SUNSET DAN CERITA DI SEBALIK INSTAGRAM STORY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Ini kisah semalam selepas pulang dari pejabat.. Cuaca mendung selepas hujan lebat dan masih tinggal renyai-renyai di Seremban 2.. Saya pulang ke rumah di Bandar Sri Sendayan, cuaca elok dan hujan telah reda, terus rasa ingin ke Port Dickson.
Hujan renyai-renyai |
Kebetulan my husband dan anak cuti, so petang semalam kami ke Port Dickson. Saya ingin melihat pantai dan sunset untuk melepaskan rasa letih seharian di pejabat. Cukuplah sekadar ronda sepanjang pantai dan berhenti di Port Dickson pun Waterfront sudah memadai..
Port Dickson Waterfront |
Tiba di PD Waterfront, parked kereta menghadap ke laut, melihat alunan ombak.. Ketika itu air laut warna kehijauan sedang pasang..cantik..
PD Waterfront |
Tenang melihat air laut dan kapal berlabuh.. Selepas setengah jam di situ, perjalanan diteruskan ke Pantai Bagan Pinang untuk melihat sama ada lori steamboat sudah mula berniaga atau tidak.. Kalau sudah berniaga bolehlah kami melabuhkan punggung makan steamboat di tepi pantai..
Fazlina Steamboat, Port Dickson |
Syukur alhamdulillah, ada rezeki kami semalam.. Lori steamboat berniaga awal, selalu buka pada pukul 7.00 malam. Semalam pukul 6.00 petang orang ramai sudah beratur panjang.. Jadi saya terus memesan beberapa cucuk steamboat untuk dinikmati di tepi pantai sambil melihat pemandangan laut petang.
Kisah steamboat PD ni saya ada kongsi di post ini - Makan steamboat cucuk di tepi pantai food truck Fazlina Steamboat, Port Dickson
Pantai Bagan Pinang, Port Dickson |
Cantik pemandangan matahari terbenam di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.. Jam ketika itu menunjukkan pukul 6.45 petang.. Selesai makan terus bertolak pulang ke rumah dan tiba di rumah pada jam 7.30 malam..
Bila melihat pemandangan indah begitu, saya tak akan lepaskan peluang merakamkan pemandangan menggunakan Instagram app tetapi tak sangka salah setting, ter.. masuk ke Instagram story. Mana yang tahu sebelum ini saya tak pernah kongsi sebarang IG story di Instagram..
First time up status |
Pagi ini bila saya check DM di Instagram ada follower merangkap officemate tegur, rupa-rupanya gambar yang saya sangka sedang di-edit telah menjadi IG story in real-time.. Aduhai malu..
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
0 Comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!