SELAMAT HARI MERDEKA ke-65 | MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Sambutan kemerdekaan negara kita tahun ini disambut dengan meriah. Mana tidak, setelah beberapa tahun negara kita tidak menganjurkan sebarang aktiviti sambutan kemerdekaan secara besar-besaran akibat Covid-19, tahun ini seluruh rakyat Malaysia dapat menyambutnya kembali..

Perarakan di Dataran Merdeka begitu sinonim dengan sambutan Merdeka setiap tahun.. Jika tiada perarakan agak kurang lengkap sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. 

Semarak Merdeka

Semasa pulang dari bercuti di Penang, saya singgah di Hentian Tapah, secara tak sengaja saya terpandang satu sudut yang diberi nama Semarak Merdeka mempamerkan gambar tokoh-tokoh kemerdekaan di samping latarbelakang dan sumbangan mereka kepada negara.

Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Saya tumpang bangga dengan usaha serta kesederaan pihak PLUS mengenai sambutan Hari Kebangsaan ini.. Ia sedikit sebanyak membuka mata generasi kini serta orang luar tentang semangat dan pengorbanan serta sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan tersebut kepada negara. 

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia..


Regards,

Tagged: ,

0 Comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!