Capturing What Everyday Life Brings..

Jalan-Jalan Ke The Exchange TRX Mall Kuala Lumpur

JALAN-JALAN KE THE EXCHANGE TRX MALL, KUALA LUMPUR | Post ini adalah kesinambungan dari post sebelum ini iaitu Sleeping Lion Suites Hotel Kuala Lumpur. . Hari kedua selepas check-out dari Sleeping Lion Suites, kereta masih di parking lot hotel, saya ke The Exchange TRX Mall yang terletak berhampiran, just walking distance. Ini baru kali pertama saya menjejakkan kaki ke TRX Mall.. 

The Exchange TRX Mall

To all readers yang masih belum tahu apa maksud TRX.. TRX adalah singkatan bagi The Tun Razak Exchange.. Ianya merupakan international business district yang dilengkapi dengan 400 retailers di seluruh negara. Rekabentuk bangunan yang unik menjadi salah satu lagi icon baharu di Kuala Lumpur. Jadi tak hairanlah jika warga Malaysia juga tidak melepaskan peluang tertumpu di sana semasa pembukaannya secara rasmi pada tahun lalu. 

Laluan dari Jalan Bukit Bintang ke TRX Mall

Okay seterusnya kami berjalan kaki santai dari Jalan Bukit Bintang, kemudian melalui taman dengan landscape yang cantik. Inilah pemandangan Sleeping Lion Suites dari taman TRX.. Laluan pejalan kaki agak redup kerana dikelilingi pokok besar dan bangunan.

The Exchange TRX Mall entrance

Dari Jalan Bukit Bintang saya masuk ke mall melalui entrance di antara butik Balenciaga dan Prada.. Untuk pengetahuan, pelbagai butik jenama mewah di sini - sambil jalan, puas mata memandang jenama mewah.. Ketika itu ramai juga pengunjung di mall - al-maklum hari Ahad masing-masing keluar membawa keluarga berjalan-jalan.. 

Muji

Selain jenama mewah, outlet jenama biasa juga banyak di mall ini.. 

Restaurants area

Ini pula sebahagian dari barisan restaurants yang terdapat dalam mall ini selain pilihan tempat makan lain dari restoran mewah hingga rangkaian restoran franchise biasa. Jangan risau ada sesuatu dimakan untuk setiap selera.

Inside Out 2
Ketika ini ada promosi cartoon movie Inside Out 2.. Comel watak-watak cartoon yang dipamerkan.. 

Cartoon Movie - Anxiety 

Setelah puas berjalan, explore dari satu tingkat ke satu tingkat, dari satu butik ke satu butik, sudah dapat barang yang dihajati baru perut terasa lapar.. Motif utama ke sini pun sebenarnya untuk cari makan. Tak lengkap rasanya kalau tak mencuba makanan di mall ini. Perjalanan diteruskan untuk meninjau tempat makan, kebetulan restoran Samthai ada tempat kosong, dapatlah menjamu selera di sana.

Wantan soup
Nasi goreng kampung belacan

Selepas makan, perut kenyang, kaki penat berjalan jadi kami mengambil keputusan untuk keluar dari TRX Mall menuju ke parking lot di Sleeping Lion Suites Hotel.. Seterusnya keluarlah kami meninggalkan pusat bandar Kuala Lumpur menuju ke Seremban.. Overall puas hati dengan weekend getaway kali ini.. Misi mencari ketenangan, shopping, berjalan-jalan ke tempat baharu semua tercapai, syukur alhamdulillah.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

36 comments:

  1. Salam perkenalan...
    Belum sampai lagi TRX ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga to zana-norzana..
      Inshaa Allah bila tergerak hati nanti sampailah di sini..

      Delete
  2. TRX ni sebenarnya dekat je dengan rumah uncle... Tapi biasa lah... Yang dekat tu yg tak sampai2... huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul uncle, biasa orang dekat lambat sampai sebab bila-bila boleh pergi kannn..

      Delete
  3. Oh I see. Pusat Kewangan dan Pelaburan. Byk yg I blom explore kat KL ni LZ.
    Selalu cuma tahu adanya MRT Station utk Tun Razak Exchange je. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul sis, next time LZ ingat nak tour ikut public transport sebab belum pernah naik MRT sejak pindah Seremban 14 years ago.

      Delete
  4. Belum sampai lagi sini... Selagi takde keperluan, selagi tu la tak jejak agaknya hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. LZ pun sama macam PH kalau takde keperluan memang tak akan pergi ke sesuatu destinasi..

      Delete
  5. Orang KL pun ramai yang tak sampai lagi apatah lagi orang Penang. Teringin juga nak menjejakkan kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No worries, mana tahu ada peluang ke KL boleh singgah..

      Delete
  6. Entah bila hendak jalan-jalan ke KL. Tiap kali balik Selangor ada saja rancangannya merayap ke sana ke mari, tapi tak tersinggah di KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalan-jalan ke KL kena ada perancangan rapi Amie, kalau tak terlepas tempat-tempat menarik.. Takpe bila2 balik Selangor boleh plan singgah sini..

      Delete
  7. Untung nyer.. dah smpai ke TRX.. kita duduk dekat pun tak smpai lagi hihii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lagi dapat berjalan-jalan ke luar negara seperti Tuan.. Kita jalan dekat-dekat saja.. :-)

      Delete
  8. setelah cukup berjalan2 diakhiri dengan makan yang kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu.. baru lengkap jalan-jalan cari makan.. :-)

      Delete
  9. kak ana sampai dah sekali hari tu, masa mula-mula buka, penuh manusia hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu memang penuh manusia Kak Ana, even sekarang kalau silap hari masih ramai..

      Delete
  10. Replies
    1. Agree, memang sedap.. Saya peminat wantan, kalau jumpa versi halal mesti order..

      Delete
  11. Replies
    1. Ada peluang tentu pakcik WP akan sampai sini juga suatu hari nanti..

      Delete
  12. salam perkenalan dan follow di sini ye sis.. kitorg pun plan nak bawak anak3 berjalan ke sini satu hari nanti..saja nak try bawak anak naik MRT dr putrajaya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih follow.. Pastikan tak lepas peluang bawa anak-anak ke sini untuk create memories buat mereka.. :-)

      Delete
  13. rindunya nak jalan2 di KL. Masa belajar di UM pd 91 - 97 dulu hampir semua mall sy jejaki...metrojaya, yaohan, keramat, batu road, hankyu jaya dll. Byk yg dah tutup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tu teacher, kena repeat jalan-jalan ke KL untuk imbau kenangan lalu..

      Delete
  14. Karena dulu saya kerja di bank, bagi kami TRX itu singkatan dari transaction 😅😄. Jadi kalo liat abbreviation ini, langsung ingat dengan transaction 🤭. Ternyata beda arti yaa

    Saat ke KL june-july lalu, adik mengajak ke TRX ini . Tp memang waktu tak banyak, JD tak sempat pula. Nantilah kalo ke Malaysia lagi. Saya dengan Malaysia, bisa dibilang tiap tahun pasti datang 😄. Paling sering KL atau Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza fanny, trx di akaun bank kadang-kadang seram sebab banyak trx keluar dari trx masuk... hehehe

      Next time datang ke Malaysia, jangan lupa masukkan sekali plan ke TRX Mall ini supaya tak terlepas lagi okay.. Thanks for your comments and support..

      Delete
  15. Replies
    1. Tak sempat explore habis sis.. Next time plan repeat guna public transport pula...

      Delete
  16. anak bujang dah sebut dah ajak ke TRX ni..kena plan gak ni

    ReplyDelete
  17. ammi hanya pernah transit MRT je kat stesen TRX ni. masuk dalam mall tak pernah lagi.

    btw apa yang ada kat atas nasi goreng kampung tu? poached egg?

    ReplyDelete
  18. Entah bila nak sampai sini tak tahulah. Jalan jalan masa redup syoklah tak panas. Tak kisah berjalan lama. Tengok wantan soup tu rasa macam lama tak makan bbq chicken noodle soup TCRS.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews