Showing posts with label My cats. Show all posts
Showing posts with label My cats. Show all posts
KENZO DALAM KENANGAN | Ketika post ini ditaip, saya masih lagi dalam kesedihan.. Siapa ada kucing, fahamlah perasaan ini.. Malam ini malam ke-3 Kenzo tiada malah saya published cerita ini pada masa yang sama ketika dia sedang nazak hingga menghembuskan nafas terakhir, pada 9.10.2024 jam 10.25 malam.. 

Post kali ini saya ingin berkongsi kisah tentang Kenzo, kucing tabby oren yang menjadi sebahagian penting dalam hidup saya sekeluarga. Nama Kenzo saya ambil sempena nama jenama terkenal, Kenzo Takada, satu nama yang elegan dan istimewa, seperti dirinya. Kenzo datang dalam hidup kami sekeluarga setelah sesat dan hampir dilanggar ketika husband sedang reverse kereta di porch. Seekor kucing ceria dan penuh kasih sayang sehingga kami sekeluarga memanggilnya Adik instead of Kenzo. Kehilangannya akibat dijangkiti Feline Upper Respiratory Disease (FURD) amat menyakitkan.

Kenzo dalam kenangan

Walaupun saya mempunyai 6 ekor kucing lain tapi setiap dari mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan Kenzo, seekor kucing paling manja dan tak pernah bawa masalah. Namun, semuanya berubah apabila Kenzo mula menunjukkan tanda-tanda sakit sejak Disember 2022, on-off hingga Ogos 2023. Saya segera membawanya ke doktor haiwan, dan di situlah saya dapat tahu bahawa Kenzo telah dijangkiti FURD. Penyakit ini biasanya menyerang saluran pernafasan kucing, menyebabkan simptom seperti selesema yang teruk. 


Sejak itu tahap kesihatannya tak stabil sehinggalah pada 8.10.2024 lalu.. Dia kelihatan lemah, nafasnya berat, dan seleranya hilang. Walaupun saya telah berusaha sedaya upaya untuk merawatnya, Kenzo akhirnya tidak dapat bertahan.
 
Siang tadi bila klinik bertanya khabar, airmata berjurai tak dapat saya kawal kesedihan..

In memory of Kenzo

Rasa kehilangan ini amat berat. Walaupun masih ada 6 ekor kucing lain tapi ianya tak lengkap tanpa Kenzo. 

Berdamai dengan takdir

Walaupun Kenzo sudah tiada, kenangan bersamanya akan terus kekal hidup dalam hati kami sekeluarga. Kami akan selalu mengingat saat-saat indah bersamanya, dari saat pertama dia datang dalam hidup kami hingga ke hari terakhir kami bersama. Ketiadaan Kenzo telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup saya lebih-lebih lagi dia kucing pertama yang pergi meninggalkan kami.

Rest in peace Kenzo (26.6.2022 - 9.10.2024)

Kepada sesiapa yang pernah merasakan kehilangan seperti ini, saya faham kesakitan yang dialami. Haiwan peliharaan bukan sekadar haiwan; mereka adalah sebahagian dari ahli keluarga, sahabat, dan sumber kegembiraan dalam hidup kita. Kenzo mungkin telah pergi, tetapi kenangan manis tentangnya akan terus hidup bersama-sama saya sekeluarga, selamanya.
My mind knows you are in a better place, 
where there is no pain.
You are at peace. 
I understand that, I just wish I could explain that to my heart.
Terima kasih, Kenzo, kerana pernah hadir dalam hidup kami membawa keceriaan. 
Selamat tinggal Adik, tenanglah di sana..


Regards,

WEEKEND UPDATE - HANYA RUTIN BIASA | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.. How are you doing? It’s been awhile since my last post.. Hari ini sementara masih mengadap komputer tercetus idea untuk update blog, at least ada cerita baru ingin diabadikan walaupun sekadar rambling..

Tengok weather forecast hari ini di Seremban mungkin hujan tapi pagi ini cerah.. Sementara matahari masih menunjukkan sinar, tanpa berlengah lagi seawal pagi cuci pakaian dan sidai di ampaian luar dengan harapan pakaian akan kering dengan sempurna.. 

Selesai breakfast terus mengadap computer to go through module semester akhir. Jadual semester akhir dah keluar, so kena arrange masa dan tulis dalam planner supaya tak miss class or any important dates.

My planner year 2023
Let me introduce, this is my planner for year 2023. Planner tahun ini berkonsep all in one planner iaitu planner untuk kerja dan peribadi termasuk my study plan and all my investment courses yang saya perlu hadiri. Untuk bercerita tentang planner dengan lebih lanjut lagi, saya buat satu post khas next time for planner review. Apa kata kita sambung tentang cerita rutin hujung minggu..

Study

Untuk pengetahuan, semester akhir ini saya perlu tamatkan 4 subjects iaitu Industrial Relations, Compensation Management, Strategic Management dan Hazard Management dalam tempoh 3 bulan. Final exam will be scheduled on April 2023. 

Print module

Hari ini saya focus on module to familiarize isi kandung subjects tersebut dan kemudian print semua module for my reference.. Al-maklum sis old school, tambahan pula kategori visual person so terpaksa guna hard copy untuk mentelaah and at the same time boleh jot down atas buku itu nanti supaya mudah faham dan ingat.. Printer pula manual, agak menguji kesabaran sikit..

Ini pula cerita semalam hari Sabtu, saya set-up my cat room.. Semua kucing saya 8 ekor fully indoor cats, jadi banyak masa di dalam rumah. Hujung minggu atau sesekali saya akan letak mereka di villa luar rumah. Kucing saya tak biasa keluar merayau sejak lahir, paling kurang hanya bebas di porch dengan pengawasan maksimum. Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi di mana kawasan kejiranan saya tak mesra kucing di samping banyak anjing liar so agak bahaya membiarkan kucing berkeliaran. Risiko kucing hilang atau menjadi mangsa anjing liar sangatlah tinggi. 

My indoor cat room

Jadi atas dasar untuk keselesaan mereka, saya perlu sediakan satu ruang khas buat mereka. Kebetulan ada sebuah bilik kosong di tingkat atas, saya setup sebagai cat room. Sesuai dengan pencahayaan dan ruang yang besar untuk mereka bebas berkeliaran di dalam bilik selain seluruh rumah. Saya tak biarkan mereka terkurung dalam bilik ini kecuali pada sebelah malam sahaja.

Related post : Kesayangan hamba

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai hujung minggu dengan rutin biasa.. Bagi seorang pekerja, pelajar dan ibu seperti saya, hujung minggu adalah waktu yang sangat berharga untuk meluangkan masa membuat apa sahaja yang saya suka bersama keluarga.. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya tak berkongsi cerita dalam blog ini.. Hari ini ada cerita baru ingin dikongsi kerana ianya pengalaman baru pada diri saya sejak membela kucing.. 

Al-kisah tentang Coco Chanel (panggilan Coco) si kucing baka Siam mendatang yang saya bela sejak 5 bulan lalu tiba-tiba buas. Ianya sesuatu yang mengejutkan saya.. Untuk pengetahuan, minggu lepas saya hantar ke klinik memandangkan dia on heat.. Suara dia bergema satu taman.. Lepas spay maka bermulalah perangai dia yang semakin mengganas.. Sebelum ni dia memang suka bergurau kasar dengan cara menggigit jari saya.

Siamese cat


Dipendekkan cerita selepas keluar dari wad, saya terpaksa asingkan dia dari kawan-kawan lain atas arahan doktor sementara luka jahitan kering. Jadi malam kelmarin, saya cuba bermanja dengannya memandangkan kasihan dia mengiow meminta perhatian. 

Sedang saya mengusap kepala dan bermanja dengannya tiba-tiba dia meronta. Dia ingin melepaskan diri dari tangan saya, tak semena-mena tangan saya digigit sekuat hati. Cengkaman giginya tak mahu lepas hingga saya terpaksa mengibas tangan dengan kuat hingga dia terpelanting. Darah memancut tak henti-henti keluar dari luka di tangan saya.. Saya panik! 

RAWATAN AWAL

Saya tadah tangan di bawah air yang mengalir hingga kulit kecut. Kemudian saya tekap dengan tuala bersih. Saya segera basuh luka dengan sabun antiseptik. Bila darah mula berhenti mengalir, saya sapu dengan betadine antiseptic. Kemudian saya tampal dengan plaster luka untuk mengelakkan darah dari terus keluar.

Memandangkan gigitan tersebut berlaku pada pukul 11.00 malam, maka saya mengambil keputusan untuk ke klinik pada keesokan harinya. Keesokan harinya apabila bangun dari tidur saya dapati tangan saya bengkak.. Plaster luka juga basah dipenuhi darah..


Hari pertama selepas digigit kucing

SUNTIKAN VAKSIN TETANUS

Selepas waktu kerja, saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.. Melalui pembacaan, selepas digigit kucing, rawatan ke klinik perlu dibuat dalam tempoh 24 hingga 48 jam.. Doktor memberitahu bahawa luka bekas gigitan tersebut sudah dijangkiti kuman dan mula merebak.. Saya mulai risau, bimbang luka saya semakin teruk.. Doktor menyarankan supaya saya diberikan suntikan vaksin tetanus untuk mengelakkan kancing gigi. Selain itu saya diberi ubat untuk membantu pemulihan luka yang dialami.

Ubat merawat bengkak akibat gigitan kucing

Hari ini genap hari kedua, walaupun bengkak masih belum surut dan masih merah tapi saya lega setelah mendapatkan rawatan di klinik.. Saya hanya perlu memantau luka tersebut dan makan ubat mengikut nasihat doktor.


Hari kedua luka gigitan kucing

Pengalaman ini betul-betul buat saya trauma untuk memegang Coco dalam masa terdekat.. Saya masih terasa bisa gigitannya.. Ianya sesuatu yang mengerikan..


Inilah Coco 

Betullah kata orang, kucing ni makhluk yang sangat memahami perasaan kita.. Sejak kejadian itu, Coco langsung tak berani tegur saya. Dia tak berani bertentang mata dengan saya. Dia hanya memandang saya melalui ekor matanya (seperti dalam gambar).. Mungkin masing-masing trauma..

Kasihan pun ada tapi tunggulah Mummy reda dari trauma baru boleh bermanja dengan Coco semula okay..  



Regards,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Pembaca yang mengikuti blog saya tentu tahu, sebelum ini saya pernah cerita tentang kegigihan saya sejak PKP melanda iaitu project home decor yang bertemakan Scandinavian atau Bohemian.. Tapi sejak membela indoor cats pertengahan Mac lalu, tugas-tugas decor juga terpaksa mengambil kira kesesuaian meletakkan cat litter box dalam rumah dengan mengekalkan kebersihan, pasir mudah dibersihkan, tiada bau melampau dan paling penting mudah digunakan oleh kedua-dua kucing saya nanti. 

Sebelum ni, saya dah beli pelbagai jenis litter box secara trial and error dengan harapan memudahkan kerja tapi semua tak mengikut kehendak saya.. Ianya kurang practical untuk diletakkan dalam rumah.

Berikut antara litter box pernah saya cuba :

Catit SmartShift Cat Litter Box

Walaupun mudah dibersihkan tetapi litter box jenis ini tak sesuai kerana saiz yang agak besar dan tinggi. 

Catit SmarShift Cat Litter Box

Tak puas hati dengan catit SmartShift saya beli litter box baru, semi-auto tapi langsung tak practical. Pasir mudah berterabur. Saya tak guna langsung litter box hijau ni. Jika dilihat dari gambar, bukan sahaja litter box tapi saya beli macam-macam accessories si bulus.. Akhirnya semua simpan dalam storage box. 

Semi-automatic Quick Cleaning Cat Litter Box

Bila guna macam-macam litter box kaedah trial and error, saya dapati agak kurang sesuai dan tidak sopan jika litter box dalam rumah dibiarkan terdedah walaupun telah dibersihkan namun pasti mengundang rasa geli kepada tetamu sebab saya juga antara seorang penggeli so I can feel it. Jadi sebagai persediaan jika tetamu datang ke rumah maka hal ini perlu saya pertimbangkan dari sekarang..

Dari situ timbulllah idea untuk membuat cat litter box versi tersorok dari pandangan umum dan secara tidak langsung ianya nampak seperti sebahagian dari perabot rumah.. Maka saya mulakan dengan membuat online research untuk mencari sumber rujukan terbaik bagi menghasilkan hidden cat litter box tersebut. Bila dapat gambaran saya hasilkan versi saya sendiri.

White wooden cabinet 

Pencarian dimulakan dengan membeli almari yang mempunyai saiz sesuai dengan kotak litter box tersebut. White wooden cabinet ini saya beli di Shoppe berharga RM112.80. Saiz almari 60cm panjang x 33cm lebar x 70cm tinggi. Ini adalah ukuran yang sesuai.. Saya pilih almari ini kerana saiz yang lebar berbanding almari lain. Sesuai diletakkan di tepi sliding door, kucing dapat berdiri di dalamnya tanpa perlu merangkak.  Material kayu kukuh dengan permukaan licin dapat mengelakkan kesan cakar. Apa yang penting rupa tak sepadan dengan harga, dah la cantik, murah pula, warna putih memang memenuhi konsep decor rumah saya.

Fluffy sebagai model cabinet cat litter box

Sebelum selesai pasang, tebuk lubang di bahagian sisi almari. Saiz lubang ikut anggaran saiz badan kucing. Bab tebuk lubang almari dan pasang semua hasil collaboration with my husband... Kemudian, beli heavy duty storage box jenis kecil tapi tinggi supaya pasir tak mudah selerak paling penting sesuai dengan saiz kucing. Saya pilih jenis beroda supaya mudah kerja membersihkan litter box itu nanti. Selesai semua masa untuk set-up bahagian dalam.

Abaikan segala kotoran dan habuk dalam gambar ni sebab gambar diambil semasa saya membersihkan litter box..

Heavy duty storage box

Tebuk bahagian penutup atas, biarkan separuh supaya kucing boleh bernafas dengan selesa dan bebas bergerak manakala sebahagian penutup buat lubang kecil. Bila kucing lalu dari atas, sisa pasir akan jatuh dan masuk semua ke dalam litter box. Selain itu, kucing boleh keluar dari bahagian atas atau terus keluar ikut lubang di bahagian depan litter box. 

Heavy duty storage box

Bila siap tebuk storage box tersebut, saya letak rechargeable LED light motion sensor menggunakan USB cable supaya jimat tenaga berbanding menggunakan bateri. Lampu ini berharga RM10.50 sahaja.

USB Rechargeable LED Night Light Motion Sensor

Kelebihan lampu LED ni akan menyala apabila terdapat pergerakkan ketika kucing masuk dan sepanjang kucing menggunakan litter box tersebut. Saya juga boleh laras tempoh nyalaan lampu tersebut. Jadi keadaan dalam almari takde la gelap gelita. 

USB Rechargeable LED Night Light Motion Sensor

Selesai pasang lampu, jangan lupa pasang bahan yang boleh membasmi bau. Saya pilih jenis Catit Magic Blue Cartridge. Sejak memelihara kucing kebanyakkan accessory si bulus saya jenama ini, saya suka dengan jenama Catit sebab macam-macam accessory kucing. 

Catit Magic Blue Cartridge.

Jadi untuk memastikan tiada bau yang kurang menyenangkan, saya letak Catit Magic Blue Cartridge berharga sekitar RM36.00. Fungsi cartridge ini selain menyerap bau busuk ia juga menyerap gas ammonia yang dibebaskan ke udara dari najis kucing. 

Hanya buka pelekat dan tampal

Penggunaan catit Magic Blue Cartridge ni mudah sahaja, hanya buka pelekat dan tampal di bahagian dalam kabinet. Saya letak bertentangan lampu. Untuk pengetahuan Catit Magic Blue cover dan refill dijual berasingan.

DIY Hidden Cat Litter Box

Beginilah hasil DIY Cabinet Turned Hidden Cat Litter Box dalam rumah saya dengan budget tak lebih dari RM200.00 sahaja. Oh ya, jangan lupa letak alas yang boleh memerangkap sisa pasir dari tapak kaki kucing di bahagian kaki almari. Kalau tidak pasir berselerak di lantai.

Buat masa ini almari litter box ini saya letak di tepi sliding door supaya memudahkan kerja-kerja pembersihan setiap hari pada waktu pagi dan petang. Akan datang mungkin ia akan beralih ke tempat lain mengikut kesesuaian..

Untuk pengetahuan, atas almari litter box ini juga tempat kegemaran si Chloe tidur dan lepak. Jadi saya letak alas di situ supaya dia tidur dengan selesa. Tengoklah gelagat si Chloe :

Si Chloe


Itu sahaja cerita tentang DIY Cabinet Turned Hidden Cat Litter Box.. Future plan mungkin cari almari dan storage box lebih besar sikit bergantung kepada keadaan semasa.. 

Ini saya tunjuk pula wajah terkini si bulus saya:

 
Okay, sekian sahaja perkongsian saya kali ini..  Terima kasih sudi singgah.. Jangan lupa tinggalkan komen anda untuk kunjung balas.



