MENGAPA TUKAR URL BLOG? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pada 3 Ogos 2024 lalu, secara rasmi blog ini dilancarkan.. Al-kisah berbulan-bulan saya tak bersiaran di blog lama iaitu Lady In Red Planner.. Bila sampai mood untuk tulis post baharu, tiba-tiba ruang komen hilang, ahhh sudah! Agak mengganggu emosi, mana taknya blog yang kita sayang tiba-tiba bermasalah.. Dah laa ketika itu momentum blogging tak berapa bersemangat, inikan pula kena teliti satu-satu coding untuk cari punca masalah - the timing is wrong!
Thanks NA |
Jadi saya terus ambil risiko untuk jalan pintas. Saya buat keputusan untuk tukar url dan create nama blog baharu selari dengan peredaran usia.. Mula-mula saya import semua post dari blog lama.. then create email dan new blog, mencabar dan menduga ketika menghadapi fasa ini..
Sebenarnya bagi saya sebagai blogger yang sudah lama dalam arena blogging ini (walaupun tak famous), menukar url dan create a new blog from scratch adalah satu kerugian yang besar. Masa, tenaga dan paling terkesan Followers serta iklan di Google Adsense turut terjejas.. Komen posts di blog lama pun tak boleh carry di blog baharu, hurrmmm sedih tapi saya redha, ada rezeki tak ke mana.
Untuk pengetahuan pembaca, nama blog ini dipilih berdasarkan peredaran usia yang menjurus kepada kenangan dan matlamat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Menghargai Setiap Langkah
Walaupun saya kini telah berpindah ke URL baharu, kenangan daripada setiap blog lama tetap hidup dalam hati saya. Setiap blog bukan sahaja merupakan tempat untuk berkongsi idea dan cerita tetapi juga platform di mana saya belajar dan berkembang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap pembaca, rakan, dan followers yang telah menyokong perjalanan saya dari awal hingga sekarang.
Kepada Semua Pembaca dan Followers:
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kenangan bersama blog-blog lama akan sentiasa menjadi bahagian penting dalam perjalanan saya sebagai penulis. Saya berharap anda akan terus mengikuti dan menyokong blog ini di URL baharu, dan bersama-sama kita akan mencipta lebih banyak kenangan indah di masa hadapan.
So to my previous or new readers, be my Followers. Sila follow semula blog baharu saya okay.. Mana pembaca yang sudah lupa, blog ini adalah kesinambungan dari blog Lady in Red Planner.
Sudi-sudilah blog-walking, saya akan link blog pembaca di blog list saya..
Rakan bloggers yang sudah follow, saya ucapkan - thank you so much for your support!
Regards,
Oh ruang komen hilang?.
ReplyDeleteKat dunia ni mmg tak de yg kekal.
Tak pe, kami yg dah lama follow ni insha Allah akan terus setia follow. Don’t worry.. be happy.
Exactly Kak Hjh..
DeleteThank you for your generous and unwavering support... ;-)
Rupanya pasal komen hilang.
ReplyDeleteSatu langkah berani buat blog baru.
Ya, saya dah follow takut terlepas baca pos baru.
Ya itulah yang berlaku NA..
DeleteTerima kasih tak terhingga sudi support dan terus menjadi rakan blogger LZ.. ;-)
Ohh saya baru tahu sebelumnya kakak ada blog lama. Tapi tak apa, blog yg skr ini akan saya rutin visit jika nak blogwalking 😄👍. Semoga kali ini tak ada masalah apa2 lagi ya kak 🤗
ReplyDeleteThank you fanny :-)
DeleteYa, harap takde lagi masalah teknikal dengan blog ini..
Oh, br tau ruang komen boleh hilang... rasanya sy mmg dh lama follow blog lama LZ.. sbb dlu sy suka merah dan template blog LZ pun merah putih rasanya... apapun selamat bermula semula dan sy dh follow dh... selagi nama x tukar boleh cam lg kot... hehehe
ReplyDeleteYa, betul Kakmin.. Terima kasih Kakmim for your endless support. LZ hargai..
Deletebab komen2 jd hilang tu memang sedey laaa...harap2 my lil blog takkan tukar url la sbb i sgt2 tak reti bab2 technical...dan my blog dh exist since 2007...sentimental value for me ...
ReplyDeleteYa MZ, bila ada masalah technical pada blog tambahan lagi blog dah lama bertapak memang satu masalah besar, boleh down rasa.. Inshaa Allah kalau tak rajin tukar template jarang berlaku. LZ rajin tukar template so terpaksa hadap..
Deletesemoga dipermudahkan...
ReplyDeleteAaminn, terima kasih sister..
DeleteBegitu kisahnya. Ai dah tambahkan follower semula.
ReplyDeleteAl-kisah.. Terima kasih Aisya sudi support blog LZ..
DeleteReally appreciate it..
semoga komen di blog ni pulak tak halimunan...all the best kak LZ
ReplyDeleteTerima kasih adik Ammi.. Really appreciate it..
Deletehahaha, wak pon kene jugak 2 tahun lepas,., xper, blog bukanlah hakmilik kekal., hehe, tapi frust jugaklah kann.,
ReplyDeleteBertabahlah kan Wak.. Ya ku sedar tiada yang kekal di dunia ini..
DeleteKeep it up ..dont give up ..
ReplyDelete