Capturing What Everyday Life Brings..

Apa yang Menarik di Elmina Lakeside Mall?

APA YANG MENARIK DI ELMINA LAKESIDE MALL? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kisah tiga minggu lalu ketika saya dan keluarga bersiar-siar ke mall viral di TikTok iaitu Elmina Lakeside Mall. Bukan kerana terpengaruh dengan TikTok tapi lebih kepada mall yang belum pernah saya kunjungi.. Jadi haruslah terjah untuk lihat sendiri di manakah keistimewaan mall ini yang baru dirasmikan sekitar bulan September 2024 lalu hingga viral di social media..

Elmina Lakeside Mall

Hari itu adalah pada hari Ahad di mana begitu jarang berlaku saya keluar bersiar-siar.. Lepas breakfast dan waktu pun masih awal jadi perjalanan diteruskan ke Shah Alam menuju Elmina Lakeside Mall.. Mall ini di Persiaran Garnicia, Elmina West, Shah Alam..

Jalan lengang

Kebetulan pula jalan masih lengang mungkin waktu masih awal pada hari Ahad bagi warga kota, jadi perjalanan lancar dan tiba di Elmina lebih kurang pukul 10.30 pagi.. Parking lot masih banyak kosong dan hanya beberapa kedai baru dibuka..

Logo Elmina

Simple logo Elmina di tengah-tengah bangunan sebagai simbolik kawasan ini. Untuk pengetahuan, Elmina merupakan projek di bawah Sime Darby Property.


Melangkah masuk kawasan mall terdapat banyak tempat untuk bergambar - instagrammable spots.. 

Landscape Elmina Lakeside Mall
Playground

Permainan kanak-kanak turut disediakan.. Sementara parents duduk tepi menjamu mata melihat kehijauan landscape boleh teman anak-anak kecil bermain-main di sini..

Ole Ole Bali Restaurant
Buaya di Ole Ole Bali

Dalam banyak restaurants saya suka singgah di Ole Ole Bali kerana tertarik dengan decor restoran ini. Cantik susunatur hiasan dalaman dan pemadangan restaurant ini berhadapan tasik buatan yang sedang dalam pembinaan.. Tasik ini menjadi tarikan pengunjung ke sini..

Saya kongsi beberapa gambar kehijauan landscape di Elmina Lakeside Mall selain tasik buatan di bahagian belakang restaurants..

Pokok bunga purple
Jalan menuju tasik
Jalan menuju tasik
Menghala ke showroom gallery
Bunga dalam pasu

Selain banyak angle yang menarik untuk instagrammable, terdapat beberapa pilihan outlet coffee kepada coffee addict. Antaranya Morning Needs (MN) Coffee, The Coffee Bean & Tea Leaf dan Jardin Coffee.. Peminat tea, Chagee juga ada di sana..

Morning Needs Coffee
The Coffee Bean & Tea Leaf
Jardin Coffee 

Sambil hirup coffee boleh duduk di tempat yang disediakan bersebelahan kolam hiasan.. Banyak ikan koi berenang-renang dengan bunyi air, sangat tenang sampai lupa sebentar fikiran yang berserabut di pejabat, hehehe..

Elmina landscape
Outlets
The Bike Artisans

Overall Elmina Lakeside Mall masih tenang dari hiruk-pikuk bandar besar.. Banyak cafe dan restaurants untuk lepak santai.. Sesuai untuk meluangkan masa berehat sambil menikmati kehijauan landscape yang cantik.. Open concept design masa kini, saya suka tempat begini..  

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Terima kasih kepada followers baru.. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

7 comments:

  1. Senangnya main ke Elmina Lakeside Mall, apalagi mall nya masih tenang jauh dari hiruk pikuk bandar besar

    ReplyDelete
  2. I blom sampai lagi tempat ni. Harapnya ada jualan yg unik yg tak ada di tempat lain. Tang view/deco unik tu, golongan muda mudi suka la kot. Favourite org skg mmg mcm tu kan, contohnya Tamarind Square.

    ReplyDelete
  3. Belum sampai lagi. Cantiknya landscape di persekitaran Mall dan deco kedai2 di sana.

    ReplyDelete
  4. Kak SA for sure tak sampai lagi...thanks bawak kami pembaca jalan- jalan dan terus teruja nak pi...x tau la bila lepas ke sini

    ReplyDelete
  5. Cantik la mall dia tepi tasik dan bagi saya pokok2 yang ditanam pun cantik.

    ReplyDelete
  6. Banyak kali juga terbaca orang review tempat ni. Tapi uncle lom pernah sampai

    ReplyDelete
  7. Cantik betul tempatnya!
    Saya belum pernah sampai. Teruha betul melihat persekitarannya. Tak shopping pun tak apa hihihii.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews