Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts
PESAN ARWAH AYAH | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Terima kasih kepada sahabat bloggers sudi singgah di sini.. Thanks for all the encouraging words.. Di sini tempat saya bercerita dan berkongsi suka duka kehidupan.. 

Today telling some stories yang membuka mata hati.. Life sangat busy. Lately penat mental (penat fizikal masih boleh tolerate lagi) - itulah yang selalu melanda saya sejak kebelakangan ini.. Ia juga satu ujian kepada saya di usia begini.. Melihat ragam kehidupan dengan mata hati.. Di sebalik kesulitan yang dihadapi, tidak lupa untuk saya sentiasa memanjatkan kesyukuran ke atas Illahi di atas kurniaanNya setiap hari, alhamdulillah..

Dikelilingi pelbagai karenah manusia yang merasa seperti hidup seribu tahun lagi, saya selalu teringat pesan arwah ayah yang saya panggil abah.. 

"Hidup kita kalau tak mampu menyenangkan orang lain, jangan menyusahkan orang." - pesan arwah.

Pesan Arwah Ayah

Abang long saya selalu dibebelnya dan pesanan ini juga kepada anak-anak yang lain.. Itulah yang arwah amalkan sehingga sebelum akhir hayatnya, beliau berdoa dan bersedia supaya nyawanya diambil kerana baginya dia tak dapat memanfaatkan hidupnya kepada orang lain dan paling penting dia tidak mahu menyusahkan waris yang menjaganya ketika sakit. Doa abah termakbul akhirnya.

Al-Fatihah buat Arwah Abah..Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Semoga roh Abah ditempatkan bersama-sama para solihin dan kita semua berkumpul di syurga nanti..aamiin yra 

Okay readers, selamat menikmati hari minggu, nanti kita cerita lagi. Salam dan doa buat semua :-)


Regards,

I’M BACK! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Akhirnya saya kembali semula ke dunia blogging setelah hampir 3 bulan sunyi sepi tanpa sebarang post di sini.. Haishhhh panjang ceritanya. Okay I’ll try to keep it short..

The struggle is part of the story 


My last post was on April 2023.. Ketika itu saya sedang sibuk menyiapkan assignments untuk 4 subjects semester akhir pengajian saya iaitu Hazard Management, Industrial Relations, Compensation Management dan Strategic Management. Semua subject tersebut agak mencabar kerana perlu diselesaikan dalam tempoh 4 bulan termasuk hadir ke kelas, tutorial, research and assignment. Saya pula sejenis suka meletakkan expectation tinggi untuk score setiap subject. Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang buat sesuatu pastikan bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik. Kalau tak berjaya itu semua di luar kemampuan kita, asalkan kita berusaha. Selebihnya doa dan tawakkal.

Selain sibuk study, keadaan di pejabat pula agak mengganggu emosi disebabkan rumours melibatkan diri saya hingga menimbulkan perasaan risau dan agak down juga ketika itu.


Bukan itu sahaja, sesiapa yang mengikuti blog ini pasti tahu saya juga part-time Unit Trust Consultant. Sebagai seorang UTC saya perlu peka dengan keadaan ekonomi semasa di samping bertanggungjawab memantau perjalanan naik turun unit trust clients saya. Pada jam 8.00 malam setiap minggu perlu menghadiri agency meeting dan ujian untuk memahami selok-belok pelaburan unit amanah saham yang berada di pasaran. Setiap ujian ada point yang akan diambil kira sebagai kelayakan untuk memperbaharui lesen setiap tahun. Ianya merupakan sebahagian dari rutin harian saya selepas waktu pejabat.

Bila sampai satu tahap semua berlaku serentak dan perlu dibuat dalam masa yang sama, saya jadi terlalu stressed. Oh ya, ketika itu juga hampir menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Bertambahlah perasaan stress memikirkan persiapan Hari Raya dan akhirnya saya burnout. Overthinking, tak cukup rehat, tak cukup tidur, sakit kepala itulah punca utama dan I tell you burnout is real gais.. Susah digambarkan dengan kata-kata. Bahasa budak zaman sekarang : mental koyak.. Ni bukan setakat koyak tapi koyak rabak! Menduga sungguh.. Syukurlah saya dapat kawal emosi dan survive dari terus berlarutan.. 

Apa yang saya buat? Saya bahagikan masa satu-persatu mengikut keutamaan, jangan terus fikir perkara yang merisaukan.. Mana masalah beyond my control seperti rumours di pejabat tadi, ketepikan jangan fikir! Jangan bebankan fikiran dengan perkara tak pasti. Buat perkara yang saya suka dan tidak membebankan fikiran seperti home decor, gardening and most of the time saya pergi ke my favourite restaurant, cari makanan sedap! Begitu cara saya ‘merawat’ emosi dan fikiran yang tertekan ketika itu. Tak lupa juga sokongan dari keluarga, husband and my son.

Burnout 

Saya hanya mampu ikhtiar tapi saya tak mampu menolak ketentuanNya, hari akhir bulan Ramadan saya jatuh sakit, demam teruk sampai tak boleh bangun melarat hingga Hari Raya ke-2. Syukurlah saya ada order rendang, sambal kacang dan lemang sehari sebelum raya.. So my husband just heat up saja pada pagi raya tapi kesianlah kami tak dapat sambut raya di kampung. Kenangan yang tak dapat dilupakan.. Kudrat seorang manusia ada hadnya.. Saya belajar dari pengalaman ini.

Begitulah kisahnya.. Kini jadual harian saya sudah kembali di track asal. Saya dah habis study dan keputusan peperiksaan akhir sudah pun diumumkan.. Alhamdulillah saya berjaya score A+ and A- in all subjects dengan CGPA yang memuaskan. 

Itulah sebab mengapa saya terpaksa menyepikan diri buat sementara waktu.. Rindu untuk blogging akhirnya saya kembali! Kembali juga dengan template baru untuk menaikkan semangat menulis.. Perangai ini pernah saya kongsi di post : Asyik tukar blog template..

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


BEGITU KETENTUAN ILLAHI | Selalu kita dengar peribahasa "malang tak berbau" atau erti kata lain kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya. Al-kisah minggu lepas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, saya nyaris terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan selalu berpunca dari sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab hingga mengundang musibah kepada orang lain.

Nyaris kemalangan

Kisah berlaku semasa melalui roundabout berhampiran taman perumahan saya, tiba-tiba ada sebuah lori overtook kereta saya dari arah kiri untuk ke simpang kanan sedangkan saya di laluan kanan dan sudah terlebih dahulu memberi isyarat untuk ke laluan kiri. Saya kira jarak depan kereta saya dengan body lori tersebut anggaran kurang dari setengah meter, nyaris berlanggar! Syukur alhamdulillah saya sempat brek mengejut. Berderau darah ketika itu.

Malang tak berbau

Parked saja kereta terus check manalah tahu ada kerosakan di mana-mana bahagian kereta saya. Takde rosak atau calar.. Syukur tak terkira selepas terlepas dari malapetaka yang tak diingini.. Inilah yang dikatakan akibat kecuaian orang lain, kita terlibat sama. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam seumur hidup, mencemaskan terus lekat dalam otak peristiwa ini. 

Kun Fayakun - "Jadilah, maka jadilah ia.." Begitulah ketentuan Illahi, jika Dia menghendaki sesuatu maka terjadilah ia dan begitulah sebaliknya.

Regards,


BIRTHDAY SURPRISE BOUQUET, PEMBERIAN KECIL TAPI BERMAKNA | Al-kisah terlalu serabut dan sibuk dengan proses pindah rumah minggu lalu, saya seperti tak berpijak di bumi yang nyata.. Pagi ini baru teringat birthday adik bongsu dah berlalu semalam.. I can't believe I forgot my sister 's special day. I feel bad about it, tanpa berlengah terus capai phone dan wish her happy belated birthday..

Masih tetap rasa bersalah, so I decided to send her birthday surprise bouquet. Tapi masihkah ada yang sudi ambil order last minute dan hantar dalam hari yang sama before 4.30 p.m? Just tawakkal.. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan.. Hasil pencarian, saya dapat khidmat surprise delivery dengan hanya sekali percubaan.

Surprise birthday delivery for my sister
Inilah feedback saya terima dari my adik bongsu :



Feedback
Saya kenang jasa adik bongsu ni, Allah takdirkan dia masih single (umur sekarang 34 tahun) untuk menjaga orang tua di kampung. Lately ayah saya tak sihat dan bermacam-macam ragam lagi dia perlu hadapi ditambah pula kerja hakiki sebagai Lecturer. Saya faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya tak dapat balik kampung sekerap mungkin. Adik bongsu ini harapan saya.

Walaupun begitu, kami adik-beradik sama-sama memenuhi kekurangan yang ada untuk saling bekerjasama. Bab tenaga, kewangan, perhatian dan keperluan dibahagi sama. Jadi tak hairanlah mengapa dia rasa terharu apabila mendapat penghargaan seperti itu, pemberian kecil bagi saya tapi bermakna untuk dia..



Doa saya kepada adik bongsu : Semoga diberikan kesihatan, kesabaran, dipermudahkan urusan, diluaskan pintu rezeki dan dilimpahi rahmat Illahi.. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan mendapat redha dan balasan syurga, aamiin.

Setakat ini sahaja perkongsian saya Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...