PESAN ARWAH AYAH | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Terima kasih kepada sahabat bloggers sudi singgah di sini.. Thanks for all the encouraging words.. Di sini tempat saya bercerita dan berkongsi suka duka kehidupan..
Today telling some stories yang membuka mata hati.. Life sangat busy. Lately penat mental (penat fizikal masih boleh tolerate lagi) - itulah yang selalu melanda saya sejak kebelakangan ini.. Ia juga satu ujian kepada saya di usia begini.. Melihat ragam kehidupan dengan mata hati.. Di sebalik kesulitan yang dihadapi, tidak lupa untuk saya sentiasa memanjatkan kesyukuran ke atas Illahi di atas kurniaanNya setiap hari, alhamdulillah..
Dikelilingi pelbagai karenah manusia yang merasa seperti hidup seribu tahun lagi, saya selalu teringat pesan arwah ayah yang saya panggil abah..
"Hidup kita kalau tak mampu menyenangkan orang lain, jangan menyusahkan orang." - pesan arwah.
Pesan Arwah Ayah |
Abang long saya selalu dibebelnya dan pesanan ini juga kepada anak-anak yang lain.. Itulah yang arwah amalkan sehingga sebelum akhir hayatnya, beliau berdoa dan bersedia supaya nyawanya diambil kerana baginya dia tak dapat memanfaatkan hidupnya kepada orang lain dan paling penting dia tidak mahu menyusahkan waris yang menjaganya ketika sakit. Doa abah termakbul akhirnya.
Al-Fatihah buat Arwah Abah..Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Semoga roh Abah ditempatkan bersama-sama para solihin dan kita semua berkumpul di syurga nanti..aamiin yra
Okay readers, selamat menikmati hari minggu, nanti kita cerita lagi. Salam dan doa buat semua :-)
Regards,
0 Comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!