Capturing What Everyday Life Brings..

Santai Hujung Minggu Dengan Koleksi Indoor Plants

SANTAI HUJUNG MINGGU DENGAN KOLEKSI INDOOR PLANTS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. The weekend has come to an end.. Bila hujung minggu tiba, masa untuk saya berehat dan meluangkan masa dengan hobi kegemaran saya - gardening! Walaupun hanya sekadar menukar pasu dan menyusunatur pokok-pokok indoor seperti golden pothos, sanseviera, tradescantia zebrina, tradescantia nanouk, aglaonema, cactus, succulent, dan beberapa tanaman hijau lain, aktiviti ini memberi ketenangan yang sukar digambarkan. 

Koleksi indoor plants saya

Setiap kali menghabiskan masa bersama tanaman, terasa seolah-olah saya sedang relax, refresh & recharge diri sendiri di rumah. Hujung minggu ini saya dikelilingi tumbuhan hijau sambil ditemani si Furla yang tak reti duduk diam.. Tak tahu laa role dia sebagai teman atau pengacau.. haishhh ada saja yang diusiknya..

Furla sebagai peneman tak reti duduk diam
   
Kenapa indoor gardening? 

Bagi saya, indoor gardening dengan menambah koleksi indoor plants bukan sahaja dapat menaikkan seri rumah, tetapi juga memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan. Terutama pada hujung minggu, inilah masanya saya boleh memperuntukkan waktu untuk memeriksa kesihatan setiap pokok, mengelap daun-daun yang berhabuk, menukar pasu jika perlu, dan menyiram pokok-pokok mengikut keperluan masing-masing. Hobi ini memberi kepuasan tersendiri, melihat tanaman berkembang dan menghijau dari hari ke hari.

Indoor plants
  
Kebaikan indoor plants kepada kesihatan 

Indoor plants membawa pelbagai kebaikan yang mungkin tak ramai sedar. Ini antara beberapa kelebihan iaitu: 

Memperbaiki kualiti udara - Tanaman seperti golden pothos dan sanseviera / lidah mak mertua membantu menyerap toksin yang ada dalam udara dan menghasilkan oksigen yang lebih segar. Walaupun rumah kita kelihatan bersih, banyak bahan kimia dari produk harian yang boleh mencemarkan udara. Jadi, kehadiran pokok-pokok ini membantu kita mendapatkan udara yang lebih bersih dan segar dalam rumah. 

Mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood - Menghabiskan masa bersama tanaman adalah cara terbaik untuk saya mengurangkan tekanan. Setiap kali saya menyiram atau memeriksa daun-daun pokok ini, saya dapat melupakan sebentar segala kekusutan fikiran. Bahkan, kajian menunjukkan bahawa membawa indoor plants di rumah atau pejabat boleh meningkatkan mood dan mengurangkan kebimbangan. 

Melembapkan udara - Sebagai pokok, mereka turut mengeluarkan kelembapan ketika proses fotosintesis. Tanaman seperti golden pothos membantu mengurangkan udara kering, terutama apabila penghawa dingin digunakan dalam rumah. Udara yang lebih lembap ini bagus untuk kulit dan pernafasan kita.

Kebaikan indoor plants 
 
Ini merupakan sebahagian dari koleksi indoor plants saya di master bedroom. Saya memilih pokok jenis renek untuk menghiasi ruang bilik berhampiran tingkap.

Kebaikan meletakkan indoor plants di bilik tidur
 
Kebaikan meletakkan indoor plants dalam bilik tidur

Saya juga suka meletakkan beberapa pokok dalam bilik tidur. Ini kerana pokok-pokok seperti sanseviera atau pokok lidah mak mertua dan kaktus memberi kebaikan tambahan dalam ruang peribadi ini. 

Membantu tidur lebih nyenyak - Pokok sanseviera / pokok lidah mak mertua, misalnya, adalah salah satu pokok yang mengeluarkan oksigen pada waktu malam. Ini membantu meningkatkan kualiti udara dalam bilik tidur dan memberi kesan positif kepada kualiti tidur. Saya sendiri rasa lebih selesa dan tenang bila ada tanaman hijau di sekeliling, menjadikan suasana bilik lebih segar. 

Kesan menenangkan - Meletakkan indoor plants dalam bilik tidur bukan sahaja mencantikkan dekorasi tetapi juga memberi kesan menenangkan. Hijau dedaunan memang ada aura tersendiri yang membuatkan bilik terasa damai dan redup. Ini sangat membantu untuk kita yang mencari ketenangan sebelum tidur.

Mengurangkan risiko alahan - Pokok-pokok seperti kaktus dan succulent yang tidak memerlukan banyak air juga bagus untuk bilik tidur kerana mereka tidak mengumpul debunga atau menghasilkan kelembapan yang berlebihan, jadi risiko alahan pun berkurangan.

Boston fern

Menghabiskan masa hujung minggu dengan indoor gardening menambah koleksi indoor plants adalah cara saya untuk berehat, dan dalam masa yang sama memberi manfaat kepada kesihatan. 

Setiap pokok dalam koleksi saya bukan sahaja menjadi penyeri rumah tetapi juga berfungsi sebagai penyaring udara dan pelembap semula jadi. Bagi yang belum mencuba hobi ini, cubalah tanam beberapa indoor plants dalam rumah anda. Anda mungkin akan dapati bahawa suasana rumah lebih tenang, segar, dan tentunya lebih sihat!

Bagaimana pula dengan anda? Apa aktiviti hujung minggu anda.. Kongsikan di ruangan komen.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Share:

8 comments:

  1. cantik indoor plant dia tp kena rajin penjagaan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama tisya.. Kena rajin belek-belek setiap hari :)

      Delete
  2. Cantiknya, ni pun baru slow2 jaga pokok di luar. Dalam rumah ada money plant je. Nampak nya nak start cari yang indoor jugak. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat dengan pokok pasti suka dengan houseplant.. It's okay, sikit-sikt lama jadi koleksi.. My pleasure sis :-)

      Delete
  3. Dulu saat masih tinggal dengan orangtua, mama paling suka gardening. Ada banyak koleksi tanamannya. Dan semua terawat. Sebagian di taro di luar, sebagian lagi juga indoor

    Tapi saya sebatas suka saja, tak ada bakat menanam dan memelihara tanaman kak 😅. Yg ada mati.. apalagi anak bulus di rumah ada 5 ekor. Habis nanti di jungkirbalikkan Ama mereka 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak memang pandai menanam kann Fanny.. Semua tanaman dijaga rapi dan tumbuh segar.. Saya pun masih berjinak-jinak dengan tanaman, banyak juga mati.. Si bulus di rumah memang pantang tengok pokok, selalu kena marah kalau dekat atau panjat ruangan houseplant saya, hehehe :-)

      Delete
  4. Cantiknya... nampak tenang sahaja di dalam rumah.
    Gardening dalam rumah ni memerlukan kerajinan dan kesabaran😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ya memang betul Rawiwa, kena selalu belek untuk pastikan semua pokok sihat.. terima kasih sudi singgah :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Translate to your language

The Author


Welcome to my blog!
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011

***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here.
Thanks for reading!

Advertorial, Collaboration & Review

SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my contact page and fill out my contact form for availability and rates.

My Precious Followers

Contact Me

Name

Email *

Message *

Facebook Page

Total Pageviews