Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hujung minggu seperti biasa ada sahaja plan bersama keluarga seperti berjalan-jalan, riadah, makan di luar atau membersihkan halaman rumah. Ketika kebanyakkan orang masih beraya, saya dan keluarga tidak bercadang ke mana-mana hujung minggu lepas memandangkan pokok-pokok hiasan di laman rumah perlu diberi perhatian. Malu bila tetamu datang, rupa halaman rumah seperti mini hutan! hehehe

Pokok Cik Bedah Cameron Highlands tak mahu berbunga

Jadi saya mengambil kesempatan untuk membersihkan halaman rumah. Inilah masa yang sesuai untuk membersihkan halaman rumah bersama keluarga. Pokok-pokok yang terabai perlu diberi perhatian supaya tidak dibiarkan lebih berserabut dan sesak mata memandang. Antaranya pokok Cik Bedah dari Cameron Highlands ni, berbunga cuma sekali. Tak tahu nak simpan atau buang, masih dalam pertimbangan..  

Longgokan pokok-pokok tak terurus di mini garden
Tengoklah sendiri seperti mini hutan di halaman rumah betapa serabut dan tak terurus pokok-pokok di mini garden saya.. 

Si Chloe kesayangan hamba
Sambil menyusun dan membersihkan daun-daun kering, saya ditemani si Chloe persis mandur manakala gambar di bawah si Coco sedang mamai dengan posisi kuak lentang baru bangun dari tidur yang lena..

Si Coco Chanel kesayangan hamba

Alang-alang focus kepada mini garden, saya mengambil kesempatan yang ada merasmikan payung patio baru.. Patio umbrella ni memang lama berkenan di hati.. Minggu akhir bulan puasa lalu, saya ada survey di Ikea dan terus jatuh cinta ingin memiliki patio umbrella ini dengan segera walaupun mendapat tentang hebat dari husband. Akhirnya saya order tanpa pengetahuannya, sedar-sedar dah sampai rumah so my husband tak boleh kata apa melainkan akur sahaja dengan kemahuan saya.. 


Patio umbrella idaman

Saya suka payung patio ni sebab nampak klasik dan mudah dikendalikan.. Sesuai diletakkan bersebelahan bungalow kucing saya untuk mengelakkan bahang panas matahari. 

Patio umbrella base
Bila payung besar sudah teguh berdiri di posisi yang sesuai, maka air diisi dalam base untuk mengelakkan payung tumbang atau terbang ditiup angin.. Elok saja payung mengembang tetiba-tiba hujan turun dengan lebat seolah-olah merasmikan 'pembukaan' payung tersebut, hehehe.. 

Patio umbrella outdoor

Alhamdulillah, impian jadi kenyataan seperti dapat hadiah emas pulut dakap, hehehe. Selepas patio umbrella dirasmikan bertambah semangat saya menyusun dan membersihkan pokok-pokok dan tanaman di halaman rumah. Kini halaman rumah nampak lebih terurus dengan pasu-pasu disusun dengan kemas dan teratur ditambah pula dengan patio umbrella idaman.




Regards,

Tagged: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!