Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ni nak kongsi cerita tentang periuk Noxxa.. Mula-mula dengar nama periuk ni dari Mrs. A tapi masa tu beranggapan takde special sangat periuk ni walaupun digelar periuk magic, pressure cooker dan sebagainya.. Maka beranggapan sama seperti periuk nasi atau pressure cooker biasa.. Itulah kata orang tak kenal maka tak cinta..
Oh ya, jangan salah anggap pula, saya hanya kongsi pengalaman menarik dan saya tak menjual periuk ini..
Noxxa periuk tekanan elektrik serbaguna |
Dijadikan cerita, baru-baru ni officemate cerita tentang keterujaannya menggunakan periuk Noxxa untuk buat hidangan hari Raya.. Saya kenal beliau, sama saja seperti saya yang suka masak tapi tak berapa reti masak..
Berbalik pada cerita, bila asyik dengar betapa super excited beliau dengan periuk Noxxa-nya, saya pun melontarkan segala doubt tentang periuk ini.. Beliau berjaya menjawab segala pertanyaan saya dan meyakinkan saya bahawa periuk Noxxa dapat mengatasi segala isu yang saya hadapi.. dari situ saya semakin yakin dan teruja untuk memiliki periuk tersebut.
Periuk Noxxa |
Sehari selepas terima periuk Noxxa, masakan pertama saya buat Nasi Goreng periuk Noxxa. Biasa bila masak nasi goreng, kita perlu masak nasi terlebih dahulu, tunggu nasi sejuk baru boleh masak nasi goreng.. Sangat leceh dan lambat okay.. Berbeza bila kita guna periuk Noxxa.. Saya sangat teruja bila masak dengan hanya masukkan beras bukan dengan nasi kerana proses memasak periuk Noxxa menggunakan tekanan tinggi..
Nasi Goreng periuk Noxxa |
Inilah hasilnya gais (guys)! Cantik hasil kejadian Nasi Goreng periuk Noxxa.. Beras yang dimasukkan tadi menjadi nasi yang elok, tak terlebih air dan just nice.. Paling penting masa masak hanya 7 minit sahaja..
Nasi ayam periuk Noxxa |
Hari kedua, walaupun badan penat balik dari pejabat tapi semangat ingin memasak sejak ada periuk Noxxa memang luar biasa.. Sampai sahaja di rumah terus capai bahan-bahan untuk masak nasi ayam.. Percaya atau tidak, inilah pertama kali saya masak nasi ayam. Tentulah percaya bila terhasilnya nasi ayam ini walaupun tak semenggah sangat.
Ayam goreng |
Sementara tunggu nasi masak di periuk Noxxa, saya goreng ayam, masak sup dan sediakan bahan-bahan ulam, tak sampai 10 minit nasi ayam siap! Tak perlu tunggu nasi masak sebab periuk Noxxa ni ada fungsi keep warm bila tempoh memasak tamat. Ini fakta bukan auta sebab ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri betapa periuk Noxxa mampu menjimatkan masa memasak.
Ulam |
Jika dibandingkan dengan cara biasa memang ambil masa lama.. Guna periuk Noxxa terbukti jimat banyak masa.. Begitu juga dengan masa mengemas juga lebih mudah sebab hanya menggunakan 1 periuk sahaja.. Periuk Noxxa ni tak perlu sental beriya sangat sebab ianya dibuat dari bahan anti-lekat, hanya cuci dengan sabun pencuci pinggan mangkuk dan keringkan..
Frankly speaking memang terasa perubahan bila ada periuk Noxxa.. Saya mula masak di rumah selepas hari bekerja, berbanding sebelum ini membeli lauk atau makan di luar. Semuanya kerana faktor masa dan persediaan bahan-bahan masakan yang rumit. Resepi masakan menggunakan periuk Noxxa juga mudah, boleh didapati di social media.
Alhamdulillah sekarang urusan memasak bukan satu masalah besar dengan kemudahan periuk Noxxa.. Okay setakat ini sahaja perkongsian keterujaan saya tentang periuk Noxxa ini untuk diabadikan di blog ini..
Thank you for reading..
Regards,
0 Comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!