MINGGU PALING BUSY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Syukur alhamdulillah minggu paling busy sudah berakhir.. Bermula Isnin minggu lepas, dalam keadaan selesema dan badan dedar tetap gigih datang kerja memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan pada minggu tersebut.. Meeting, perbincangan dan events yang perlu dihadiri back to back, belum lagi kerja hakiki yang sedia menanti..
Dalam hari-hari yang ku lalui last week, kemuncak hari paling busy pada hari Jumaat (22.11.2024) lalu.. Daku perlu hadiri satu taklimat perundangan mengenai pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.. Taklimat bermula seawal 7.30 pagi, so seawal sebelum 6.00 pagi sudah bertolak dari Seremban ke Shah Alam.
Shah Alam |
Tak sangka pula seawal 6.00 pagi kenderaan sudah sibuk di highway.. Mata berpinar-pinar dengan cahaya kenderaan muatan berat dari arah depan lalu-lalang..
Pusat Bandar Shah Alam |
Masa perjalanan seperti yang dirancang, tiba di Pusat Bandar Shah Alam lebih kurang pukul 7.05 pagi, masih berkabus..
Dewan Perdana |
Tiba di hotel terus menuju ke Dewan Perdana yang terletak di tingkat 2.. Selepas mendaftar, makan breakfast dan tak lama selepas itu majlis pun bermula..
Dewan Perdana |
Taklimat Perundangan |
Basically taklimat ini dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada majikan dan pihak-pihak yang terlibat dalam Kesatuan Sekerja tentang peraturan-peraturan baharu yang dibaca bersama akta ibu - Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Taklimat perundangan |
Selesai sahaja taklimat ini pada jam 11.30 pagi, saya terus bertolak ke pejabat kerana pada jam 4.00 petang akan diadakan mesyuarat bersama Pengurus Besar dan Kesatuan Sekerja untuk membincangkan kandungan Perjanjian Kolektif.. Saya meninggalkan Pusat Bandar Shah Alam dengan hati meronta-ronta kerana tak sempat singgah di mana-mana apatah lagi explore sekeliling, just say goodbye. Tak sangka Pusat Bandar Shah Alam banyak perubahan, tak seperti ketika saya tinggal di sana few years back.
Tambahan pula hari Jumaat, kakitangan di semua sektor keluar serentak untuk break solat Jumaat. Highway pula start jem.. What a hectic day.. dalam fikiran tak sabar cuti hujung minggu.. dan sekarang cepat sungguh masa berlalu, hujung minggu sudah pun berakhir. Esok bermulalah hari baharu yang entah bagaimana pula keadaannya..
Apa pun doakan semoga setiap urusan kita dipermudah dan sentiasa berjalan lancar.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
Di mana2 pun kan, ada perubahan selang nya beberapa tahun. Tak apa, nanti datang lagi.
ReplyDeleteBahaya tu memandu kalau mata berpinar2... hati2 ye
ReplyDeleteShah Alam ni dulu time saya belajar tu lain rupanya dari sekarang. Pembangunan pesat dah.
ReplyDeleteAamiiin kak. Semoga semuanya lancar2 yaaa. KL dan sekitarnya sudah jammed juga skr yaa. Dulu saya pikir hanya jakarta dan manila yg jammed nya parah. Trakhir datang ke KL june lalu, dan merasakan juga jammed di sana, terutama hari kerja. Juga Penang 😅. Tapi karena saat itu saya liburan, jadi tak lah stress sangat, nikmati saja 😄
ReplyDeletebanyak dah sekarang ni kerja di luar yea.. semoga kita terus sihat dalam melalui semua perkara. yus pun dalam soal kerja dah mula bertenang dan berdamai dengan takdir... amin
ReplyDelete