MENJAMU SELERA DI LAGENDA CAFE, PENANG | Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menjamu selera semasa bercuti di Penang tempoh hari iaitu di sebuah cafe bernama Lagenda Cafe. Bab makan memang manjadi satu masalah kepada saya apabila bercuti ke negeri lain walaupun Penang begitu popular dengan nasi kandar dan tempat makan viral. Memandangkan pihak hotel tidak menyediakan makanan tengah hari, jadi saya sekeluarga perlu mencari makanan di luar. Saya prefer ke George Town kerana mungkin banyak pilihan makanan di sana. 

Cafe ini saya 'kenal' secara tak sengaja ketika browse di Google mencari tempat makan Melayu menarik di  Pulau Pinang. Hasil carian menyenaraikan beberapa kafe dan restoren antaranya Lagenda Cafe. 

Lagenda Cafe Penang


Untuk pengetahuan restoran ini memberi penghormatan kepada allahyarham Tan Sri P. Ramlee (1929-1973), pelakon, pengarah, penyanyi dan komposer legenda yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Kemasyhuran Tan Sri P. Ramlee bermula dari kampung halamannya di George Town sebelum Malaysia merdeka. 

Menu makanan di Lagenda Cafe merupakan masakan Melayu dan Indonesia. Terdapat juga hidangan masakan Barat tetapi digabungkan dengan rempah ratus tempatan. 

Lagenda Cafe

Untuk pengetahuan Restoran ini memberi penghormatan kepada mendiang P. Ramlee (1929-1973), pelakon, pengarah, penyanyi dan komposer legenda yang tidak dapat dipertikaikan. Kemasyhuran P. Ramlee bermula dari kampung halamannya yang sederhana di George Town sebelum Malaysia merdeka. Sememangnya, jalan di mana tempat kelahirannya terletak sejak itu telah dinamakan semula sebagai Jalan P. Ramlee - sebagai menghormati sumbangannya kepada negara.

Lagenda Cafe Penang

Hiasan dalaman yang selesa, gabungan perabot dan lukisan lama menjadikan kafe ini menarik ketika pengunjung menjamu selera ditambah pula kakitangan yang mesra. Mana tidak alas meja yang digunakan juga dari kain batik.

Lagenda Cafe Penang

Okay sekarang tiba masa saya perkenalkan juadah yang saya pesan. 

Deep Fried Mozarella - RM22.00

Pilihan makanan pertama ialah Deep Fried Mozarella. Ini merupakan hidangan barat bersama sos seakan sambal dengan rasa pedas manis.


Ayam Percik Madu Tiga - RM24.00

Satu lagi pilihan yang memuaskan ialah Ayam Percik Madu Tiga, di mana ayam perap panggang dengan kuah kacang dihidangkan bersama nasi kuning, jelatah, kerabu taugeh dan keropok sayur. . Di sekeliling pinggan nasi kunyit yang dihiasi dengan hiasan lobak merah dan salad serta ulaman. Nama makanan di sini juga mengikut tajuk filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 

Hidangan berikut ialah crispy chicken chop. Ayam crispy sedap, tak muak dan tak berminyak dimakan bersama sos barbeque dan coleslow.


Crispy Chicken Chop - RM22.00

Set berikut ialah Ikan Bakar Pancha Delima dihidang bersama sup dan lauk di mana sos / sambal kerabu telur, jelatah, air asam, sambal colek pedas, cili padi, timun dan keropok sayur diletakkan dalam berkas berbentuk congkak kayu. Sorry set congkak tiada dalam gambar. Nasi untuk set ini dari beras yang direndam bunga telang berwarna biru dibalut dengan daun pisang untuk memastikan ia sentiasa lembap dan hangat. Sorry set congkak kayu tiada dalam gambar.

Ikan Bakar Pancha Delima - RM26.00

Seterusnya saya pesan Gado-Gado iaitu makanan popular dari Indonesia sebagai appetizer. Ianya seperti rojak di Malaysia tetapi bezanya bahan-bahan terdiri daripada keropok sayur, nasi himpit, sayur-sayuran yang dicelur seperti kangkung, kacang buncis, taugeh dan disertakan bahan-bahan goreng seperti kentang, tauhu, tempe, cucur udang serta telur rebus, sengkuang dan hirisan timun diletakkan asing dalam dulang ketika dihidang. 

Gado-Gado - RM24.00

Semua bahan-bahan tadi dimakan bersama kuah kacang.. Ikut selera masing-masing sama ada cicah atau tuang kuah kacang tersebut atas pinggan dan gaul rata. Kuah kacang rasa sedikit pedas tetapi sesuai digabungkan bersama bahan-bahan tadi.

Makanan tiada dalam gambar : Nasi Goreng Bujang Lapok - RM20.00 dihidang bersama telur goreng, keropok sayur, sate ayam, sambal istimewa dan ikan bilis. 

Ais Kacang Astaka - RM8.00

Kafe ini menawarkan senarai minuman yang lengkap dengan jus segar, mocktail, minuman ringan, teh ais istimewa, bermacam jenis kopi dan minuman lain yang menyegarkan. Sambil menghirup minuman penghilang dahaga, nikmatilah alunan merdu P. Ramlee yang akan menenangkan fikiran dan jiwa anda dengan mudah.

Ais Kacang Astaka berperisa sirap rose campur susu cair, biji selasih, susu pekat, kiub epal, tembikai, nanas dan nata de coco. Taburan kacang tanah hancur terasa kerangupan. Memang sedap! Entah kenapa bab minuman saya hanya sempat ambil gambar ais kacang ini. Langsung terlupa minuman yang lain atau mungkin minuman lain dah biasa iaitu fresh orange dan jus apple, harga RM9.00 setiap satu. Caj perkhidmatan RM16.40 total RM180.40.

Okay akhir kata, jika anda melawat George Town dan ingin suasana santai, Lagenda Café adalah pilihan yang ideal. Overall pemilihan kafe ini bertepatan dengan citarasa keluarga saya. 


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Tagged: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!