MOTIVASI UNTUK KEBAIKAN DIRI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Saya suka membaca buku-buku tentang motivasi untuk meningkatkan semangat diri dalam menjalani kehidupan seharian.. Bukan untuk tunjuk kita ni baik tapi sebab banyak kekuranganlah kita perlu sentiasa memperbaiki diri..
You cannot control everything |
Sementara takde post tentang diri sendiri, elok saya abadikan post berunsur motivasi for self-improvement sebagai perkongsian bersama.
Berdasarkan pembacaan saya, berikut adalaha cara ringkas bagaimana kita menjalani hidup dengan tenang:
1. Tetapkan matlamat hidup kita
Bagaimana cara untuk menetapkan matlamat hidup? Tentukan matlamat hidup ketika bangun pagi setiap hari. Pilihan matlamat hidup - sesuatu yang selari dengan kekuatan, minat dan keperluan duniawi kita. Inilah sebenarnya yang memberi makna hidup dalam hidup kita.
2. Fokus pada peningkatan diri setiap hari
Kita tidak perlu melakukan semuanya sekaligus, cuma fikir apakah yang perlu kita lakukan untuk kemajuan diri sedikit demi sedikit.
3. Bekerja selama 25 minit, berehat selama 5 minit, kemudian ulang
Cara ini dapat membantu kita kekal fokus dan mengelakkan keletihan. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan produktiviti. Boleh dilakukan untuk kerja atau tugas yang bersesuaian.
4. Makan sekadar mengisi perut untuk kekal bertenaga
Sesuai dengan apa yang diajar oleh agama kita..
5. Bersikap terbuka
Sentiasa bersikap terbuka dan kurangkan sikap prasangka. Sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru untuk kebaikan diri sendiri. Jangan terlalu ambil sesuatu perkara terlalu serius hingga mengganggu fikiran anda.. Sentiasa ingat, "He is the best planner.."
Kesimpulan, kita perlu focus untuk menjadi lebih baik sambil kekal positif setiap hari.
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading & have a great day everyone! ❤️
Regards,
0 Comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!