Capturing What Everyday Life Brings..

Orang Johor Suka Makan Ikan Pekasam: Luar Biasa atau Biasa?

ORANG JOHOR SUKA MAKAN IKAN PEKASAM: LUAR BIASA ATAU BIASA? | Bila sebut tentang makanan Johor, pasti ramai terbayang hidangan-hidangan ikonik seperti laksa Johor, nasi briyani, mee bandung Muar atau otak-otak. Johor memang terkenal dengan pelbagai sajian yang lazat, tetapi kalau dengar ada orang Johor suka makan ikan pekasam, mesti ada yang tertanya-tanya, “Eh, ikan pekasam ni bukan makanan orang utara ke?” 

Ya, memang betul, ikan pekasam lebih sinonim dengan negeri-negeri utara seperti Kedah dan Perak, tetapi percayalah, ada juga orang Johor yang boleh ‘layan’ hidangan tradisi ini dengan penuh selera! Saya salah seorang darinya.. Mula merasa ikan pekasam bila duduk di rumah bujang dengan kawan dari Jitra.. Kawan serumah ni suka bawa makanan tradisi kampung halamannya bila balik dari kampung. Jadi bertitik-tolak dari situ saya mula suka makan ikan pekasam.

Ikan pekasam

Apa Itu Ikan Pekasam? 

Bagi yang belum pernah dengar atau makan, ikan pekasam adalah sejenis makanan tradisional yang melibatkan proses fermentasi ikan. Ikan-ikan yang biasa digunakan termasuk ikan sungai seperti lampam, tilapia, atau sepat. Proses membuat ikan pekasam cukup unik dan ambil masa, tetapi hasilnya cukup berbaloi.

Ikan yang segar akan dibersihkan terlebih dahulu, kemudian direndam dalam garam untuk tempoh beberapa hari. Selepas itu, ia dicampurkan dengan nasi atau beras goreng yang telah ditumbuk halus dan disimpan lagi untuk beberapa hari sehingga betul-betul masam. Proses fermentasi ini memberikan ikan pekasam rasa masam, masin, dan sedikit pedas yang tersendiri. 

Cara paling popular untuk menikmatinya ialah dengan menggoreng ikan pekasam sehingga garing. Hasilnya, rasa masam-masin itu akan sebati dengan tekstur ikan yang rangup. Biasanya ia dimakan bersama nasi panas, sambal belacan, dan ulam-ulaman – memang terangkat! 

Kenapa saya suka ikan pekasam? 

Walaupun ikan pekasam lebih popular di bahagian utara, makanan ni sebenarnya dah mula merentas sempadan. Sebagai orang yang dilahirkan di Johor, saya percaya ramai orang Johor (dan dari negeri-negeri lain juga) yang suka dengan ikan pekasam kerana rasanya yang unik. 

Berikut adalah beberapa sebab kenapa saya sebagai orang Johor boleh ‘layan’ ikan pekasam: 

Kelainan Rasa - Rasa masam ikan pekasam memang lain dari yang lain. Kalau dah biasa makan ikan goreng biasa, ikan pekasam ini memberikan sentuhan yang lebih ‘kick’. Tambah lagi kalau makan dengan nasi panas dan sambal belacan – pasti tak cukup sepinggan! 

Senang Disediakan - Ikan pekasam sangat mudah disediakan – hanya goreng hingga garing. Tak perlu nak letak banyak perencah, sebab ikan pekasam itu sendiri dah ada rasa yang mantap. Kadang-kadang, orang Johor yang sibuk mungkin lebih suka hidangan mudah tapi tetap sedap macam ni. 

Warisan Malaysia yang Kaya - Makanan tradisional seperti ikan pekasam ini bukan hanya milik satu negeri sahaja. Ia adalah sebahagian daripada warisan kulinari Malaysia yang kaya. Orang Johor yang suka mencuba makanan dari negeri lain tentu menghargai keunikan dan sejarah yang ada pada setiap suapan ikan pekasam. 

Kepelbagaian dalam Hidangan - Di Johor, makanan-makanan tradisi memang kaya dengan rempah dan rasa. Ikan pekasam, dengan rasa masamnya yang tersendiri, menjadi satu variasi menarik untuk dipadankan dengan hidangan Johor yang biasanya kaya dengan kuah dan rempah. 

Jadi, siapa kata orang Johor tak suka ikan pekasam?

Dalam dunia sekarang, kita semakin terbuka untuk mencuba makanan dari pelbagai negeri dan budaya. Makanan yang asalnya dari satu kawasan kini boleh dinikmati di mana-mana sahaja. Kalau dulu ikan pekasam hanya popular di Kedah atau Perak, kini orang Johor pun dah ramai yang tahu menghargai keistimewaan hidangan ini. 

Jadi, kalau ada antara pembaca orang Johor yang suka makan ikan pekasam, jangan risau – anda tak keseorangan! Dan bagi yang belum pernah cuba, mungkin dah tiba masanya untuk anda nikmati hidangan tradisi ini dan lihat apa yang menarik sangat tentang ikan pekasam. Siapa tahu, lepas ni ikan pekasam jadi menu wajib di rumah anda pula! So apa kata anda, kongsi pendapat di ruangan komen di bawah..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!
 
 
 
Regards,

Share:

0 Comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews