Pada 27.08.2022 hingga 29.08.2022 lalu, saya ke Penang untuk meluangkan masa bercuti panjang. Percutian kali ini sempena selesai peperiksaan akhir Semester Mei 2022, saja menghiburkan diri dan keluarga.. Sebenarnya, plan ke Penang telah dirancang bertahun-tahun tetapi baru sekarang terlaksana, alhamdulillah.. Percutian kali ini saya membawa bersama mak dan ibu mertuaku. 

Saya memutuskan untuk menginap di Golden Sands Resort milik Shangri-La yang terletak di Batu Ferenghi. Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak di tepi pantai yang mempunyai private beach serta berdekatan dengan pasar malam Batu Ferrenghi. Selain itu McDonalds, station minyak Petronas serta kedai serbaneka juga terletak di seberang jalan utama tempat penginapan, agak strategic.

Shangri-La Golden Sands Resort Penang

Sedikit info tentang resort ini di mana ianya telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 pada 15.03.1980. Ini bermakna resort ini telah bertapak selama 42 tahun, agak lama hampir seusia dengan saya.. 

Perasmian Golden Sands Resort Penang 
Untuk pengetahuan, perjalanan saya dari Seremban bermula pada pukul 7.00 pagi dan tiba di Penang lebih kurang pukul 2.45 petang. Keadaan cuaca mendung sepanjang jalan dari Seremban ke Penang.. Masa check-in seperti biasa pada pukul 3.00 petang. Proses check-in berjalan lancar dan sistematik walaupun terdapat ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ketika itu. 

Check-in hotel
Saya membuat tempahan melalui agoda iaitu 2 bilik jenis Deluxe Twin Beds same floor berhadapan laut yang terletak di Tingkat 3.

Room 310 and 312
Laluan utama ke bilik sangat ceria dan tak terasa seram atau gloomy.. Al-maklum terbawa-bawa dengan  cerita orang tentang hotel berhantu selepas tutup lama semasa lockdown Covid-19 lalu, cuak juga sebenarnya tapi tawakkal..

Laluan utama ke bilik hotel
Tingkat 3 Golden Sands Resort Penang
Laluan tersebut akhirnya membawa saya sekeluarga ke bilik hotel bernombor 310 dan 312 yang terletak bersebelahan..

Room 310
Teruja melihat bilik hotel yang kemas serta teratur walaupun resort ini menggunakan perabot kayu lama, sesuai dengan usianya. Agak vintage juga, hehehehe.. Apa yang penting ianya bersih!

Hiasan bilik hotel
Hiasan bilik hotel
Deluxe twin bedrooms 
Hiasan ukiran kayu 
How to protect the environment
Meja yang agak vintage
Pantry
Botol ini bukan percuma
Botol ini hakmilik resort. Jika ingin membeli dengan harga RM53.00

Berikut merupakan pemandangan dari dalam bilik resort. Keadaan bangunan resort ini berbentuk huruf 'C' dan bilik saya berhadapan laut.. Buka sahaja sliding door bilik akan dengar bunyi deruan ombak..

Balcony 
Pemandangan dari arah kanan 
Pemandangan depan, small water park
Huts untuk berehat dan menikmati hotel garden
Pemandangan ke arah laut

Okay jom saya bawa ke tepi pantai.. Perlu menggunakan lif ke aras G..

Ruang lif
Butik
Terdapat butik menjual pakaian dan hasil kraft buatan tempatan dan luar negara..

Garden cafe
Garden 
Perjalanan menuju ke pantai akan melalui ruang cafe dan water park..

Awas biawak

Mungkin icon resort ini
Bar & Grill
Tempat rehat
Kerusi rehat berhadapan pantai
Ruang ini untuk bersantai menghadap pantai tetapi boleh juga menikmati Thai massage dan urutan kaki reflexology.

Signboard to inform private property
Bila tiba tepi pantai, kita dapat melihat pelbagai aktiviti pantai yang ditawarkan oleh agent setempat antaranya sewa boat mengelilingi pantai, parasailing, banana boat dan sebagainya.

Sewa boat
Parasailing
Agent standby mencari pelanggan 
Aktiviti pantai 
Keadaan pasir pantai dan air laut yang tenang
Suka melihat 'orang terbang' dengan parasailing
Pemandangan resort dari tepi pantai
Puas berlegar-legar di pantai, kami masuk semula ke bilik hotel kerana hari sudah mulai senja.. Pada malam hari, kami bersiar-siar di hadapan hotel mencuci mata di kedai-kedai yang terdapat di sepanjang jalan Batu Ferrenggi menghala ke Hotel Hard Rock Penang.. Tak lupa juga singgah di kedai Jeruk Madu Pak Ali untuk mencari kudap-kudapan..

Kedai Jeruk Madu Pak Ali di Batu Ferrenggi

Saya sempat merakam pemandangan dari bilik hotel ketika matahari terbit selepas waktu subuh..

Sunrise
Sunrise
Kesimpulannya, saya berpuas hati menginap di resort ini.. Segala facilities walaupun agak lama tetapi masih bersih dan terjaga.. Begitu juga dengan layanan dan sambutan dari kakitangan resort sangat memuaskan.. 

Begitulah cerita tentang review tempat penginapan saya di Penang.. 
Sehingga kita berjumpa lagi untuk cerita seterusnya dalam post akan datang.
Thank you for reading and have a great day!


Regards,
SELAMAT HARI MERDEKA ke-65 | MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Sambutan kemerdekaan negara kita tahun ini disambut dengan meriah. Mana tidak, setelah beberapa tahun negara kita tidak menganjurkan sebarang aktiviti sambutan kemerdekaan secara besar-besaran akibat Covid-19, tahun ini seluruh rakyat Malaysia dapat menyambutnya kembali..

Perarakan di Dataran Merdeka begitu sinonim dengan sambutan Merdeka setiap tahun.. Jika tiada perarakan agak kurang lengkap sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. 

Semarak Merdeka

Semasa pulang dari bercuti di Penang, saya singgah di Hentian Tapah, secara tak sengaja saya terpandang satu sudut yang diberi nama Semarak Merdeka mempamerkan gambar tokoh-tokoh kemerdekaan di samping latarbelakang dan sumbangan mereka kepada negara.

Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Saya tumpang bangga dengan usaha serta kesederaan pihak PLUS mengenai sambutan Hari Kebangsaan ini.. Ia sedikit sebanyak membuka mata generasi kini serta orang luar tentang semangat dan pengorbanan serta sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan tersebut kepada negara. 

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia..


Regards,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pada 22 Jun 2022 lalu, saya dan rakan sekerja bercadang untuk lunch di sebuah cafe berhampiran office kami iaitu Richiamo Coffee cawangan Seremban 2. Lokasi paling tepat berhadapan Kompleks Mahkamah Seremban 2.

Richiamo Coffee Seremban 2

Restaurant ini dimiliki oleh syarikat Richiamo Coffee Sdn Bhd. It is a chained premium coffee shop. Kopi di restaurant ini diimport dari Guatemala, Columbia, Brazil dan Indonesia, 100% Arabica beans yang dipanggang di Malaysia. 

Melangkah masuk ke cafe ini terus menuju ke bahagian kaunter. Pesanan tidak dibuat di meja sebaliknya perlu ke kaunter. Hiasan dalaman menarik, simple dan mempunyai ciri-ciri kemewahan dengan komsep modern.

Richiamo Coffee Seremban 2

Setiap sudut meja pelanggan boleh melihat dengan jelas chef yang sedang bekerja di dapur. Terdapat ruang santai di bahagian sudut kanan pintu masuk utama mempunyai ciri-ciri mewah dan moden dengan set Chesterfield sofa leather yang selesa dan karya seni bertema coffee.

Caffee Mochaccino

Restoren ini menawarkan pelbagai jenis hidangan utama terdiri dari masakan Melayu iaitu set Nasi dan hidangan Western seperti pasta dan spaghetti yang lazat serta menyelerakan yang akan menarik minat golongan muda dan dewasa. Saya pesan set Nasi Daging Hitam. My friend tried Crispy Chicken Chop. Tak cukup dengan itu, saya pesan muffin double chocolate yang kaya dengan rasa coklat, pendek kata puas hati!


Daging Masak Hitam

Suasana dan makanan yang sedap meyakinkan saya untuk mengesyorkan restoran ini kepada kawan-kawan.

Berikut antara menu lain yang boleh dipesan di Richiamo Coffee:

Nasi lemak ayam rempah

Spaghetti Carbonara

Mushroom soup and bread
Manisan dan kek:

Kek dan pastry

Finally harga my lunch meal:

Total bill

Tak cukup makan di restaurant, saya beli hot Chaffee Mochaccino untuk dibawa pulang ke pejabat. 

Hot Mochaccino

Overall I'm happy dengan ambiance dan menu yang ditawarkan di restaurant ini.. Siapa pernah makan di Richiamo Coffee boleh drop your comments di bawah, siapa yang masih belum rasa makanan di sini saya syorkan untuk pergi dan alami sendiri pengalaman menikmati makanan di Richiamo Coffee..

Okay itu sahaja perkongsian saya setakat ini.. Thank you for reading..


Regards,