Capturing What Everyday Life Brings..

  • Weekend Getaway

    Embracing the magic of the weekend and letting go of worries..

  • Hobbies

    Hobbies are great distractions from the worries and troubles that plague daily living..

  • Financial Planning

    "Beware of little expenses. A small leak will sink a great ship.” – Benjamin Franklin

  • Fashion

    Style is a reflection of your attitude and your personality..

  • Planner

    My latest addiction is decorating, organizing and planning my planner..

Marhaban Ya Ramadan 1444H - Selamat Berpuasa 2023

MARHABAN YA RAMADAN 1444H - SELAMAT BERPUASA 2023 | Hari ini, 23 Mac 2023 tarikh bermula kita berpuasa.. Syukur kepada Illahi kerana tahun ini kita masih dipertemukan lagi dengan bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan. Ramadan Mubarak, bulan yang diberkati.

Ramadan Mubarak 1444H

Jika di Johor, hari ini merupakan cuti umum sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Memandangkan saya bukan di Johor, jadi hari ini saya ambil cuti untuk merasai Ramadan vibes hari pertama.. Sebelum ini tak pernah saya ambil cuti di awal bulan Ramadan, ini kali pertama.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca, rakan bloggers.. Semoga bulan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum.. Diampuni segala dosa, diterima amal ibadah kita, aminn yra..


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Share:

Ragam Permulaan Persekolahan Sesi 2023 / 2024

RAGAM PERMULAAN PERSEKOLAHAN SESI 2023 / 2024 | Bila tiba pembukaan sesi persekolahan tentu ianya suatu debaran kepada ibubapa terutama yang mempunyai anak tahun 1 atau tingkatan 1. Tentu ada sahaja ragam anak-anak yang akan menjadi kenangan ibubapa.. Al-maklum hari ini hari pertama sekolah dibuka untuk sesi 2023 / 2024.

Sesi Akademik 2023/2024

Kenangan sewaktu Arief darjah 1 memang tak dapat saya lupa. Anak saya sejenis independent, saya hanya hantar dia di depan pagar sekolah. Takde sesi tunggu anak dalam bilik darjah atau sesi airmata.. Semua berjalan lancar, cuma bila saya ambil dia selepas habis waktu sekolah, dia mengadu beg hilang! Aduhai masalah besar ni.. Kesian dia, berpeluh-peluh cari beg sekeliling kantin dengan cuaca panas dan masih belum familiar dengan persekitaran sekolah baru.

"Macam mana beg boleh hilang?" soal saya.. "Arief letak beg kat kerusi masa beli makanan tadi. Bila sampai meja, beg hilang.."

Masa tu tak tahu nak kata apa.. Marah tak guna sebab perkara dah berlaku.. Cuma kesian risau dia trauma sebab segala buku latihan dan buku teks dalam tu hilang sedangkan baru hari pertama sekolah. Saya berserah saja, kalau ada rezeki jumpalah nanti. Alhamdulillah keesokan hari, beg dapat dijumpai di belakang tandas kantin. Ada pelajar sorok.. Lega, selesai masalah, memang menduga betul masa tu.. Itulah kenangan yang sudah 9 tahun berlalu.. 

Tahun ni anak saya Arief, Tingkatan 3.. Semua dia urus sendiri, role saya hanya memastikan segala kelengkapannya seperti buku dan pakaian sekolah semua sedia selebihnya dia pandai buat sendiri (seperti balut buku, kemas beg, cuci pakaian, seterika pakaian etc.) so takde la saya stress sangat. Tahun ni dia sesi pagi.. Seawal 7.00 pagi perlu siap sedia.. Sekolah pula tak jauh dari rumah, so dia jalan kaki pergi dan balik sekolah.. 

Syukur persiapan pagi ini berjalan lancar, tiba-tiba saya sedar kunci rumah tertinggal di kerusi, haish! Satu hal pula lunch hour perlu bergegas pulang ke rumah semata-mata untuk serah kunci rumah. Mujur jarak rumah dari pejabat saya hanya 15 minit sahaja.. Alahai anak, mungkin ada gundah-gulana dalam hatinya (yang mana saya tak tahu..) Mungkin masih kekok memulakan sesi pagi..

Bagaimana pula dengan mommy dan daddy yang lain?.. Share sikit cerita tentang persediaan anak-anak anda, tentu ada kenangan tersendiri.. 


Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,




Share:

Cara Beli Rumah Subsale - Part 2

CARA BELI RUMAH SUBSALE - PART 2 | Ini adalah bahagian kedua perkongsian mengenai Cara Beli Rumah Subsale. Umum mengetahui bahawa membeli rumah subsale tidak selalunya mudah dan boleh menjadi agak mencabar pada masa-masa tertentu, tetapi dengan sedikit pengetahuan dan bantuan daripada ejen hartanah yang berpengalaman, anda boleh menjimatkan wang.

Serahan kunci rumah


Walau bagaimanapun, ia tidak perlu rumit. Agent hartanah berdaftar dan berpengalaman ini telah membahagikan proses membeli rumah subsale supaya anda boleh memahami dengan lebih baik cara proses ini berfungsi, serta perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum memulakan carian rumah idaman anda.

Jadi untuk tips seterusnya saya kongsi di sini:

6. Anggaran bila dapat kunci

Anggaran bila dapat kunci pun kita mesti tahu, supaya kita lebih bersedia bila nak mula installment nanti. Kebiasaannya, kalau loan bank, ambil masa dalam 4 hingga 6 bulan. Andai kata anda dapat kunci bulan 5, installment akan bermula 1 atau 2 bulan daripada tarikh dapat kunci. Maksudnya, mungkin bulan 3 atau bulan 4 installment sudah bermula. Satu atau 2 bulan lebih awal daripada dapat kunci.

7. Tanya agent, kenapa rumah dah bayar installment tapi masih tak dapat kunci lagi. 

Ini penting, supaya tak bergaduh dan salah faham kemudian nanti. Bermasam muka tanpa sebab yang kita sendiri tak boleh nak kawal.

Pembeli mula installment lebih awal sebab proses jual beli rumah masih lagi tidak selesai, tapi bank sudah mula keluarkan duit bayar kepada pinjaman rumah pemilik hartanah. Proses jual beli rumah masih lagi tidak selesai adalah di bahagian geran rumah, maksudnya geran rumah nama anda masih lagi tak ditukar nama di pejabat tanah.

Kalau nak saya bagi contoh, lebih kurang begini.
Katakan anda beli rumah RM300K dan katakan, pemilik rumah masih lagi berhutang RM200K. Untuk 1st disburse, atau pun 1 atau 2 bulan sebelum dapat kunci tadi, bank pinjaman yang anda buat akan release RM200K ini dahulu terus masuk ke dalam bank loan pemilik rumah.

Itu sebab installment anda sudah bermula, sebab bank dah mula keluarkan duit RM200K. RM200K ni boleh jadi installment anda akan bermula separuh sahaja dahulu, sebab belum release sepenuhnya. Biasanya bulan seterusnya, baru bank akan release lagi RM100K untuk cukupkan RM300K.

Andai kata bulan 5 bermula installment anda, jadi bulan 6 sepatutnya installment anda akan mula dibayar penuh seperti yang dijanjikan dalam Letter of Offer. Letter of Offer adalah perjanjian bila permohonan pinjaman anda sudah lulus. Banker akan minta anda datang untuk sesi signing Letter of Offer.

Dalam Letter of Offer ini juga ada diberitahu berkenaan dengan MRTT. Andai kata agent hartanah terlupa, anda tanya banker sama ada MRTT cover penuh atau tidak.

Berbalik kepada proses tukar nama dalam geran di Pejabat Tanah tadi.
Semasa permohonan untuk tukar nama dalam geran rumah, lawyer perlu sediakan at least 3 document utama kalau tak silap saya. Salah satunya ialah jumlah RM200K dan RM100K yang sudah langsai. Ini bukti bahawa pemilik rumah lama, sudah langsung tiada hak lagi dengan rumah ini.

Bila pejabat tanah nampak bukti bank peminjam rumah dah bayar RM300K, barulah geran rumah boleh ditukar nama. Itu sebab saya cakap, kes masih lagi tak selesai. Kena selesaikan hutang lama dan harga owner dahulu, baru boleh tukar nama di pejabat tanah.

8. Dan bila dah dapat kunci, apa seterusnya?

Ini pun selalu juga berlaku masalah bila pembeli dapat kunci terus bawa masuk perabot dan hidup seperti biasa di rumah baru. Tunggu dulu sebab masih lagi ada urusan yang masih belum selesai iaitu anda kena daftar dan buka akaun di 5 tempat berikut:

1. Bil api, TNB
2. Bil Air
3. Cukai tanah
4. Cukai pintu
5. Indah water

Ada yang kata, sepatutnya 5 perkara ini lawyer yang kena buat. Salah!

Lawyer memang tak buat sebab bil api dan bil air perlukan cagaran. Seelok-eloknya pembeli rumah yang buat, supaya pembeli tu alert 5 kos ini bila beli rumah bukan sekadar bayar installment sahaja.
Lagipun, kalau minta lawyer buat, nanti depa charge transport, takut kita yang tak puas hati pula. So lebih baik anda buat sendiri, anda pun akan lebih alert akan kos kos ni malah kebanyakkan agensi berkenaan memerlukan pemilik rumah berurusan terus dengan mereka.
 
Pernah berlaku sepanjang saya jual rumah, ada juga pemilik rumah yang langsung tak tengok kos cukai pintu dan cukai tanah. Lastnya bila nak jual rumah, takut ada yang bising sebab kiraan rumah tak sama seperti yang agent hartanah kira berapa yang anda dapat sebab kos-kos seperti cukai tanah dan cukai pintu ini, perlu dilangsaikan sepenuhnya sebelum penyerahan kunci rumah. Jadi bila pemilik rumah tak bayar, lawyer akan tolak daripada untung bersih jualan rumah.

9. Pengalaman sebagai Agent Hartanah 

Sebenarnya, bila kita beli rumah sub-sale, memang ia sangat bergantung kepada kredibility agent hartanah. Agent hartanah-lah yang menguruskan semuanya. Kita terpaksa percayakan mereka (saya) ni 100% supaya kita dapat beli rumah dengan proses yang lancar.

Apa yang boleh kita lakukan, kalau agent hartanah itu pun kita baru kenal semalam, tambahan pula dia bukan saudara mara, kita tak tahu pun perangai dia macam mana, kita pun tak tahu rumah di mana, memang susah untuk kita percaya bulat-bulat. 

Itu sebab kita perlu ada ilmu. Jangan terus percaya dan beli. Macam saya cakapkan di atas tadi, kita boleh pastikan semua perkara di atas tadi sebelum kita buat booking. Jangan terlampau tergesa gesa.

Cara mengetahui kredibiliti Agent Hartanah
Antara cara yang boleh kita gunakan untuk pastikan kredibiliti agent hartanah itu bagus atau sebaliknya ialah dengan melihat rekod urusan dan aktivitinya di social media seperti Facebook. Mungkin ada Facebook profile atau pun Facebook pages yang mencatatkan segala urusannya sebelum ini.

Untuk saya sendiri, saya memang tak aktif dengan Facebook profile. Hanya Facebook Pages dan website sahaja. Anda boleh google Shaffizan Property untuk ke website atau pun ke Facebook Pages saya. Saya gunakan nama yang sama.

10. Minta agent jelaskan kenapa kes dapat kunci boleh jadi terlalu lama. 

Untuk saya sendiri, kes yang paling lama saya uruskan ialah di Flat Butterworth Pulau Pinang. Kes rumah teres di Tasek Gelugor Pulau Pinang pun boleh tahan juga lamanya. Kes rumah di Tasek Gelugor, ambil masa yang lama kemungkinan besar disebabkan ada 2 masalah. Pertama ialah consent, dan kedua disebabkan kes ini berlaku masa kita tengah dilanda Covid teruk.

Pejabat tanah tutup, jadi kes tak dapat nak diteruskan.
Berkenaan dengan consent, memang area Seberang Perai ini ada sesetengah kawasan yang ada consent. Consent ini maksudnya adalah sekatan. Sekatan yang diperlukan untuk lawyer minta pengesahan untuk menjual dahulu, baru lawyer boleh teruskan process seterusnya.

Kalau di Perlis pun pernah berlaku pada saya juga. Kes yang macam ini yang kita perlukan lebih masa kerana ia bergantung kepada pihak pengurusan kerajaan, bukannya lawyer. Lawyer pun terpaksa ikut speed yang pihak pegawai pengurusan kerajaan buatkan.

Kalau kes saya di Flat Butterworth Pulau Pinang, kes ni ada 3 jenis consent. Kalau saya masih ingat lagi, sekatan pertama sebab owner masih lagi tak tukar nama geran rumah kepada nama sendiri, walaupun taraf strata sudah pun dapat beberapa lama tahun yang sudah. 

Maksudnya, lawyer terpaksa contact balik developer projek rumah yang dah 40 tahun dibina itu semula. Kedua, sekatan sebab alamat rumah, dengan alamat di Majlis Pulau Pinang yang berbeza. Dalam rekod MPP alamat lain, dalam Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) pemilik rumah pula lain. At the end, pembeli yang tak dapat tukar hak milik sebab alamat dan butiran lain mesti SAMA SEPENUHNYA.

Serupa juga bila anda nak keluarkan duit KWSP untuk pembelian rumah, bila pegawai KWSP itu tengok, rekod di Majlis dan S&P punyai format alamat berbeza. Mereka pun tak benarkan proses keluar duit KWSP diteruskan, walaupun beza nombor untuk alamat itu adalah No. atau NO sekalipun.
Akhir sekali ialah sekatan proses tukar hak milik daripada SUK Penang. Ini yang paling lama. 
End up, kes ini selesai selepas hampir 1 tahun setengah.

Mujur, lawyer yang uruskan kes ni bertanggungjawab dan komited, tengah malam pun dia reply saya. Kalau tidak bukan lawyer sahaja, saya pun terseksa juga nak menjawab dengan owner.

Saya biada berurusan dengan 2 lawyer sejak 2018 bermula ketika saya mula menjadi agent hartanah iaitu Tetuan Mohd. Anuar & Co. di Sungai Petani dan juga Tetuan Ram Reza di Perda. Kredibility yang tak patut disangkal lagi. 

Baiklah, itu sahaja. Saya harap perkongsian saya ini, memudahkan anda untuk beli rumah. 
Ingat, cuba belajar proses jual beli rumah. Ia bukan susah mana pun, cuma kita tak pernah tahu sahaja. Dan bila kita tahu, pasti kita akan lebih faham dan lebih berhati hati. Semoga anda dapat rumah yang diidamkan dengan urusan yang lancar.


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Share:

Cara Beli Rumah Subsale - Part 1

CARA BELI RUMAH SUBSALE - PART 1 | Membeli rumah adalah keputusan utama dan boleh menjejaskan masa depan kewangan anda. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu rumit. Agent hartanah berdaftar dan berpengalaman ini telah membahagikan proses membeli rumah sub-sale supaya anda boleh memahami dengan lebih baik cara proses ini berfungsi, serta perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum memulakan carian rumah idaman anda.

Cara beli rumah subsale

Bila kita beli rumah, sememangnya ia bukan suatu perkara yang mudah. Tambah lagi bila rumah ni memang kita beli sekali sahaja seumur hidup. Lebih membimbangkan, dengan tindakan kita yang sekali inilah, kalau tersilap langkah, terpaksa pula kita tanggung sampai 35 tahun. 

Setelah hampir 5 tahun saya dalam bidang hartanah, macam-macam cerita saya dengar berlaku, antaranya:

1. Agent tipu, loan tak lulus tapi tak nak refund booking, di Selangor
2. Lawyer uruskan rumah, sampai 2 tahun tak dapat kunci lagi, rasanya di Penang
3. Installment bank dah start, tapi kunci rumah tak dapat lagi
4. Agent tipu market value di Selangor
5. Kes lawyer larikan duit di Kulim, Kedah
6. Kes waris terpaksa cover hutang rumah si mati.

dan macam-macam lagi. 

Disebabkan itu, rasanya elok juga saya kongsikan 10 perkara yang anda kena pastikan sebelum buat keputusan beli rumah atau bayar deposit pada agent hartanah.

Suka saya ingatkan juga, perkongsian ini adalah untuk rumah 2nd hand atau subsale sahaja, kalau rumah under construction atau rumah baru, penilaian kita akan sedikit berbeza.

10 perkara tersebut ialah:

1. Full refund jika loan tak lulus, atau loan bank tak dapat penuh
2. Minta agent quote dahulu harga lawyer fee kalau anda nak confirm
3. Pastikan market value rumah yang nak dibeli pada paras yang betul
4. Kalau rumah bawah sikit dari market value adalah lebih baik
5. Insurance MRTT cover penuh dalam loan
6. Anggaran bila dapat kunci
7. Tanya agent, kenapa rumah dah bayar installment tapi masih lagi tak dapat kunci
8. Dan bila dah dapat kunci, apa seterusnya
9. Pengalaman agent hartanah
10. Minta agent jelaskan kenapa kes dapat kunci boleh jadi terlalu lama.

Sekali lagi saya nak ingatkan, 10 perkara di atas, bukannya pilih 1 atau 5 untuk anda apply. Sebaiknya semua perkara ini mesti dipastikan dahulu sebelum anda bayar duit deposit pada agent hartanah.

Kita pergi ke point yang pertama.

1. Full refund jika loan tak lulus, atau loan tak dapat penuh.

Ini yang paling parah, dalam tempoh kita Covid teruk antara tahun 2020 hingga 2021 yang lepas, memang tersangat ramai pembeli yang dalam proses jual beli rumah terpaksa ambil keputusan untuk cancel beli rumah. Di atas sebab kilang atau tempat kerja mereka yang mungkin terpaksa cut gaji, atau lebih teruk lagi jika ada pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja.

Refund bila beli rumah ini kebiasaannya ada dua keadaan sahaja. Pertama, sebab loan tak lulus, atau kedua, harga rumah yang dijual pada harga RM300K, tapi loan hanya lepas  RM280K sahaja. Ini bermaksud pembeli perlu top-up lagi RM20K. Sebenarnya keadaan ini pun boleh full deposit boleh dipulangkan.

Dan keadaan ketiga, ada keadaan yang kadang-kadang kita sendiri tak sangka, iaitu diberhentikan kerja atau mungkin company muflis. 

Ini pun pernah berlaku, dan jika ini berlaku, lebih baik agent pulangkan sahaja deposit, biar pembeli cari kerja lain dahulu. Mungkin kalau ada rezeki lain, boleh beli dengan agent sama semula. Full refund ini sepatutnya ada tertulis di dalam booking form, anda kena minta agent hartanah tunjukkan mana satu ayat yang mengatakan boleh refund. Ini sangat penting, sebab ramai yang dah terkena dan bila beritahu saya, memang tiada apa yang boleh saya bantu sebab ia bukan kes saya.

2. Minta agent quote dahulu harga lawyer fee kalau anda nak confirm

Kos lawyer fee adalah kos yang paling ditakuti dan yang paling dibenci oleh semua orang, tapi percayalah kos lawyer fee adalah kos yang paling banyak berlaku salah faham. Mungkin sebab rasanya macam mahal. 

Tapi hakikatnya, mahal ni mungkin sebab kita tak biasa dengar. Itu sebab kita rasa macam mahal.
Bila kita tentukan lawyer untuk ambil kes kita, janganlah tengok pada harga murah sahaja, sebab ada sahaja kes lawyer yang sailang duit. Bermaksud lawyer ini akan bawa lari duit yang mereka uruskan.
Dan bila ia berlaku, memang kita ternganga.

Ini pernah berlaku, sangat penting juga untuk tanyakan pada agent, adakah dia sudah biasa dengan lawyer sekian sekian. Sepatutnya, lawyer itu pun tiada masalah untuk quote-kan harga supaya anda pun tak terkejut sangat nanti.

Kos lawyer fee ni, kalau memang boleh bayar cash, tiada masalah. Tapi kalau tak boleh, atau nak jimat, anda boleh bayar separuh sahaja. Lagi separuh masuk dalam loan. Masuk semua pun boleh, mengikut kuota kelayakan pembeli dan jenis bank juga. Kalau anda boleh pastikan awal-awal, bila loan lulus nanti, insyaAllah proses seterusnya akan lebih clean gitu.

Apa-apa pun, semuanya boleh dibincangkan dengan agent hartanah, sebab itu adanya agent hartanah. Agent hartanah ini pemudah cara, sebab kami ni uruskan kes jual rumah setiap hari, setiap bulan, bertahun tahun.

3. Pastikan market value rumah yang nak dibeli pada paras yang betul

Sebenarnya, bila beli rumah, harga yang diletakkan adalah bergantung kepada market value. Market value adalah harga pasaran yang ditentukan oleh pihak valuer. Bukan bank, bukan agent, bukan pemilik hartanah. Ia mesti daripada valuer.

Valuer ini juga, mesti yang bergerak sendirian, bukannya berat sebelah pada bank. Contoh, katakan valuer cakap harga rumah itu adalah RM300K. Yang paling cantik, rumah itu dijual dengan harga 290K, atau 280K, lagi rendah lagi bagus. 

Bermaksud, pembeli boleh markup RM10K atau RM20K untuk cover lawyer fee. Tapi katakan penjual, atau pemilik rumah nak jual lebih, dengan alasan dia sudah renovate banyak, mungkin RM330K. Adakah boleh terjual? Boleh juga, bermaksud, loan sampai 300K sahaja di bank. Tapi anda kena top-up lagi RM30K.

Tapi ada juga kes, yang bank boleh up lagi harga RM330K. Bermaksud, anda sebenarnya telah beli RM30K daripada harga sepatutnya. Perkara ini anda boleh pastikan sendiri, di brick ataupun dengan valuer sendiri. Walaupun kerjanya agak leceh, sebab saya sendiri bila jadi agent hartanah, agak susah nak deal dengan pembeli yang nak market value sendiri.

Tapi sebenarnya, memang ada agent hartanah yang ‘buat taik’. At least anda tahu, dan bila ia berlaku, dan anda rasakan macam harga itu mahal, anda pun tak berpuas hati dengan keadaan rumah, mungkin terpaksa juga untuk semak market value sendiri.

4. Kalau rumah bawah sikit dari market value adalah lebih baik

Ya ini betul. Bayangkan, kalau kita nak simpan RM20K. Katakan kita simpan RM1,000 sebulan, satu tahun, baru RM12,000, dua tahun, baru RM24,000.. Kiranya hampir 2 tahun juga nak kumpul RM20K, itu pun kalau kita berjaya kumpul, kalau tiba-tiba kereta kita breakdown, atau tiba-tiba ada masalah lain, atau kita sendiri yang tak dapat kawal kumpul RM1,000 setiap bulan pula bagaimana?

Kadang itu mungkin terpaksa atau lebih elok kita mark-up sahaja. Lagipun, RM10,000 mark-up, hanya tambah RM40 ke RM60 sahaja sebulan. Apa-apa pun, tepuk dada tanya diri sendiri. Mana yang lebih, sebaiknya agent hartanah bertindak sebagai pencetus idea untuk anda beli hartanah juga, bukan semata mata menjual dan mereka dapat komisen. 

5. Insurance MRTT cover penuh dalam loan

Bila kita buat apa-apa pinjaman, baik pinjaman rumah, personal loan, kereta mahupun motor, pasti ada kos insurance. Rumah juga begitu, ia disebut MRTT. Insurance rumah, ada dua, MRTT dan MLTT.
MLTT kita kongsi kemudian, sekarang kita nak cerita tentang MRTT sahaja dahulu di sini.

MRTT ni kebiasaannya boleh masuk dalam loan, bermaksud anda tak perlu top-up duit lain dan kebiasaannya juga kos MRTT ialah 5% daripada harga rumah. Andai kata, semasa buat pinjaman umur anda anggaran 30 tahun. Kalau umur dah 35 atau 40 tahun, anggaran 5% untuk kos MRTT akan tidak valid lagi sebab kos MRTT akan naik, ikut kepada umur dan kerja anda.

So kalau harga rumah RM300K, kemungkinan MRTT dalam RM15K. Total loan anda ialah RM315K.
Tapi ada kemungkinan, loan anda RM300K, MRTT RM30K, sepatutnya total pinjaman anda ialah RM330K. Tapi hanya RM15K sahaja boleh masuk dalam loan, baki RM15K anda perlu top-up duit sendiri. 

Jika ini berlaku, bermaksud, insurance loan tak cover penuh.

Boleh jadi pinjaman total 300K, tapi insurance hanya cover 200K sahaja
mungkin pinjaman selama 35 tahun, tapi insurance selama 20 tahun sahaja. 

Dan katakan selepas 20 tahun buat pinjaman, jika ada apa apa berlaku, memang waris yang akan terpaksa bersusah payah membayar hutang yang tinggal. Bukan sedikit juga tu.. Apa-apa pun, anda kena pastikan perkara ini dengan agent hartanah. Tapi ikut pengalaman saya, perkara ini susah untuk dijangka kerana bukan agent yang buat keputusan, bukan juga banker yang buat keputusan sebaliknya dari pihak ibupejabat. Apa-apa pun, anda kena bincang dengan agent hartanah untuk keputusan, keadaan mana lebih baik.

Kebiasaannya, bila pembeli itu sudah cecah umur 40 tahun ke atas, memang insurance tak cover penuh. Bermaksud, anda kena top-up sikit duit kalau nak dapat coverage penuh.

Adakah ini rugi? Bergantung kepada tujuan dan keadaan anda juga. Kalau memang seperti kes rumah saya di Changlun, Kedah, memang tiada masalah untuk client saya terima loan tak cover penuh, sebab dia hanya bercadang untuk duduk rumah itu dalam 10 tahun sahaja dan akan jual semula kemudian hari, sebelum pencen.

Apa-apa pun, kena bincang dengan agent hartanah, pendekatan mana yang lebih baik. Percayalah, agent hartanah seperti kami ni tiada basic, tiada elaun. Semuanya semata-mata income daripada kes yang berjaya diselesaikan sampai dapat kunci. Bermaksud, nak tak nak, memang agent itu akan bersusah payah untuk bantu anda.

Ini baru sebahagian sahaja, kita sambung bahagian 2 dalam post akan datang.. 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca yang sedang mencari rumah atau ingin menambah pendapatan sampingan melalui jual-beli rumah. 



Regards,

Share:

Kaitan Belanjawan 2023 & Program Rahmah

KAITAN BELANJAWAN 2023  & PROGRAM RAHMAH | Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi mengenai satu article yang baru saya baca di Sinar Harian.. Tajuk article ini ialah "Antara Kenaikan Gaji dan Gaya Hidup". Basically article tersebut menyatakan bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu tidak menyatakan mengenai kenaikan gaji kepada penjawat awam disebabkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar. 

Saya bukan penjawat awam, tapi saya bekerja di sektor swasta. Sebenarnya bukan sahaja penjawat awam yang terjejas, malah pekerja di sektor swasta juga menghadapi masalah sama apabila tidak mendapat kenaikan gaji disebabkan majikan juga bergelut dengan cabaran ekonomi.

Belanjawan 2023

Walaupun begitu, Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion ada menyediakan imbuhan secara tidak langsung kepada penjawat awam, antaranya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM700 dan RM350 buat pesara, serta subsidi yuran taska RM180 sebulan sedikit sebanyak ‘mengubat luka’ mereka.

Penjawat awam perlu menerima hakikat situasi kewangan semasa kerajaan walaupun terpaksa berdepan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup tinggi. Menurut Perdana Menteri, sekiranya gaji penjawat awam dinaikkan, perbelanjaan kerajaan akan menjadi defisit daripada 5.6 peratus kepada 6.5 peratus, sedangkan pada masa ini hutang negara sudah mencecah RM1.5 trilion.

Penjelasan Anwar berhubung isu gaji itu diterima Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dengan hati yang terbuka. Presidennya, Datuk Adnan Mat tetap memberi jaminan penjawat awam akan terus menyokong dasar kepimpinan kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Masalah ekonomi

Oleh kerana itu, rancangan penyelesaian jangka pendek dengan memperbanyakkan program-program membantu rakyat perlu diteruskan dan diperluaskan. Dengan adanya program berkonsepkan ‘Rahmah’ yang meletakkan kumpulan sasaran sebenar, tidak mustahil usaha kerajaan membantu masyarakat dapat dicapai dalam jangka pendek tanpa perlu melalui kenaikan gaji.

Kopi hipster

Bagaimanapun, usaha kerajaan ini tidak akan berhasil sekiranya rakyat Malaysia sendiri enggan mengubah gaya hidup mereka.

Jika selama ini banyak menghabiskan duit menikmati hidangan di restoran mewah atau kedai kopi hipster, apa salahnya bermula sekarang, ambil peluang menjamu selera menu rahmah pula. Tolak tepi gaya hidup mewah dan manfaatkan gaji untuk perkara penting terlebih dahulu.

Masalahnya di Negeri Sembilan ini menu Rahmah masih belum meluas. Jika menu Rahmah dapat membantu rakyat sangat dialu-alukan supaya pengusaha makanan boleh sama-sama menjayakan agenda kerajaan ini. 

Bila saya baca article ini terdetik hati untuk mengurus semula perancangan kewangan saya supaya lebih berkesan. Nampaknya selepas ini terpaksa cut-off perbelanjaan tak penting focus on needs not wants dan kurang membeli kopi hipster kegemaran. Bagaimana pula anda? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. 


Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Petikan article Sinar Harian


Regards,

Share:

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews