Capturing What Everyday Life Brings..

Kenzo Dalam Kenangan: Cerita Perpisahan

KENZO DALAM KENANGAN | Ketika post ini ditaip, saya masih lagi dalam kesedihan.. Siapa ada kucing, fahamlah perasaan ini.. Malam ini malam ke-3 Kenzo tiada malah saya published cerita ini pada masa yang sama ketika dia sedang nazak hingga menghembuskan nafas terakhir, pada 9.10.2024 jam 10.25 malam.. 

Post kali ini saya ingin berkongsi kisah tentang Kenzo, kucing tabby oren yang menjadi sebahagian penting dalam hidup saya sekeluarga. Nama Kenzo saya ambil sempena nama jenama terkenal, Kenzo Takada, satu nama yang elegan dan istimewa, seperti dirinya. Kenzo datang dalam hidup kami sekeluarga setelah sesat dan hampir dilanggar ketika husband sedang reverse kereta di porch. Seekor kucing ceria dan penuh kasih sayang sehingga kami sekeluarga memanggilnya Adik instead of Kenzo. Kehilangannya akibat dijangkiti Feline Upper Respiratory Disease (FURD) amat menyakitkan.

Kenzo dalam kenangan

Walaupun saya mempunyai 6 ekor kucing lain tapi setiap dari mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan Kenzo, seekor kucing paling manja dan tak pernah bawa masalah. Namun, semuanya berubah apabila Kenzo mula menunjukkan tanda-tanda sakit sejak Disember 2022, on-off hingga Ogos 2023. Saya segera membawanya ke doktor haiwan, dan di situlah saya dapat tahu bahawa Kenzo telah dijangkiti FURD. Penyakit ini biasanya menyerang saluran pernafasan kucing, menyebabkan simptom seperti selesema yang teruk. 


Sejak itu tahap kesihatannya tak stabil sehinggalah pada 8.10.2024 lalu.. Dia kelihatan lemah, nafasnya berat, dan seleranya hilang. Walaupun saya telah berusaha sedaya upaya untuk merawatnya, Kenzo akhirnya tidak dapat bertahan.

Siang tadi bila klinik bertanya khabar, airmata berjurai tak dapat saya kawal kesedihan..

In memory of Kenzo

Rasa kehilangan ini amat berat. Walaupun masih ada 6 ekor kucing lain tapi ianya tak lengkap tanpa Kenzo. 

Berdamai dengan takdir

Walaupun Kenzo sudah tiada, kenangan bersamanya akan terus kekal hidup dalam hati kami sekeluarga. Kami akan selalu mengingat saat-saat indah bersamanya, dari saat pertama dia datang dalam hidup kami hingga ke hari terakhir kami bersama. Ketiadaan Kenzo telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup saya lebih-lebih lagi dia kucing pertama yang pergi meninggalkan kami.

Rest in peace Kenzo (26.6.2022 - 9.10.2024)

Kepada sesiapa yang pernah merasakan kehilangan seperti ini, saya faham kesakitan yang dialami. Haiwan peliharaan bukan sekadar haiwan; mereka adalah sebahagian dari ahli keluarga, sahabat, dan sumber kegembiraan dalam hidup kita. Kenzo mungkin telah pergi, tetapi kenangan manis tentangnya akan terus hidup bersama-sama saya sekeluarga, selamanya.
My mind knows you are in a better place, 
where there is no pain.
You are at peace. 
I understand that, I just wish I could explain that to my heart.
Terima kasih, Kenzo, kerana pernah hadir dalam hidup kami membawa keceriaan. 
Selamat tinggal Adik, tenanglah di sana..


Regards,

Share:

0 Comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews