CUTI PANJANG 2025 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Hari Isnin (23.11.2024) dan Selasa (24.12.2024) lalu saya ambil cuti tahunan. Walaupun cuti sekolah, saya tidak bercadang ke tempat-tempat percutian sebab mengenangkan jalanraya sesak dan tempat-tempat tersebut dipenuhi dengan pengunjung dalam dan luar negara. Paling extreme pun saya ke shopping mall berhampiran rumah.

Cuti Panjang 2025

Bila start kerja hari ini, bersemangat saya merancang tugasan di pejabat dan key-in cuti tahun depan, 2025. Saya tanda pada diari cuti tahun 2025 berpandukan kalendar cuti di atas. Tahun ini berderet-deret cuti.. Plan kerja tak kurang juga berderet, agak sibuk. Apa pun saya tetap amalkan work-life-balance. 

Apa plan pembaca untuk tahun 2025? Kongsi di ruang komen okay. Walau apa juga yang kita rancang, saya sentiasa mendoakan agar semua berjalan lancar dan mendapat redha Illahi...
 
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Akhir kata, kepada pembaca yang belum menjadi follower, sudilah follow blog saya.. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Tagged:

6 comments:

  1. Linda tengah bercuti lagi nie seminggu...hihihi

    ReplyDelete
  2. haha ammi pun baru je buat schedule entri tentang cuti panjang ni.. plan jugalah untuk bercuti bulan Jan nanti sempena anak2 bercuti sekolah. bila anak2 di asrama masa cuti sekolah jelah kami dapat berkumpul satu family

    ReplyDelete
  3. cuti sek seminggu ni ada kelas tambahan sbb budak2 nak periksa SPM. Begitu juga anak sy yg nak spm ni. setiap hari ada kelas. sampaikan bapanya yg kena pi hantar n ambik d sek ni pun tension! Adoiii! Sabar je la dek non...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share info ni. Nak kena susun juga planning 2025 untuk family dan kerjaya. Kalau tak de plan nanti dia main tangkap muat je.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam. Memang betul, cuti panjang boleh jadi agak sibuk dengan kesesakan di jalan raya dan destinasi pelancongan. Kadang-kadang, menghabiskan masa di shopping mall pun sudah cukup untuk menikmati masa rehat tanpa perlu berdepan dengan keramaian. Semoga cuti yang diambil memberi kelapangan dan ketenangan buat kamu.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..tahun ni anak sulung masuk darjah 1 dah...so baru thn ni la nampak gayanya kitorg kene plan cuti dan sama2 bersesak cuti di musim cuti persekolahan ..compare dengan sblm ni, kitorg cuti anytime aje...sbb anak masih tadika..hehehe

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Don't forget to Follow and feel free to visit my blog again.. Thank you very much!