MENANG KES DI MAHKAMAH BURUH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya tak kongsi cerita tentang kerjaya saya.. Kali ini saya ingin kongsi satu lagi pengalaman yang boleh dibanggakan untuk diri saya sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini saya berada di Jabatan Perundangan atau lebih specific di Unit Litigasi. Unit ini bertanggungjawab untuk mengendalikan segala kes Mahkamah bagi pihak syarikat.
Saya berada di unit ini lebih kurang 13 tahun sebelum saya ditukarkan ke Jabatan Modal Insan (Human Capital Department) di bawah Unit Perhubungan Perusahaan / Perindustrian (Industrial Relations Unit) pada 1 November 2023 lalu.
Long story short, tanggungjawab utama saya di IR Unit adalah mengurus hubungan antara majikan dan pekerja serta memastikan pematuhan undang-undang buruh - Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Nampak complex, mengendalikan masalah pekerja tapi I tell you lebih susah dari saya buat kes kemalangan maut atau kes di Mahkamah Tinggi okay..
Undang-Undang Buruh |
Setakat ini 9 bulan telah berlalu, saya diserahkan satu kes tuntutan di Mahkamah Buruh. Ini merupakan pengalaman pertama masuk Mahkamah Buruh sejak lebih kurang 28 tahun pengalaman mengendalikan kes berkaitan undang-undang sivil. Kes kali ini membela majikan dari pekerja yang telah diberhentikan atas kes salah laku. Pekerja ini menuntut semula tunggakan gaji, bonus dan potongan gaji semasa dia berkhidmat.
Untuk pengetahuan di Mahkamah Buruh, individu yang menfailkan Saman dipanggil Pengadu manakala pihak yang disaman iaitu majikan disebut Defendan. Ianya berbeza di Mahkamah Sivil di mana Plaintif merujuk kepada pihak yang menfailkan Saman, manakala perkataan Defendan masih sama iaitu pihak yang kena Saman. Prosiding masih sama seperti di Mahkamah Sivil, bezanya kes buruh kedua-dua pihak tidak boleh diwakili peguam. Wakil majikan sendiri bertindak sebagai peguambela untuk establish case.
Walaupun mungkin ada yang beranggapan hanya 'melawan' kakitangan bawahan tapi bukan mudah seperti yang disangka. Kedua-dua pihak masih terikat dengan fakta dan undang-undang yang digunapakai berkaitan seperti Akta Keterangan 1950 di samping akta-akta lain.
Mahkamah Buruh |
Selain itu, semasa perbicaraan kedua-dua pihak perlu membuktikan keterangan masing-masing. Saksi-saksi juga perlu dipanggil untuk memberi keterangan. Bila perbicaraan selesai, kedua-dua pihak perlu menfailkan Hujahan Bertulis (Written Submission) sebelum keputusan kes dibacakan.
Keputusan Kes |
Alhamdulillah pada 19 Julai 2024 lalu saya berjaya mengenepikan tuntutan Pengadu tanpa majikan membayar sebarang kos. Ianya merupakan satu achievements in my career. Even every case that I have won, it is my own satisfaction. Tak perlu minta majikan belanja untuk meraikannya kerana for me kepuasan atas usaha sendiri, ikhlas melaksanakan tanggungjawab dengan baik ianya tak dapat diganti dengan nilai wang. Itulah saya, memang cara saya bekerja begitu..
Syukurlah, saya sentiasa berdoa agar setiap urusan saya dipermudahkanNya..
Okay, setakat ini saja perkongsian yang ingin disampaikan. Saya abadikan cerita ini dalam blog sebagai kenangan.. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
semoga dpermudahkan segala urusan.
ReplyDeletebetul, apabila kita dapat achieve sesuatu tu, bukan harapkan balasan pun..sebab kita tahu itu memang kerja kita
Setuju sangat adnil linda.. Lain macam rasa puas hati..
Deletefirst time singgah blog ni..
ReplyDeletetq ya sudi singgah blog nieyl..
bila kita berjaya lakukan sesuatu tu dgn jaya, kepuasan diri dan keyakinan makin meningkat..tahniah
Terima kasih singgah.. Setuju dengan apa yang Nieyl nyatakan..
DeleteKepuasan setelah berjaya melakukan tu yang susah nak dapatkan..
ReplyDeleteTahniah sis..
Alhamdulillah, thanks Sha ;-)
DeleteTahniah LZ 👏🏽
ReplyDeleteBagus perkongsian begini, dapat jugak tahu situasi/kes di Mahkamah Buruh.
Terima kasih sis..
DeleteReally appreciated it ;-)
Tahniah LZ 👏 puas hati kan, dpt tolong org pun dh puas hati ni menang lg lagilah rasa nak healing mkn sedap trs.. eh
ReplyDeleteTerima kasih Kak Mim, memang lunch hour hari tersebut LZ belanja kawan2 tanya kesyukuran.. :-)
Delete* tanda
DeleteTahniah LZ.
ReplyDeleteMrs. A tumpang happy ;-)
Terima kasih Mrs. A, really appreciate it.. :-)
DeleteMasya Allah tabarakallah. I am so proud of U.. LZ. Congrats!. Moga terus cemerlang di masa2 yg akan dtg.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur.. Aaminn yra.
DeleteTerima kasih Kak Hjh..
baru beberapa bulan lalu rakan sekerja wak menang kes lwn bekas majikan yg x byr gaji tunggakan.. bekas majikan kena byr angsuran.. huhu
ReplyDeletewak nk tau jugak apa alasan majikan kes yg cikpuan LZ ni yg bole menang kes? best kalo leh share sama2
Wah mesti besar tuntutan rakan sekerja wak sampai majikan terpaksa bayar ansuran. In shaa Allah, LZ akan kongsikan dalam post akan datang, and inform wak later..
DeleteTerima kasih singgah, jangan lupa follow :-)
Bidang hukum ya kak LZ... Keluarga suami saya banyak yg kerja di bidang hukum pemerintahan, dan lawyer. Tapi kami berdua menyimpang dari yg lain, lebih memilih Accounting drpd law masa belajar 😄. Mungkin Krn terlalu banyak hukum pidana dan perdata yg harus dihapal 🤣. Tak sanggub rasanya.
ReplyDeleteBtw, congrats kak... Semoga makin banyak kemenangan lain yg dicapai.
So proud of you Fanny.. Ya, saya di legal field.. Saya juga ADA mengikuti kes Pak Ferdy Sambo dan Jessica Kumala Wongso..
Deletekalau pengadu tidak diwakili how they submit their submission?
ReplyDeleteBila dapat banru org dalam kesusahan tu ..doa punya feel tenang tu Ya Allah .. ..
ReplyDelete