DEKORASI INDOOR PLANTS DI HUJUNG MINGGU | Welcome September 2024.. Hujung minggu adalah masa yang sempurna untuk melepaskan penat lelah selepas minggu yang sibuk. Ada yang memilih untuk berehat di rumah, manakala yang lain mungkin mengambil peluang untuk meluangkan masa dengan hobi kegemaran mereka. Bagi saya, hujung minggu kali ini diisi dengan aktiviti yang benar-benar memberi ketenangan dan kegembiraan, walaupun sekadar berkebun dan mendekorasi indoor plants!

Hari Jumaat after office hour, terus ke nursery berhampiran.. “banyak pokok baharu Jumaat nanti”.. itu  yang dijanjikan oleh nursery owner semasa kunjungan pertama saya hari Khamis minggu lalu. Kali ini saya hunting for succulents gais..

Indoor plants

Pukul 7.30 pagi selepas breakfast, saya ke halaman di depan rumah bawah porch kereta, mula re-potted pokok kari, kesum dan mint letak dalam satu pasu panjang. Kemudian isi tanah dalam sebuah pasu lagi untuk semai biji benih cili padi.. Kemudian cover dengan jaring - elak kucing dari memerut dalam pasu. 

Hari ini, fokus saya menyusun beberapa succulents yang sudah dibeli dalam pot yang sesuai. Succulents memang pilihan kegemaran saya – walau pun ada kata mudah dijaga, tahan lasak, tapi beberapa kali di tangan saya - gagal! Saya suka succulents sebab pelbagai bentuk dan unik!

Succulents dan anak sansevieria

Saya mula dengan menyiapkan tanah campuran yang sesuai untuk succulents. Biasanya, saya menggunakan tanah yang dicampur dengan pasir kasar dan sedikit perlite untuk memastikan saliran yang baik. Setiap pokok kecil ini dikeluarkan dengan berhati-hati daripada pot asal, dibersihkan akarnya, dan dipindahkan ke pot baru yang lebih besar atau ke dalam susunan baru dalam pot yang lebih menarik. Sorry pot masih comot ketika gambar diambil..

Succulents dan umbrella plant (schefflera)

Saya menyusun beberapa succulents kecil di atas rak dinding di ruang tamu. Saya pilih pot-pot kecil dengan rekaan minimalis yang sesuai dengan tema rumah saya. Succulents seperti echeveria dan cactus jenis bunny ear sangat sesuai untuk disusun bersama dalam satu pot kerana saiz yang comel dan corak daun yang menarik.

Mencipta Sudut Hijau yang Menenangkan

Selepas berpeluh sedikit di luar, tiba masa untuk membawa tanaman hijau yang sesuai diletak di dalam rumah. Saya suka create sudut khas untuk indoor plants bagi mencipta suasana yang lebih segar dan tenang dalam ruang tamu atau bilik tidur. 

Monstera adansonii dan Sansevieria liberica

Selain itu, saya juga menambah beberapa pokok hiasan lain seperti monstera adansonii dan sansevieria liverica di sudut bilik tidur. Kedua-dua pokok ini masih kecil. Saya harap boleh besar dan merimbun. Selain menyerikan ruang kosong, pada masa yang sama indoor plants membantu menapis udara dalam bilik. 

Tradescantia

Saya juga letakkan beberapa tumbuhan menjalar seperti pothos dan pokok jenis tradescantia dalam bekas kaca gantung di sudut yang terkena cahaya matahari pagi – benda kecil begini pun saya rasa cantik dan menenangkan!

Selepas selesai dengan semua dekorasi, saya meluangkan masa petang dengan secawan teh dengan Putu Bamboo World dikelilingi oleh indoor plants yang baru diatur padahal masih comot semua pasu belum sempat lap.. 

Putu Bamboo World
Putu Bamboo World

Ada satu perasaan tenang dan damai mungkin perasaan puas hati dengan hasil menyusun indoor plants. Bila dapat melihat tumbuhan-tumbuhan ini tumbuh dengan sihat adalah satu kegembiraan.. 

Actually this is my inspiration:

Credit to Pinterest

Untuk pengetahuan pembaca, ada kajian membuktikan bahawa aktiviti berkebun dan mendekorasi indoor plants bukan hanya menaikkan seri sesuatu ruang tetapi memberi banyak manfaat kepada kesihatan mental - artikel rujuk di sini

Baca juga: Kebun Mini Saya..

For me, saya suka pokok hiasan dan tanaman herba.. Jadi dengan melihat kehijauan di sekeliling saya sedikit-sebanyak dapat mengurangkan tekanan dan melupakan beban yang ditanggung di pejabat. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Tagged: ,

24 comments:

  1. Cantik!. Dah mcm kat majalah dah, LZ.
    Dari aritu my MIL berangan nk shopping pokok oked, sampai skg pun kami tak pegi2 lg. Oked je yg kami angankan sbb senang, tak payah siram selalu. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Hjh..
      LZ pernah ada impian nak collect orked tapi failed, tak pernah menjadi so give-up. Tak dinafikan orked memang cantik.. :-)

      Delete
  2. cantiknya famili kaktus tu... boleh refer sini nnt kalau nk buat deco indoor plant kt umah

    ReplyDelete
  3. cantiknya... terasa nak bawa 1 atau 2 jenis masuk dapur la. kat dapur LM takda pokok apa apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah buat sepasu dua indoor plants for beginning LM.. Mungkin nnti penggemar indoor plants juga.. :-)

      Delete
  4. Tak de alasan kan untuk bercucuk tanam?

    Kecuali uncle lah... seribu satu alasan! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada minat, takde minat satu apa pun tak jadi, hehehe

      Delete
  5. Cantik sangat dan memang tenang.

    ReplyDelete
  6. Saya kagum dgn orang yg pandai dekorasi indoor plants ni. Saya tak reti bab dekor2 tapi saya suka tengok dekor yg ada indoor plants sebab rumah nampak lebih 'lived in' dan tenang. Teringin nak ada balkoni rumah yg 'hijau'. Tapi tu la, saya dok fikir kalau kena travel lama kesian pulak sapa nak siram pokok2 dalam rumah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul apa yang Carneyz nyatakan, perlu ada commitment tinggi bila tanam-menanam ni.. LZ pernah lalui fasa sibuk, maka tak terjaga pokok-pokok, memang jadi hutan mini.. :-)

      Delete
  7. Mama saya termasuk sukaa sangat dengan tanaman. Dan tangan beliau cukup dingin handle tanaman2nya.

    Tapi sayangnya saya tidak. Setiap pelihara sesuatu tanaman pasti mati.

    Cuma saya sukaaa liat aneka tumbuhan hijau begini. Apalagi dalam rumah. Memang menyejukkan mata kan.

    Hanya saja Krn tak bisa pelihara, saya pakai tumbuhan palsu, yg penting ada hijau2 di rumah 🤣.

    Saluuut dengan kakak yg bisa memelihara banyak tanaman begini. Menikmati putu bambu sambil melihat hijau2, pastilah refresh sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay Fanny, tumbuhan palsu pun naik juga seri rumah.. Sekarang interior designer juga banyak guna artificial plants untuk hiasan dalaman rumah sesuai dengan konsep modern.. :-)

      Delete
  8. rajinnya and im impressed bila LZ tau setiap nama pokok. haritu along datang rumah and dia kata "ehhhh gemuknya pokok daun kari ni" and i was like saya ada pokok daun kari ke? hahahha...rupanya suami ada beli dan letak depan rumah. senang nak masak katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe pokok kari tetiba hidup ya Ammi.. LZ minat pada pokok hiasan dalam rumah, study spesis mana indoor plants, mana outdoor plants dari situ dapat info.. :-)

      Delete
  9. Sedap mata memandang sudut ni. Saya hanya mampu letak pothos dan scindapsus pictus je sebab senang jaga. Pilihan yang tepat untuk kombinasi pasu dan tanaman. Nampak naik warna hijau daun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay Fizah, permulaan yang baik untuk sudut hijau dalam rumah.. :-)

      Delete
  10. Kemas dan tersusun cantik.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!