TRIP SEHARI KE CENTRAL MARKET DAN KLCC | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Baru-baru ini, saya berpeluang menghabiskan masa bersama Arief menaiki KTM Komuter dari Seremban ke Kuala Lumpur. Destinasi utama kami adalah KLCC dan Pasar Seni, tetapi perjalanan ini tidak lengkap tanpa beberapa hentian lain. Kata orang, sambil menyelam minum air..
|
KTM Komuter Seremban |
Kami bertolak lebih kurang 11.15 pagi dari Seremban. KTM Komuter banyak perubahan sekarang, tidak seperti dulu. Perjalanan dengan komuter sangat selesa dan santai, sambil berpeluang menikmati pemandangan di luar bandar.
|
Nu Sentral |
Setelah lebih kurang 55 minit perjalanan, kami tiba di KL Sentral. Kami singgah di Nu Sentral for brunch, lapar sebab belum breakfast pagi itu sebelum meneruskan perjalanan.. I had my brunch at Secret Recipe. Semasa saya menikmati Vietnamese Beef Noodle manakala Arief pesan chicken lasagna, kami bersembang tentang destinasi ingin dituju. Kami sepakat ke KLCC terlebih dahulu, kemudian ke Pasar Seni. Dah lama benar si Arief request ke Pasar Seni sebab memang dia tak pernah jejak langsung ke sana.
Di KLCC just sightseeing, persinggahan wajib di Kinokuniya. Saya ingin membeli buku nota for my journaling selain mencari accessory for my Traveler's Notebook.
|
Suria KLCC |
Puas hati bila apa yang saya inginkan ada di depan mata.. Banyak pilihan warna Leuchtturm 1917, rambang mata memilih warna idaman padahal isi buku semua sama.. Malas fikir panjang terus ambil warna mint green..
|
Leuchtturm1917 notebook |
Setelah ke Kinokuniya, kami singgah di Bape Store dan MCM.. Di MCM sekadar melihat koleksi terkini dan kebetulan saya ingin mencari wallet. Malangnya tiada wallet yang berkenan di hati tetapi hati terpaut ke mini backpack yang berada di rak.
|
MCM KLCC |
Padahal sebelum itu janji tak membeli tapi tetiba terbeli juga akhirnya, X-Mini Stark Studs Backpack.. Seronok balik bergaya dengan beg baru, terus hilang penat.
|
My MCM Mini Stark Studd Backpack |
Selepas ke KLCC, kami menaiki LRT menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Seni. Lama sungguh saya tak menjejakkan kaki ke sini, banyak juga perubahan sekitar kawasan ini.
|
Pasar Seni or Central Market |
The Malaysia Merak, merak gergasi di luar Pasar Seni..
|
Merak di Pasar Seni |
Bersebelahan bangunan Pasar Seni terdapat open market dengan booths yang menjual pelbagai kraftangan.
|
Pasar Seni |
Melangkah kaki masuk ke Pasar Seni, ramai pengunjung ketika itu. Mungkin itulah kebiasaan pengunjung Pasar Seni. Suasana di Pasar Seni sangat berbeza dari KLCC, dengan budaya dan seni tempatan yang dipamerkan di setiap sudut. Kami melihat pelbagai gerai yang menjual barangan kraftangan, lukisan dan cenderamata yang unik.
|
Ground Floor Pasar Seni |
|
Booths di Pasar Seni |
|
First Floor |
|
Baju batik dan produk tempatan |
|
The Coconut Shop |
|
Kedai Makanan Ringan |
|
Kedai kraftangan |
|
Kedai cenderamata |
|
Kedai Cenderamata |
|
Stamps for travelers |
Overall banyak cenderamata dan kraftangan Malaysia yang unik terdapat di Pasar Seni.. Selepas ke Pasar Seni kami meneruskan perjalanan pulang.
|
Laluan Kasturi |
Bila melalui kawasan ini teringat ketika saya pulang ke Muar menaiki bus di Hentian Puduraya, kenangan lebih 20 tahun lalu.. Inilah laluan yang sering digunakan.
|
Hotel budget |
Kawasan ini tidak lagi usang seperti sebelum ini..
|
Papan tanda jalan |
Berjalan kaki dari LRT Pasar Seni ke kawasan sekitar juga selesa dengan ruang khas pejalan kaki. Kawasan persekitaran juga bersih, jauh berbeza di zaman 90-an ketika saya kerap menggunakan laluan ini. Trip kali ini tak sempat memperkenalkan Arief dengan Petaling Street.
|
KTM Komuter dari KL Sentral |
Bertolak dari KL Sentral sekitar pukul 5.30 petang dan tiba di stesen Seremban lebih kurang pukul 6.55 petang.. Secara keseluruhan, perjalanan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga penuh dengan pengalaman baru untuk Arief.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
setengah hari je tripnya...kalau Linda mau sehari...hihihi...tapi seronok, boleh rehat2 dalam train
ReplyDeleteMengenangkan jauh perjalanan dengan public transport terpaksa balik awal, selain kaki ku sudah sakit.. hehehehe
DeleteSelalu tertinggal post LZ sbb blom alert lagi dgn nama blog ni sejak tukar nama.
ReplyDeletePuduraya dah lama tak pegi. Skg takut nak naik bas ekspress sensorang klu nk blk kg. Pelik lah, dulu zmn ank dara steady je. 😂
Itulah masalah LZ sekarang Kak Hjh.. Sahabat bloggers lama tak kenal sejak blog bertukar nama..
DeleteKenangan di Puduraya memang tersemat dalam ingatan.. Ya sekarang tak sama dengan dulu.. Sekarang bahaya ada di mana-mana..
Kalo KLCC saya rutin datangi tiap ke KL. Tapi pasar seni terakhir kesana 2018 😄😄. Dengan teman2. Dah lama sangat. Jadi rindu juga cari souvenirs .penjualnya ramah2, saat kami datang, banyak diksh diskount. Mungkin juga Krn kami beli banyak 😄
ReplyDeleteNext visit mungkin Fanny boleh revisit Pasar Seni sebab sudah banyak perubahan.. LZ as a Malaysian pun rasa terkejut dengan perubahan Pasar Seni berbanding dahulu.
DeleteLama saya tidak jejak Pasar Seni. Beza betul.
ReplyDeleteYa NA, sangat berbeza.. Dulu seperti pepatah hidup segan mati tak mahu tapi sekarang diperbaharui dengan sentuhan moden.
Delete