Capturing What Everyday Life Brings..

  • Weekend Getaway

    Embracing the magic of the weekend and letting go of worries..

  • Hobbies

    Hobbies are great distractions from the worries and troubles that plague daily living..

  • Financial Planning

    "Beware of little expenses. A small leak will sink a great ship.” – Benjamin Franklin

  • Fashion

    Style is a reflection of your attitude and your personality..

  • Planner

    My latest addiction is decorating, organizing and planning my planner..

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies

La gourmet® HYDRATION BOTTLE GIVEAWAY BY anies | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya terpanggil untuk menyertai giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lebih mesra saya panggil kak anies setelah diseru oleh rakan blogger bernama Mrs. A.. Harap tak terlewat kerana hari ini hari terakhir penyertaan giveaway ini.. Kak anies ada membuat giveaway bersama produk La gourmet.

La gourmet®️ Hydration Bottle Giveaway by anies

Produk La gourmet memang tak asing lagi pada kita semua malah diri saya sendiri kerana saya adalah pengguna produk ini terutama kitchenware dan thermal flask. Saya masih ingat lagi product pertama La gourmet saya ialah flask. Saya guna flask tersebut sepanjang pengajian di university. Products La gourmet berkualiti.

Saya menyambut baik products terkini La gourmet kerana design modern selari dengan peredaran zaman sebagai contoh hydration bottle ini, warna cantik memukau di samping quality yang baik.

Last but not least, untuk memenuhi syarat giveaway, saya tag 3 rakan bloggers seperti berikut:


Jika sudi bolehlah sertai giveaway ini.. Tarikh akhir hari ini, 28 Februari 2023 @ 11.59 pm.
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,

Share:

Kegembiraan Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup, diberi kesempatan untuk menghirup udara segar serta menikmati rezeki kurniaanNya.. Hari Lahir saya berlalu kelmarin, umur bertambah lagi setahun. Berapa pun umur kita, bila sampai tarikh ulangtahun kelahiran pasti rasa debaran kerana memikirkan pencapaian diri di kala umur bertambah setahun lagi.

When I got older, I don’t want attention on my birthday. Terus terang kata, I just want the day to come and pass quietly. Lainlah masa kita kanak-kanak, sambutan ulangtahun kelahiran adalah moment yang ditunggu-tunggu. I loved my birthdays. Maybe it was the presents or tak sabar potong kek kegemaran bersama family dan kawan-kawan. Semasa di sekolah ketika ulangtahun hari lahir saya setiap tahun, my dad akan sediakan goodies untuk diagihkan kepada kawan-kawan sekelas. Maybe it was because that day was all about myself and ketika itu I loved the attention – it made me feel special.. 

And now we are adults and life doesn't seem so interesting, tidak seperti yang kita sering gambarkan semasa kanak-kanak. Tapi persepsi saya sudah berubah.. Bila tiba hari ulangtahun kelahiran, saya akan meraikan secara sederhana sebagai kenangan..
Birthday flower 

Tahun ini seperti tahun sebelum, tiba sahaja sambutan hari lahir saya, pasti teruja dengan hadiah dan wishes dari officemate. Masuk office pagi itu dikejutkan dengan sejambak bunga dalam paperbag.. Jambangan bunga warna pastel yang cantik, sudah tentu pemberian dari officemate yang rapat dan tahu citarasa saya..

Pastel flower gift

Bunga ini masih lagi saya simpan di tempat asal kerana hujung minggu nanti saya bercadang untuk membuat perubahan ruang master bedroom saya.  

My favorite gift

Untuk sementara waktu, saya letak di atas meja solek.. 

Habis waktu kerja, my husband bawa pergi makan malam di restoran seafood di Port Dickson. Masa singkat, jadi hanya sempat bawa tempat makan dekat dengan rumah. 

Port Dickson

Maka kami pesan makanan kegemaran saya, lauk simple sahaja terdiri dari menu berasaskan seafood

Menu seafood

Selesai makan malam, saya ke Starbucks Coffee di Waterfront semata-mata untuk redeem cake percuma.. Ini menjadi rutin saya setiap kali sambutan hari lahir..

Starbucks Coffee Waterfront Port Dickson

Bohonglah kalau pergi ke Starbucks tak membeli minuman.. Belek-belek Starbucks apps, terpandang promosi Frappuccino Fest iaitu 2 minuman saiz venti hanya berharga RM28.00. Saya baca review di Instagram rata-rata komen minuman ni sedap so saya pun cuba.. 

Starbucks Frappuccino Fest! 

Pilihan saya tentu Mocha Nut Frappuccino, manakala Poppin' Love Frappuccino untuk Arief.. My husband part bayar, hehehehe..

Mocha Nut Frappuccino & Poppin' Love Frappuccino

Dijadikan cerita, setiap kali saya pergi ke Starbucks saya pasti akan meninjau koleksi merchandise terbaharu.. Kebetulan ketika ini Spring in Bloom Collection.. 

Spring in Bloom Collection

Cantik dan tertarik dengan warna soft pink.. My husband pula offer untuk I buat pilihan mana satu pilihan di hati.. sudah tentulah saya tak lepas peluang sebab ada orang sudi belanja.. 

Transformable into 2 sizes 

Saya pilih bekas minuman jenis transformable into 2 sizes sebab unik malangnya hanya sesuai untuk minuman sejuk.. Saya prefer tumbler untuk minuman panas.. Hahahaha sejenis tak bersyukur pula kann, dah ada orang belanja terima saja laa kannn tapi masih tak puas hati.. 

Pokok hiasan dan naelofar
The next day, masuk office dapat beberapa surprise lagi antaranya sepasu kecil pokok bunga hiasan, product naelofar dan hadiah lain (tiada dalam gambar) from my other officemate.. Diaorang memang kenal dan tahu apa yang saya suka..

Selamat Hari Lahir 2023

Last but not least, sebagai kenangan saya tepek di sini ucapan Selamat Hari Lahir dari pihak university.. 

Terima kasih kawan-kawan atas ucapan dan hadiah ulangtahun kelahiran saya.. Pada saya hadiah bukan segala-galanya tetapi apa yang sangat penting saya berbesar hati mendapat kawan yang baik, setia, ikhlas, jujur dan tahu menghargai persahabatan.. 

I’m so fortunate to be able to celebrate my birthday this year with my family but also with friends  sending well-wishes thru social media – thank you so much! 

Apa yang dapat saya simpulkan di sini, for me there is no need to fear getting old and it does not stop you from enjoying your life and moving forward. In fact, the older you get, the more important it is to celebrate your birthday. 

Sentiasa semat dalam diri - every life has value, every life is important and every life is precious. Not to forget kepada insan yang melahirkan kita, thanks to my mom too..

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

3 Produk Ingin Saya Cuba di FamilyMart

3 PRODUK INGIN SAYA CUBA DI FAMILYMART | Hari ini ke FamilyMart cawangan Rasah Kemayan during lunch hour, teman officemate teringin makan Cheesy Korean Ramen. Saya tak berhasrat untuk membeli sebab dah order di Grab. 
Sementara menunggu pesanan disediakan, saya mengisi masa meninjau produk makanan dari satu rak ke satu rak yang lain.. Terpandang beberapa produk baru yang belum pernah saya cuba. 

Nescafe Dairy Free Drinks

New Nestle products iaitu Necafe Dairy Free Drinks betul-betul mencuri perhatian saya. Mana tidak, boleh kata semua flavors kegemaran saya.. Packaging juga menarik.. Mesti cuba satu hari nanti.

Produk kedua, Yopokki Halal Original Topokki.. Topokki atau rice cake memang favourite saya.. Selalu saya order di  MyeongDong Topokki. Tak sangka pula ada instant topokki macam ni..

Yopokki Halal Original Topokki

Mudahlah lepas ni, hanya isi air dan panaskan dalam microwave.. Boleh juga simpan stock di office.

Produk ketiga ialah kopi campuran atau premix coffee, tak pasti pula jenama apa.. Instant kopi ni saya lebih tertarik kepada packaging yang menarik.. Sungguh berwarna-warni..

Premix coffee

Ada 2 jenis perisa iaitu Hokkaido Milk Latte dan Himalayan Salt Latte.. Satu hari nanti boleh cuba kedua-duanya.. Adakah hanya boleh harap packaging cantik atau memang terbukti sedap setanding dengan kecantikan packaging? Bak kata orang, belum cuba belum tahu..

Bila leka meninjau produk-produk itu, saya menjenguk officemate yang masih lagi tercegat bediri menanti pesanannya.. Hampir setengah jam berlalu, rupanya si penjual sedang tergesa-gesa menyediakan bahan-bahan untuk membuat Oden sedangkan customers lain sudah lama disidai. Bila kami tanya, dia suruh tunggu 18 minit lagi, memang tak lah kami tunggu.. Apa yang menghampakan seolah-olah tiada common sense dan tiada komunikasi dengan pelanggan. Kami keluar dengan hampa, tiada rezeki kawan saya ingin menikmati Cheesy  Korean Ramen hari ini, bertabahlah.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

Niat Pancing Ikan Tapi Dapat Ayam

NIAT PANCING IKAN TAPI DAPAT AYAM | Article ini saya baca di Facebook, secara  tak langsung tergerak hati untuk kongsi di sini kerana joke ini memang tak tercapai dek akal saya.. 

Ceritanya begini..

Ada satu kolam pancing ikan kutip RM30.00 untuk sekali masuk memancing. Siapa tak dapat ikan, diberi seekor ayam. Dalam seminggu, pemancing jadi ramai dan semua happy bawa balik seekor ayam.

Kolam memancing ikan
 

Satu hari ada orang tanya owner kolam tempat memancing ikan tersebut.

"You tak rugi ke buat mcm tu?" Owner jawab untung gila.

Mengapa owner kata demikian? 
Sebenarnya dia ada ladang ayam tapi ayam tak laku. Kolam tu memang tak ada ikan pun..
Tak pasal-pasal sekor ayam harga RM30.00...
Bijak sungguh owner tempat memancing ni dengan tipu muslihat..
Ayooo macam ni pun ada???

Post ini just for fun, joke di pagi Isnin..
Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,

Share:

Sunset dan Cerita Di Sebalik Instagram Story

SUNSET DAN CERITA DI SEBALIK INSTAGRAM STORY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Ini kisah semalam selepas pulang dari pejabat.. Cuaca mendung selepas hujan lebat dan masih tinggal renyai-renyai di Seremban 2.. Saya pulang ke rumah di Bandar Sri Sendayan, cuaca elok dan hujan telah reda, terus rasa ingin ke Port Dickson. 
Hujan renyai-renyai


Kebetulan my husband dan anak cuti, so petang semalam kami ke Port Dickson. Saya ingin melihat pantai dan sunset untuk melepaskan rasa letih seharian di pejabat. Cukuplah sekadar ronda sepanjang pantai dan berhenti di  Port Dickson pun Waterfront sudah memadai..

Port Dickson Waterfront

Tiba di PD Waterfront, parked kereta menghadap ke laut, melihat alunan ombak.. Ketika itu air laut warna kehijauan sedang pasang..cantik.. 

PD Waterfront

Tenang melihat air laut dan kapal berlabuh.. Selepas setengah jam di situ, perjalanan diteruskan ke Pantai Bagan Pinang untuk melihat sama ada lori steamboat sudah mula berniaga atau tidak.. Kalau sudah berniaga bolehlah kami melabuhkan punggung makan steamboat di tepi pantai..     

Fazlina Steamboat, Port Dickson

Syukur alhamdulillah, ada rezeki kami semalam.. Lori steamboat berniaga awal, selalu buka pada pukul 7.00 malam. Semalam pukul 6.00 petang  orang ramai sudah beratur panjang.. Jadi saya terus memesan beberapa cucuk steamboat untuk dinikmati di tepi pantai sambil melihat pemandangan laut petang.

Kisah steamboat PD ni saya ada kongsi di post ini - Makan steamboat cucuk di tepi pantai food truck Fazlina Steamboat, Port Dickson

Pantai Bagan Pinang, Port Dickson

Cantik pemandangan matahari terbenam di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.. Jam ketika itu menunjukkan pukul 6.45 petang.. Selesai makan terus bertolak pulang ke rumah dan tiba di rumah pada jam 7.30 malam.. 

Bila melihat pemandangan indah begitu, saya tak akan lepaskan peluang merakamkan pemandangan menggunakan Instagram app tetapi tak sangka salah setting, ter.. masuk ke Instagram story. Mana yang tahu sebelum ini saya tak pernah kongsi sebarang IG story di Instagram..   

First time up status


Pagi ini bila saya check DM di Instagram ada follower merangkap officemate tegur, rupa-rupanya gambar yang saya sangka sedang di-edit telah menjadi IG story in real-time.. Aduhai malu.. 

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

January 2023 Recap : Ringkasan Aktiviti Sepanjang Januari

JANUARY 2023 RECAP : RINGKASAN AKTIVITI SEPANJANG JANUARI | Bulan pertama tahun 2023 telah melabuhkan tirai, Febuari pula sudah masuk hari ke-7 hari ini.. That was fast.. I can’t believe January is over! So saya kira masih belum terlambat untuk saya share aktiviti penting sepanjang Januari yang telah menjadi kenangan tahun ini.

January 2023 Recap

I can say, my life has been very busy in the last month (you will read why below) therefore I want to capture it on this blog as a memory.

JANUARY ON THE BLOG 

Sepanjang bulan Januari 2023 saya hanya mampu menerbitkan 3 blog posts. 
Check them out:


Saya akui bulan Januari seperti terlalu sibuk dan tak berkesempatan untuk menulis di blog padahal I have sooo many blog posts lined up, sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsi di sini. Tunggu saja update dari semasa ke semasa okay.

AHLI BARU KESAYANGAN HAMBA, SI TOMMY & MOSCHINO

Itulah seperti saya kata sebelum ni, the majority of January was unexciting and involved a lot of work tetapi saya masih ada masa untuk diluangkan bersama kesayangan hamba, malah saya ada adopt 2 ekor kittenS lagi pada 30 Disember 2022 lalu. Pada 16 January 2023 saya hantar mereka check-up dan vaksin pertama. 
 
Si Tommy and Moschino

Kesayangan hamba, si Moschino

Sebenarnya ada cerita di sebalik setiap adoption kesayangan hamba. Kali ini saya diamanahkan untuk menjaga 2 ekor kittens memandangkan pemilik asal kucing ini (kenalan yang agak rapat) sudah tak sanggup menjaga mereka lagi. 

Si Moschino

Pemilik asal kucing ini sedang menjaga suaminya yang sakit, so saya diamanahkan untuk menjaga mereka berdua dan pemilik asal masih ingin keep in touch lagi dengan mereka. Saya setuju kerana alang-alang saya pun ada kucing yang lain so bolehlah saya jaga kebajikan mereka juga.. Saya beri nama Tommy dan Moschino, kedua-duanya jantan. Si Tommy masih takut berbanding si Moschino yang agak peramah. 

TERTUNAI HASRAT MEMILIKI PETKIT PURA MAX 

Hasrat untuk memiliki Pura Max ni sebenarnya dah lama.. Barang yang memerlukan perbelanjaan besar tambahan pula banyak jenis  dengan fungsi yang hampir sama di pasaran menyukarkan saya membuat keputusan. Saya sejenis yang akan buat research dan baca review sampai puas hati barulah saya nekad beli Pura Max ini.

Pura Max by Petkit

Al-maklum kesayangan hamba sudah bertambah 8 ekor kesemua fully indoor yang semakin membesar tambahan pula jadual saya yang sentiasa sibuk, saya amat memerlukan automatic litter box. Paling penting lepas ni no more scooping dan persekitaran bersih tanpa bau busuk.

Si Fluffy meninjau Pura Max

Lebih kurang 2 minggu selepas pesanan, pada 13 Januari 2023 Pura Max pun selamat sampai di rumah.  Bila unboxing semua kesayangan hamba berkerumun, bukan saja saya excited tetapi mereka juga tak sabar nak tahu apakah benda itu, haishh macam-macam perangai masing-masing. 

BERJAYA SETUP A CAT ROOM

Satu lagi hasrat yang telah tertunai sepanjang bulan Januari ini iaitu setup a cat room untuk kesayangan hamba.. Bilik sudah lama tersedia tapi masa untuk menatarias bilik tersebut menjadi cat room lama tertangguh. 

Set-up 

Akhirnya cat room siap dan kesayangan hamba semua boleh tidur dan makan dengan bebas di situ.. Saya telah cerita tentang cat room ini di sini.

GARDENING DI HUJUNG MINGGU

Pembaca blog ini tentu tahu salah satu hobi saya ialah gardening.. Walaupun sibuk, saya tetap meluangkan sedikit masa pada hujung minggu untuk gardening.. sekadar mengeluarkan peluh. 

My small garden

Lepas breakfast, saya akan meninjau pokok-pokok di porch kereta yang sekangkang kera.. Sekadar buang daun hijau, cabut rumput dan trim dahan-dahan pokok bunga. 

My small garden

Susun pasu-pasu ikut kedudukan baru pun rasa puas hati dan dapat release tension bekerja. Gembira dengan hasil susunatur sendiri..

KURSUS, MESYUARAT DAN BENGKEL

Inilah antara punca mengapa saya terlalu sibuk bulan Januari lalu.. 

Tasks
5 Januari 2023 - Updated balance scorecard for Department
9 Januari 2023 - To evaluate and discuss staff's appraisal
10 Januari 2023 - To discuss and finalise evaluation form with boss 

Taklimat 
12 Januari 2023 @ 2.30 petang di Pall Mall, Seremban : Taklimat Panel Peguam 2022

Mesyuarat 
17 Januari 2023 @ 10.00 pagi : Mesyuarat Jawatankuasa Semakan SOPs

Bangunan MAINS

    Dewan Menara MAINS

Bengkel
18 Januari 2023 - 20 Januari 2023 di Dewan MAINS: Bengkel Penilaian Risiko Rasuah bersama Institut Integriti Malaysia

Kursus Bina Wadah

Kursus
25 Januari 2023 - 26 Januari 2023 di the Academy DRB Hicom : Kursus Bina Wadah 

Task
31 Januari 2023 : To finalise and submit Audit Report

Ohhh exhausted! 

Masa selebihnya seperti yang pernah saya kongsi di blog post ini, saya habiskan dengan mengikuti kelas pada hujung minggu dan membuat research and assignments pada sebelah malam.

UPCOMING IN FEBRUARY…

Saya bercadang untuk review Pura Max, custom made notebook dan beberapa restoren yang baru dikunjungi. Selain itu masih lagi dalam pertimbangan.. We’ll see how it goes.

PHEW! Akhirnya selesai juga perkongsian tentang January Recap.
Oleh itu, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

Kisah Pokok Mangga Hingga Didakwa RM40,000.00

KISAH POKOK MANGGA HINGGA DIDAKWA RM40,000.00 | Kelmarin sedang break di petang hari, saya came across sebuah article di Sinar Harian berjudul "MPK, kakitangan diarah bayar RM40,000 tebang pokok mangga guru". Kes ini berlaku di Kemaman Terengganu di mana Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan seorang kakitangannya diarah membayar ganti rugi sebanyak RM40,000 kepada seorang guru setelah didapati bersalah menceroboh dan menebang pokok mempelam milik wanita itu tanpa pengetahuannya, lima tahun lalu. Kes ini di bawah kategori pencerobohan atau Plaintif menamakan MPK sebagai defendan pertama manakala kakitangannya, Kamsiah Mohd sebagai defendan kedua.
  
Kisah pokok mangga

Kes diputuskan di hadapan Majistret Wan Suhaila Mohd setelah mendapati wujud pencerobohan  yang dilakukan oleh Unit Tindakan Khas (UTK), MPK yang dilakukan di kawasan rumah plaintif.

Berdasarkan fakta kes, kejadian itu didakwa berlaku pada pagi 11 Mac 2018 apabila kakitangan UTK MPK telah melakukan kerja penebangan pokok di kawasan perumahan di Kampung Mak Chili Paya, ketika plaintif tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Kakitangan UTK itu didakwa menceroboh kawasan rumah dengan menggunakan ‘skylift’ dan kren milik MPK serta menebang pokok mempelam milik plaintif yang berada di dalam kawasan pagar rumah wanita itu.

Arahan penebangan pokok mempelam itu didakwa diberikan oleh Kamsiah yang juga merupakan jiran plaintif serta sebagai pegawai MPK yang bertugas di Bahagian Teknologi Maklumat (IT).

Mahkamah mendapati defendan kedua bersalah kerana memberikan arahan penebangan pokok yang salah kepada unit UTK tersebut.

Selain itu, MPK juga bertanggungjawab kerana pencerobohan dilakukan oleh unit UTK di bawah MPK dengan tiada pemantauan oleh mandur atau penyelia MPK ketika kejadian serta tidak menurut prosedur operasi standard (SOP) yang betul bagi penebangan pokok di kawasan persendirian.

Jadikan kes Kisah Pokok Mangga ini sebagai ikhtibar supaya jangan sewenang-wenangnya menceroboh kawasan milik persendirian kerana ianya menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa di Mahkamah. 

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews