![]() |
| Ikan pekasam |
![]() |
| Resepi Siakap Goreng Garing Sos Thai Simple |
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk
kunyit
Tepung jagung secukupnya
BAHAN-BAHAN DIHIRIS HALUS:
1 biji bawang holland
saiz kecil
6
ulas bawang putih
1 batang serai
1 biji cili besar
5 hingga 10 biji cili padi
5 helai daun limau purut
2 batang akar ketumbar
BAHAN SOS:
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
2 inci belacan
Sedikit gula kabung atau gula putih
1 biji limau kasturi
1 cawan air
Daun ketumbar dan daun bawang untuk hiasan
CARA MASAK
1.Bersihkan ikan lumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung secukupnya. Kemudian panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Minyak bekas goreng ikan tadi kurangkan sedikit. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dihiris halus. Kacau hingga layu dan naik bau.
3. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau hingga semua mesra.
4. Kemudian masukkan sedikit belacan diikuti sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga mesra.
5. Setelah itu masukkan sedikit gula. Kacau hingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan sedikit air dan perahan limau nipis. Kacau hingga kuah mesra.
7. Akhir sekali padam api dan tabur daun hiasan seperti daun ketumbar dan daun bawang.
8. Siram sos atas ikan siakap yang telah digoreng.
9. Sesuai dimakan dengan nasi panas, tom yam dan telur dadar.
Alhamdulillah saya dah cuba resepi ni memang sedap dan paling penting simple.
So sesiapa takde idea nak masak apa boleh cuba..
Selamat mencuba!
![]() |
| Dapur berasap |
![]() |
| Resepi sizzling yee mee tanpa hot plate |
![]() |
| Hirisan halia |
![]() |
| Kicap dan bahan-bahan perasa |
| Step 1 dan 2 |
![]() |
| Step 3 |
![]() |
| Step 4 |
![]() |
| Larutan tepung jagung |
![]() |
| Sizzling yee me |
![]() |
| Popcorn caramel |
Maka layanlah juga anak tekak mengada ni so tanpa berlengah, ku suruh husband pergi beli bertih jagung dan butter masa dia belanja dapur tempoh hari. Barang-barang popcorn dan ready tinggal semangat merealisasikan project buat popcorn caramel. Mood belum mari.
Selang beberapa hari, terus masuk dapur. Masa ni hati bersemangat nak buat popcorn caramel, siap rujuk resepi dan tengok YouTube. Hadam semua proses step by step. Dalam hati, oh begitu, senang jer.. Tengoklah senang ke tidak yaaa... hehehe
Mula-mula masukkan butter tunggu butter cair kemudian masukkan segenggam bertih jagung.
![]() |
| Masukkan bertih jagung dan butter |
![]() |
| Bertih jagung dah kembang gebu-gebas |
![]() |
| Popcorn yang sudah masak |
Tibalah masa buat caramel. Sediakan kuali bersih atas dapur, buka api. Kemudian masukkan secawan gula pasir, sedikit butter dan secawan air. Masak dan kacau atas dapur dengan api perlahan hingga air kering.
Masalahnya kenapa bila air kering campuran tu semua bertukar jadi gula pasir semula? Itu yang saya tak faham dan spoil di situ. Saya pernah buat kek sarang semut, elok kejadian caramel masa tu padahal guna cara yang sama.
![]() |
| Campuran gula pasir, air dan butter |
![]() |
| Popcorn versi reality |
Masak singgang ni biasa untuk orang berpantang tapi kalau tak berpantang pun bagus makan singgang ni sebab takde bahan-bahan seperti santan yang boleh menyebabakan kolestrol. Dalam keadaan perintah kawalan pergerakan kita tak perlu pening kepala, kita masak menu ringkas tapi berkhasiat.
![]() |
| Resepi singgang ikan selar kuning |
Cara saya
Bahan A
6 ekor ikan selar kuning
2 keping asam gelugur / 1 sudu besar pes asam jawa
1 cm belacan
Sedikit kiub ikan bilis - optional
Bendi - optional
Garam secukupnya
Air
Bahan B
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (tumbuk) / 1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia
2 biji cili padi potong memanjang
1 batang serai (dititik) - optional
1/2 inci lengkuas (tumbuk) - optional
1. Masukkan semua Bahan B (kecuali cili padi) ke dalam periuk. Saya tak tumis bahan tersebut, saya terus rebus.
2. Masukkan air mengikut berapa banyak kuah yang dikehendaki. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan garam, kiub ikan bilis, belacan, asam keping / asam jawa dan cili padi.
4. Rasa ikut kesesuaian.
5. Seterusnya masukkan ikan dan kacau seketika.
6. Biarkan mendidih dengan api perlahan dan ikan mesra dengan kuah.
7. Akhir sekali masukkan bendi. Tunggu hingga bendi layu.
8. Tutup api. Sedia dihidang.
Sedap dimakan dengan nasi panas, letak kuah banjir. Saya suka hirup kuah singgang sebab ada rasa pedas, masam manis seperti kuah laksa ditambah pula sayur goreng tumis dan telur dadar. Sesuai dengan tekak saya bila ingin menu simple begini. Masak singgang bukan saja untuk orang berpantang tapi bagus juga untuk orang demam.
Resepi lain : Ikan masak tauchu simple dan sedap.
Saya ada terbaca dari pengalaman pesakit Covid-19 yang sudah pulih bahawa antara makanan yang baik untuk mencegah jangkitan penyakit tersebut ialah ada kandungan cuka, halia dan asam jawa. Jadi semalam timbul idea masak ikan goreng tauchu tambah asam jawa. Alang-alang masak jadi saya kongsi resepi dan cara saya masak ikan goreng tauchu walaupun resepi ini mungkin resepi 'pejam mata' bagi sesetengah pembaca yang memang expert memasak.
![]() |
| Ikan masak tauchu simple dan sedap |
![]() |
| Tumis bahan hirisan |
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...
Jadi semalam rasa teringin nak makan durian.. Saya gigih paksa husband beli sebiji untuk kami bertiga.. Tak mahu beli banyak nanti tak habis dan muak..
![]() |
| Musim durian |
Untuk pengetahuan, inilah kali pertama saya cuba buat serawa durian.. Seperti biasa, saya akan cari resepi paling mudah dan sedap. Bila dah cuba dan terbukti sedap baru ada confident so saya kongsi resepi serawa durian tersebut di sini :
![]() |
| Masak atas api perlahan |
CARA-CARA
Masukkan air, garam, gula putih, gula melaka, durian dan daun pandan ke dalam periuk.
Masak hingga isi durian tanggal dari biji dengan api sederhana dan kacau sentiasa.
Bila isi durian hancur dan kuah pekat, padam api.
Kemanisan dan kepekatan serawa durian ini bergantung kepada individu. Saya suka kurang manis dan kurang pekat so saya kurangkan gula putih dan lebihkan air.
![]() |
| Serawa durian |
Alhamdulillah, inilah hasil kejadian serawa durian. Nampak berketul santan sebab santan kotak yang sudah beku di peti ais dan warna pun pucat sebab saya kurangkan gula Melaka tapi believe it or not rasa serawa durian ini tetap memukau, hehehe perasan!. Pagi ini bawa sedikit untuk makan dengan roti sebagai breakfast.
Itu cara saya, bagaimana pula cara anda? Siapa suka makan serawa durian dengan roti, kita gang..
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Al-kisah semalam petang, hujan turun dengan lebat dan berpanjangan hingga ke malam. Cuaca sejuk tetiba rasa ingin makan scones hanya kerana terpandang gambar officemate yang sedang bercuti menikmati scones di Cameron Highlands..
Bila dah teringin mana lagi nak dapat scones selain di Cameron Highlands melainkan kita bake sendiri, tak gitu? Jadi tanpa berlengah dan terus merajinkan diri ke dapur sediakan barang-barang scone. Kebetulan hati tergerak nak cuba resepi scone buat pertama kali dalam hidup.. Perancangan nak buat scones memang dah lama tapi masa saja tak mengizinkan.. Maka semalam adalah harinya..
![]() |
| English scone for the first time |
RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP
Bahan-bahan
5 cawan tepung gandum / serbaguna - ayak
5 sudu kecil baking powder - ayak
1/2 cawan gula putih
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 cup butter
1 biji telur, pukul
1 cawan susu segar
2 kotak kismis Lego
Cara-cara
1. Panaskan oven 400 degrees F (200 degrees C). Alas dulang pembakar dengan baking sheet.
2. Dalam mangkuk besar campur tepung, gula, baking powder dan garam.
3. Masukkan butter lembut yang telah dipotong kecil.
4. Ramas butter dalam campuran tepung hingga menjadi butiran halus berpasir dan tidak berketul.
5. Dalam bekas lain campur susu segar dengan telur dan pukul hingga sebati. Masukkan campuran ini ke dalam mangkuk berisi tepung. Tinggalkan lebih kurang 6 sudu besar untuk sapu atas doh sebelum bakar.
6. Masukkan kismis dan kacau hingga sebati hingga menjadi doh lembut.
7. Keluarkan doh dan tabur tepung atas permukaan rata (saya guna dulang) dan uli hingga doh tak melekat pada permukaan dulang.
8. Ratakan doh lebih kurang 1/2 inci tebal.
9. Tekan doh dengan acuan bulat dan letakkan atas dulang pembakar.
10. Sapu baki campuran telur dan susu segar atas adunan yang telah diterap.
11. Masukkan ke dalam oven dan bakar lebih kurang 15 minit atau hingga permukaan doh berwarna perang (golden brown).
![]() |
| Step 2 : Campurkan tepung, baking powder, gula dan garam |
![]() |
| Ikea TRYGG serving bowl |
![]() |
| Step 3 & 4 : Ramas butter dalam campuran tepung hingga menjadi butiran halus dan tidak berketul |
![]() |
| Step 5 : Masukkan campuran susu segar dan telur yang telah dipukul |
Jangan lupa tinggalkan sedikit campuran susu segar dan telur ini untuk sapu di atas doh yang sudah diterap.
![]() |
| Step 7, 8 & 9 : Keluarkan doh dan tabur tepung atas permukaan rata dan uli hingga doh tak melekat. Ratakan doh lebih kurang 1/2 inci. Tekan doh dengan acuan bulat. |
Jangan uli terlalu lama kerana doh akan liat dan kemungkinan tak kembang bila dibakar.
![]() |
| Step 10 : Letak doh yang telah diterap atas dulang pembakar dan sapu dengan campuran susu segar dan telur. |
![]() |
| Hasil pertama selepas keluar dari oven |
![]() |
| English scones |
![]() |
| Scone texture light and soft |
![]() |
| Menikmati scones bersama kopi o panas |
Untuk pengetahuan, inilah gambar scones yang telah saya upload dalam Instagram malam tadi. Oleh kerana rasa teruja terus tak sabar-sabar abadikan dalam memory di Instagram.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
![]() |
| The best chocolate chip cookies recipe |
Cara-cara
![]() |
| Chocolate chip cookies dough |
![]() |
| Bakar selama 15 hingga 17 minit hingga tepi cookies berwarna perang |
![]() |
| Biarkan beberapa minit atas dulang sebelum alih ke cooling rack |
![]() |
| Inilah hasilnya 2 balang chewy chocolate chip cookies |
![]() |
| Chewy chocolate chip cookies dan kopi O panas |














































