INTERNATIONAL CAT DAY 2023 | Hari Kucing Antarabangsa atau dikenali sebagai Hari Kucing Sedunia disambut setiap 8 Ogos pada setiap tahun.. Ia adalah hari kesedaran untuk menghargai kucing dalam hidup kita serta membantu melindungi mereka.
Pagi ini baca blog post Mrs. A, rasa seronok dan teringin juga post tentang majikan kesayangan saya.. Istilah majikan tu diberi kepada si bulus manakala bibik tu gelaran kepada cat parents.. Mana tidak, segala makan, kebersihan, keperluan semua di bawah tanggungjawab bibik.. Majikan hanya makan, tidur dan memerut.. Bila sakit bibik akan segera bawa majikan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Begitulah istilahnya..
Sebagai cat parents, kita semua sayang kucing dan meraikan keseronokan bersama mereka setiap hari. Berdasarkan pengalaman saya, pengalaman pertama menjadi cat parents datang secara semulajadi.. Sejak itu sedikit-sebanyak saya belajar membaca bahasa badan mereka, cuba sedaya upaya untuk memastikan mereka gembira dan memastikan rumah dan rutin saya sekeluarga mesra kucing.. Buktinya sekarang tidak janggal lagi.. Malah mereka juga sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya..
International Cat Day |
Saya suka gelar semua majikan saya sebagai "Kesayangan Hamba".. walaupun mereka bukan dari breed import, hanya domestic breed yang sesat dan perangai pun ada kala garang dan manja tapi saya tetap sayang semuanya sama-rata.. I even love to spoil them too much..
Okay, secara turutan, saya perkenalkan kesayangan saya satu persatu...
Fluffy - ketika ini Fluffy sakit mata |
Gucci (si Oyen) dan Chloe |
Coco Chanel |
Kenzo |
Moschino (kiri) dan Tommy (Hilfiger) - kanan |
Prada |
Jadi sambutan Hari Kucing Sedunia ini adalah masa yang sesuai kepada cat parents memastikan kucing mereka terus sihat dan ceria.. Untuk Kesayangan Hamba, mommy baru beli permainan baru untuk you all kekal sihat - cat treadmill.. Kalau rasa badan tu semakin berlemak, korang exercise laa setiap hari jangan berebut okay hehehe..
Tommy in action |
What greater gift than the loveof a cat - Charles Dickens
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
0 Comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!