Regards,

Alahai kucing oh kucing.. Sejak hadirnya Chloe & Fluffy dalam hidup sis, terasa ada ahli baru dalam keluarga. Tak henti-henti otak ini memikirkan tentang kucing mengalahkan ada anak kecil! Banyak betul perubahan drastik pada saya. Antaranya, sekarang bila shopping di Shopee bukan cari barang sendiri, tapi lebih kepada mencari barang kucing. Tak sangka hebat betul penangan membela kucing ni..

Betullah kata orang, kita tak pernah lalui memang susah untuk zahirkan perasaan sayang kepada kucing. Tak kenal maka tak cinta.. Dulu selalu tanya office mate terutama Mrs. A tentang macam mana feeling bela kucing? So sekarang tahu sendiri macam mana perasaan itu.. 

Adorable cat

Untuk pengetahuan, saya sekarang dalam fasa mencari makanan kering yang sesuai untuk kucing indoor saya bernama Chloe dan Fluffy. 

Jadi antara jenama makanan kering (kibbles) kucing pernah saya cuba seperti berikut:

1. Royal Canin Kitten
Pencinta kucing kata makanan jenama Royal Canin dalam kategori premium kibbles untuk kucing kayangan.. So tentulah saya cuba yang terbaik dulu. Al-maklum fur-mom newbie konon, pilih yang good-good saja.. Malangnya tak serasi, bulu banyak gugur. 

Royal Canin Kitten

Chloe and Fluffy suka kibbles jenama Royal Canin tapi so-so, tak beriya sangat mereka makan.. Kadang-kadang makan pun tak habis.

2. IAMS Proactive Health
Selepas 1 pek Royal Canin Kitten hampir habis, saya selang seli dengan kibbles jenama IAMS sebab officemate saya syorkan jenama ini. Kucing adik dia memang makan IAMS dan takde masalah kesihatan.

IAMS Proactive Health

So saya pun cuba beri Chole & Fluffy makan kibbles jenama IAMS Proactive Health. Saya baca label memang agak yakin dengan pilihan kali ini.. Lepas habis 1 paket warna purple untuk kitten terus beli 3 paket lagi dengan jenis yang berbeza, pendek kata punyalah fur-mom ni gelojoh sampai standby ke usia dewasa. Mujur expiry date lambat. 

Si bulus makan IAMS bulu pun tak banyak gugur.  Anak bulus suka jenama IAMS ni tapi tuan bulus tak tahan dengan bau. Bau kibbles tu sendiri bau kucing semerbak dalam rumah, apa lagi bau poop mereka. Saya dan seisi rumah tak tahan bau. So terpaksa ikhtiar kibbles lain.. Sorry anak bulus..

3. PowerCat
Maka bertukarlah ke PowerCat sebab teruja dengan status halal dan bahan-bahan yang dinyatakan hanya mengandungi ikan segar & ramuan asli. Paling penting, tanpa garam kerana melalui pembacaan saya, makanan kucing yang mempunyai garam atau lebih garam boleh menyebabkan batu karang.

PowerCat Fresh Ocean Fish

Saya pilih PowerCat jenis ikan laut segar disebabkan anak bulus saya mengalami masalah bulu gugur. Masalah bulu gugur elok beri kibbles ikan sebab kaya dengan protein untuk tumbesaran dan omega asli 3 & 6 untuk masalah bulu serta mencantikkan bulu kucing.

Powercat Ikan Laut Segar

Kibbles kali ini kurang digemari oleh Chloe & Fluffy sebab keras. Saya tengok mereka mengunyah kibbles ini sangatlah hazab. Pejam-pejam mata menahan keras. Saya pernah letak sedikit air untuk bagi kibbles lembut tetapi langsung tak dijamah. Saya paksa juga, tapi kasihan.. Akhirnya tak habis sampai bersemut. Maka untuk elak pembaziran, saya selang-seli kibbles PowerCat dengan kibbles lain.

4. Blackwood
Pencarian masih diteruskan.. Kali ini cuba pula kibbles jenama Blackwood iaitu Indoor Formula Cat Food. Chloe & Fluffy suka sangat kibbles ni. Saiz Blackwood kibbles juga kecil dan bentuk seperti bintang, mudah rapuh.

Blackwood Indoor Formula Cat Food

Blackwood kibbles tak busuk dan cat poop pun tak bau. I vote for this kibbles. Malangnya hanya ada hidangan ayam dan beras. Ada sesetengah vet mengatakan kucing tak elok makan makanan manusia seperti ramuan beras walaupun setelah diproses. Resepi dalam kibbles jenis Blackwood hanya ada ayam sebagai sumber protein, takde sumber omega 3 & 6 untuk atasi masalah bulu apatah lagi mencantikan bulu.

Walaupun begitu, saya tetap maintain dengan Blackwood kibbles ni, sementara mencari kibbles lain yang boleh merawat masalah bulu gugur.

5. MISHA meow meow
Pencarian kibbles seterusnya, jatuh cinta dengan jenama MISHA meow meow sebab ramuan dalam kibbles ni seperti PowerCat, agak menyakinkan dengan kandungan makanan kucing yang lengkap dan seimbang.

MISHA meow meow

Tambahan pula tiada garam tambahan dan tiada pewarna tiruan. Ada 32% sumber protein dan omega 3 & 6, perfect! So sebagai permulaan beli repack 1 kg.. Bagi makan Chloe & Fluffy, reaksi mereka macam suka sebab sekali hidang cepat habis! Habis pek kecil terus beli pek 8kg, sekali lagi menunjukkan sikap fur-mom gelojoh, konon dah jumpa kibbles yang serasi dengan anak bulus. 

Hurmmmm tak sampai 3 kali hidangan dari pek baru, mereka dah jemu. Saya tuang kibbles ni dalam bowls makanan mereka, langsung tak excited. Mereka sekadar singgah ambil bau. Lain sungguh penerimaan mereka. Tak sama seperti ketika saya memberi mereka makan IAMS dan Blackwood kibbles, belum tuang dah standby.

Kibbles elok tapi mereka pula tak suka.. Hurrrmmm buat masa ini saya put aside. Last try, jenama lain pula..

6. Equilibrio Kitten
Next, saya cuba kibbles jenama Equilibrio sebab saya pernah baca kibbles jenama ini antara kibbles terbaik. Itu antara testimonial dari pencinta kucing yang dah bela berpuluh ekor kucing.

Equilibrio repack kibbles

Maka saya pun cuba beli Equilibrio kibbles repack dulu. Konon beli 2 pek untuk si Chloe yang masih kitten dan 2 pek adult untuk si Fluffy yang sedang meningkat dewasa. Hasil pemerhatian saya mereka suka kibbles jenama ni. Makan agak banyak juga, tak berbau dan poop mereka pun okay.

Equilibrio 

FINALLY..
Saya buat keputusan untuk kekal dengan kibbles jenama Blackwood, MISHA dan Equilibrio. Kombinasi 3 jenama ini mereka selera makan, kibbles tak berbau, cat poop takde masalah dan tiada masalah bulu banyak gugur. Buat masa ini saya tak bercadang untuk beri mereka makan wet food.

Inilah si bulus kesayangan hamba.. 
Semasa gambar ini diambil, mereka sedang berselera makan kibbles jenama IAMS campur Equilibrio..

Fluffy and Chloe

Mereka sudah masuk 4 bulan bersama saya.. Fluffy berusia 9 bulan manakala Chloe berusia 7 bulan. Saya pantau kesihatan mereka closely. Kedua-duanya sudah lengkap vaksin dan spay. Si Chloe agak kurus, she was spayed last week, dalam proses sembuh while Fluffy spayed semasa umur 7 bulan pada awal April lalu.. 

Chloe and Fluffy

Happy me, riang rasa dihati bila kucing berselara makan dan sihat.. 

Almari ajaib


Amboi, si Chloe ber-posing depan almari dia.. Nak tahu apa isi almari itu?  Itulah almari mengisi segala keperluan barang si bulus. Nampak di luar kemas, tapi di dalam, jangan terkejut......

Almari selerak

Bagai membuka pekong sendiri bila saya tunjuk isi almari berselerak - malu.. Segala macam barang kucing.. ada cat toys, kibbles, shampoo, nail clipper, sikat bulu kucing, bekas makanan, tuala mandi, lint roller, plastik litter box dan macam-macam, semua sumbat dalam alamari itu.. So jangan terpedaya dengan kecantikan luaran sahaja, hehehehe

Sampai masanya nanti saya akan organize almari ini.. Saya pun tak suka berselerak begitu, semak mata memandang.

Related post : Kucing dan kesedihan.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Jika ada antara pembaca bela kucing, boleh share makanan jenis apa kucing anda makan.. Pembaca yang takde kucing pun boleh komen dan berikan pendapat anda.. Thank you for reading.
Byeeeee... Wasalam.


Regards,