iaitu roh yang akan mendapat seksaan kubur. 

Golongan itu akan dipukul dan dipalu dengan pukulan yang amat dahsyat. Sehinggakan dalam satu riwayat menyatakan, apabila sekali malaikat Munkar dan Nakir memukul, maka akan terbenam ke dalam tanah.

Maka, ulama membuat kesimpulan di alam barzakh ada roh yang selamat dan tidak selamat. Jika di alam barzakh sudah tidak selamat, maka di alam berikutnya sudah pasti roh itu lebih sengsara.

Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA, daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Kita perlu sentiasa merancang untuk mendapatkan pahala berterusan walaupun sudah meninggal dunia. Pahala berpanjangan itu boleh diraih dengan mudah antaranya dengan cara mengajak orang lain melakukan kebaikan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 71)

Sama juga halnya apabila diri kita menjadi penyebab orang lain melakukan dosa, maka dosa itu akan kita tanggung bersamanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Az-Zalzalah, ayat 7)

Tugas mengajak sama manusia lain melakukan kebaikan itu menandakan terbitnya iman di dalam hati seseorang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka sepatutnya ada di antara umat yang dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya daripada perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit saja iaitu orang-orang yang Kami selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu menitikberatkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.” (Surah Hud, ayat 116) 


Wallahu a'lam ( والله أعلمُ) 

Artikel Harian Metro, Rabu, 8 Mei 2019 @ 10:42 AM

Related post : Rindu Mereka Yang Telah Pergi

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...
AMALAN SUNNAH ANDAI AJAL DALAM TIDUR | Salam Jumaat semua... Hari ini saya ingin berkongsi satu perkongsian yang berguna untuk kita semua.. Walau sesibuk mana pun kita dengan tugas harian, namun jangan lupa dengan sunnah yang boleh dijadikan amalan. Bukan sahaja sebagai pengetahuan tetapi mengamalkan sunnah juga dapat menambah pahala kita yang tak seberapa..

Sedekah Jariah

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR 

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu:

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah:

"Ya Rasulullah! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara itu seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda, maksudnya :

1. "Jika engkau akan tidur, bacalah surah al –Ikhlas (3x), seakan-akan engkau telah berkhatam Al-Quran

"Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ "

2. "Bacalah shalawat untukku sekurang-kurangnya 3x dan untuk para nabi sebelum aku maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.

"Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad"

3. Beristighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau.

"Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih" - (3x)

4. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

"Bismillaahirrahmaa nirrrahiim.. Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar" - (3x)

Saya suka kongsi di sini supaya ilmu ini boleh disampaikan dan dimanfaatkan kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha-Allah...

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda :

"Barang siapa yang menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang lain mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Akhir kata :

"Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku, saudaraku dan setiap orang yang membaca perkongsian ini.. Semoga kita dijauhkan dari segala penyakit, diberi kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki dan dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. Aamiin ya Rabbal'alamiin.."

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...
SEKADAR INGATAN | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Sedikit perkongsian yang saya terima untuk ingatan kita bersama..

Istighfar Yang Utama
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’

(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya).

-> 3 perkara yang membawa penyakit:
1) ﺍﻟﻜﻼﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
1. Banyak cakap
2) ﺍﻟﻨﻮﻡ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ 
2. Banyak tidur
3) ﺍﻷﻛﻞ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ
3. Banyak makan

ﻭﺃﺭﺑﻌﺔ ﺃﺷﻴﺎﺀ ﺗﻬﺪﻡ ﺍﻟﺒﺪﻥ :
-> 4 perkara yang merosak badan :
1) ﺍﻟﻬﻢ
1. Berduka
2) ﺍﻟﺤﺰﻥ
2. Bersedih
3) ﺍﻟﺠﻮﻉ
3. Berlapar
4) ﺍﻟﺴﻬﺮ
4. Bersengkang mata

ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺰﻳﺪ ﻓﻲ ﻣﺎﺀ ﺍﻟﻮﺟﻪ ﻭﺑﻬﺠﺘﻪ :
-> 5 perkara yang menambah cerah pada wajah :
1) ﺍﻟﺘﻘﻮﻯ
1. Takwa
2) ﺍﻟﻮﻓﺎﺀ
2. Jujur
3) ﺍﻟﻜﺮﻡ .
3. Pemurah
4) ﺍﻟﻤﺮﻭﺀﺓ
4. Jaga Kehormatan
5. Pemaaf

ﻭ ﺃﺭﺑﻌﺔ ﺗﺠﻠﺐ ﺍﻟﺮﺯﻕ :
-> 4 perkara mengundang rezeki:
1) ﻗﻴﺎﻡ ﺍﻟﻠﻴﻞ
1. Qiyamul Lail
2) ﻛﺜﺮﺓ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ ﺑﺎﻷﺳﺤﺎﺭ
2. Istighfar pada 2/3 malam 
3) ﺗﻌﺎﻫﺪ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ
3. Bersedekah
4) ﺍﻟﺬﻛﺮ ﺃﻭﻝ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻭﺁﺧﺮﻩ
4. Berzikir pada awal pagi dan petang

ﻭثلاثة ﺗﻤﻨﻊ ﺍﻟﺮﺯﻕ
-> 3 perkara  menolak rezeki :
1) ﻧﻮﻡ ﺍﻟﺼﺒﺢ
1. Tidur pagi selepas Subuh
2) ﻗﻠﺔ ﺍﻟﺼﻼﺓ
2. Sedikit solat
3) ﺍﻟﻜﺴﻞ
3. Malas


ﻛﻠﻤﺎ ﻫﻤﻤﺖ ﺑﻔﻌﻞ ﻣﻌﺼﻴﺔ ﺗﺬﻛﺮ ﺛﻼﺙ ﺁﻳﺎﺕ :
-> Setiap kali ingin membuat maksiat, ingat 3 ayat berikut :

1-" ﺃﻟﻢ ﻳﻌﻠﻢ ﺑﺄﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺮﻯ "
"Tidakkah dia tahu bahawa Allah sedang melihat".

2-" ﻭﻟﻤﻦ ﺧﺎﻑ ﻣﻘﺎﻡ ﺭﺑﻪ ﺟﻨﺘﺎﻥ "
"Siapa yang takut kepada kedudukan Tuhannya baginya 2 syurga".

3-" ﻭﻣﻦ ﻳﺘﻖ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻪ ﻣﺨﺮﺟﺂ "
"Siapa yang bertakwa kepada Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian".

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu a'lam bish-shawab 

Semoga bermanfaat kepada kita semua untuk meniti perjalanan hidup kita yang sementara ini bagi bekalan ke akhirat yang kekal abadi.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,