KISAH POKOK MANGGA HINGGA DIDAKWA RM40,000.00 | Kelmarin sedang break di petang hari, saya came across sebuah article di Sinar Harian berjudul "MPK, kakitangan diarah bayar RM40,000 tebang pokok mangga guru". Kes ini berlaku di Kemaman Terengganu di mana Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan seorang kakitangannya diarah membayar ganti rugi sebanyak RM40,000 kepada seorang guru setelah didapati bersalah menceroboh dan menebang pokok mempelam milik wanita itu tanpa pengetahuannya, lima tahun lalu. Kes ini di bawah kategori pencerobohan atau Plaintif menamakan MPK sebagai defendan pertama manakala kakitangannya, Kamsiah Mohd sebagai defendan kedua.
Kes diputuskan di hadapan Majistret Wan Suhaila Mohd setelah mendapati wujud pencerobohan yang dilakukan oleh Unit Tindakan Khas (UTK), MPK yang dilakukan di kawasan rumah plaintif.
Berdasarkan fakta kes, kejadian itu didakwa berlaku pada pagi 11 Mac 2018 apabila kakitangan UTK MPK telah melakukan kerja penebangan pokok di kawasan perumahan di Kampung Mak Chili Paya, ketika plaintif tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Kakitangan UTK itu didakwa menceroboh kawasan rumah dengan menggunakan ‘skylift’ dan kren milik MPK serta menebang pokok mempelam milik plaintif yang berada di dalam kawasan pagar rumah wanita itu.
Arahan penebangan pokok mempelam itu didakwa diberikan oleh Kamsiah yang juga merupakan jiran plaintif serta sebagai pegawai MPK yang bertugas di Bahagian Teknologi Maklumat (IT).
Mahkamah mendapati defendan kedua bersalah kerana memberikan arahan penebangan pokok yang salah kepada unit UTK tersebut.
Selain itu, MPK juga bertanggungjawab kerana pencerobohan dilakukan oleh unit UTK di bawah MPK dengan tiada pemantauan oleh mandur atau penyelia MPK ketika kejadian serta tidak menurut prosedur operasi standard (SOP) yang betul bagi penebangan pokok di kawasan persendirian.
Jadikan kes Kisah Pokok Mangga ini sebagai ikhtibar supaya jangan sewenang-wenangnya menceroboh kawasan milik persendirian kerana ianya menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa di Mahkamah.
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
0 Comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!