Capturing What Everyday Life Brings..

Pemeriksaan Kesihatan di Pejabat Oleh Mawar Medical Centre Seremban

PEMERIKSAAN KESIHATAN DI PEJABAT OLEH MAWAR MEDICAL CENTRE SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah pada 3 September 2024 lalu, Mawar Medical Centre Seremban telah mengadakan pemeriksaan kesihatan di pejabat. Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan mengambil bahagian dalam pemeriksaan kesihatan ini. Saya juga tidak melepaskan peluang, al-maklum kalau harap pergi ke hospital buat medical check-up sendiri entah bila kann.. 

Pemeriksaan Kesihatan oleh Mawar Medical Centre Seremban

Pihak Mawar Medical Centre membawa teams mereka, lengkap dengan doctor and medical officers. Mereka tiba awal untuk menyiapkan segala kelengkapan. Bilik Latihan diubah menjadi ruang pemeriksaan kesihatan yang selesa. Begitu juga dengan segala peralatan yang dibawa, lengkap dan semua berjalan lancar, tidak menganggu rutin kerja kami.

Pagi itu semua officemates bersemangat untuk mengikuti aktiviti yang diadakan, ada yang tidak mengambil sarapan (which is memang perlu untuk mendapatkan bacaan sebenar..) - saya pula termakan burger pagi itu for breakfast, oopss!


Pemeriksaan Kesihatan di Pejabat

Pemeriksaan dimulakan dengan mengukur berat dan ketinggian, diikuti dengan pemeriksaan kesihatan. Saya membuat pemeriksaan asas iaitu pemeriksaan kadar gula, tekanan darah dan paras kolestrol. Pemeriksaan paras kolestrol adalah optional.. Sesiapa yang ingin membuat pemeriksaan kolestrol perlu membayar RM10.00. Semasa sesi pemeriksaan kami boleh bertanya tentang hasil pemeriksaan dan mendapat nasihat secara langsung mengenai kesihatan kita. Alhamdulillah hasil pemeriksaan kesihatan saya tidak menunjukkan sebarang petanda negative yang merisaukan, semua under control. 

Blood pressure check

Selesai pemeriksaan kesihatan, kakitangan mengikuti ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Zaihasra binti Halil @ Khalil - Consultant Physician. Banyak ilmu yang saya pelajari hasil ceramah beliau yang singkat namun comprehensive.

Dr. Zaihasra binti Halil @ Khalil - Consultant Physician

Sebelum sesi tamat, pihak Mawar Medical Centre ada memberikan cenderamata sebagai buah tangan dari mereka iaitu goodie bags yang berisi panduan kesihatan dan keterangan mengenai perkhidmatan kesihatan yang mereka tawarkan di hospital.

Secara keseluruhan, pemeriksaan kesihatan ini tidak hanya pemeriksaan secara fizikal, tetapi juga merupakan langkah penting dalam meningkatkan kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan secara menyeluruh. Terima kasih banyak kepada pihak Mawar Medical Centre atas inisiatif dan pendekatan seperti ini, kami semua merasa lebih terinspirasi untuk menjaga kesihatan dan mula melakukan langkah awal menuju gaya hidup yang lebih sihat terutama bab menjaga pemakanan.

Begitulah serba sedikit mengenai pemeriksaan kesihatan yang diadakan di pejabat oleh Mawar Medical Centre Seremban. Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada rakan bloggers untuk membuat pemeriksaan kesihatan untuk gaya hidup lebih sihat. 

Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,

Share:

9 comments:

  1. Saya dah lama pula tak periksa med check . Dulu saat masih kerja rutin, Krn dicover oleh company. Skr dah resign, lupa langsung 🤭😅. Memang penting rutin medcheck kan, apalagi saya yg sudah msuk usia 40 😅. Dah setahun sekali harusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan fanny, at least do a medical check-up once a year untuk follow up our health condition right..

      Delete
  2. memang bagus buat pemeriksaan kesihatn ni at least sthn sekali. kalau ada apa2 masalah boleh dptkan rawatan dgn segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikla.. Risau sekarang penyakit tak kira usia..

      Delete
  3. Alhamdulillah semua ok, under control.

    ReplyDelete
  4. wahh, untungla ada full screening kat opis cik kak LZ., mesti percuma kann., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki, haruslah percuma Wak, hehehe

      Delete
  5. Bagusnya aktiviti mcm ni dibuat di pejabat. Kadang2 pekerja terlalu sibuk sampai mengabaikan kesihatan dan tak pergi buat medical checkup. Dari sini kalau ada markers yg tak normal, boleh la alert staff untuk pergi dapatkan medical intervention sepatutnya.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews