SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. First of all, this is a late post.. sorry, but better late than never right? Walaupun lewat tapi saya tetap ingin berkongsi moments ini sebagai kenangan iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 16 September 2024 lalu di mana saya menyertai perarakan dalam majlis ini. Sesuatu yang bertentangan dengan karakter saya okay, sesuatu luar biasa, hehehehe

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 

Ini merupakan kali kedua saya menyertai perarakan di majlis seperti ini. Kali pertama pada tahun 2012. Ketika itu saya baru 2 tahun berkhidmat dengan syarikat tempat saya bekerja ini. Jadi masih newbie, so joined pun secara paksaan. Mahu atau tidak, terpaksa.. 

Padang MPS

Berbeza pula dengan tahun ini di mana saya secara sukarela menghantar nama untuk menyertai perarakan ini. Kontijen saya mengenakan baju bewarna hijau muda dan bertudung light pink.

Jadi seawal 6.00 pagi saya sudah berkumpul di padang MPS, menunggu kehadiran tetamu VVIP hinggalah kepada perasmian majlis selepas titah ucapan D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. 

Kontinjen hijau muda

Untuk makluman pembaca, sebanyak 71 kontijen, lebih kurang 4,000 peserta terdiri dari agensi kerajaan, badan swasta dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil masjid menyertai perarakan tahun ini. Majikan saya di bawah kategori badan swasta.. 

Setiap penyertaan yang mewakili syarikat akan diadili untuk memenangi tempat pertama yang akan memenangi wang tunai RM3,000.00, kedua RM2,000.00 dan ketiga RM1,000.00.. Kontinjen saya menang atau tidak? Baca post ini hingga habis okay..

Perarakan Maulidur Rasul 1446H

Perarakan dimulakan sekitar jam 9.00 pagi bermula dari padang Majlis Bandaraya Seremban dan berakhir di Masjid Negeri iaitu 2.1km. Saya risau juga dengan stamina sendiri sebab lately mudah penat akibat jarang bersenam tapi syukur alhamdulillah sampai juga ke penamat.

Kontijen kami tamat dan tiba di Masjid Negeri lebih kurang pukul 11.00 pagi.. Cuaca memberikan kerjasama dengan baik, cloudy and windy..

Mencari kedamaian

Memandangkan cuaca redup, selesai majlis saya ke Kuala Pilah untuk melihat keindahan alam.. Al-maklum saya suka melihat rumah-rumah kampung dan tanaman menghijau.. Habis sudah cerita tentang perarakan majlis Maulidur Rasul.

Okay sebelum berakhir post ini, mengenai keputusan pertandingan kontinjen terbaik (drum roll) - kontinjen saya tidak memenangi sebarang hadiah. It's okay, I'm still proud of myself coz I have created a new experience as one of the greatest memories of the year.. :-) Menang sebab gigih menyertai perarakan ini juga boleh dibanggakan.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Tagged: , ,

12 comments:

  1. Alhamdulillah... Dah menyertai tu pun dah seribu kebaikan... Seronoknya...

    ReplyDelete
  2. Meriah sambutannya.
    Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis, alhamdulillah sangat meriah..
      Allahumma sholli 'ala muhammad wa 'ala aali muhammad ..

      Delete
  3. Cantiklah colour combination tu, LZ.

    Walau tak menang, ni kira mcm praktis kalau2 tahun ni or tahun depan LZ dpt panggilan haji (atau hj lg sekiranya pernah), nt kan dah tak terkejut klu jalan2 jauh pegi tempat melontar, mabit dsbnya. Hihi. Aamiin.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin yra, setuju dengan statement Kak Hjh.. Terima kasih atas ingatan..

      Delete
  4. Kalau company lama dulu, ramai staff volunteer nak join perarakan sebab company bagi kain utk buat baju kurung / baju melayu setiap tahun pakai masa perarakan tu. Lepas event, boleh la pakai utk baju raya tahun depannya pulak hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan my officemate, semua gembira dapat sepasang baju baru lengkap dengan tudung.. like a reward, happy masing-masing.

      Delete
  5. Di sana meriaaah menyambut maulid rasul yaa. Di jakarta tak begitu kak. Lebih meriah saat isra Miraj. Tapi maulid biasa saja. Palingan hanya mesjid mengadakan pengajian. Itu saja.

    Tak apa tak menang. Bisa ikut saja, itu dah baguus buat badan. Lebih sehat 😄👍. Lagipun pertandingan seperti ini, lebih kepada ikut memeriahkan. Menang itu bonus 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh begitu sambutannya ya Fanny.. Ternyata berbeda..
      Ya saya setuju dengan Fanny, saya joined untuk memeriahkan majlis selain menimba pengalaman baru..

      Delete
  6. Bagus dapat sertai acara begini... Dapat pengalaman baru best!

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!